Thursday, June 20, 2013

// // Leave a Comment

Teknik Atasi Masalah Kesuburan

Assalamualaikum...

Hari just nak share satu artikel daripada utusan malaysia..khas untuk mereka yang mengalami masalah kesuburan. Jangan malu atau rasa rendah diri dengan setiap kekurangan yang ada pada kita sebaliknya bersyukurlah dengan setiap pemberianNya.. Jom sama-sama baca artikel ini..mungkin bermanfaat buat kita bersama dan boleh juga tambahkan ilmu pengetahuan..

Teknik Atasi Masalah Kesuburan
gambar sekadar hiasan

Setiap pasangan sudah tentu mahu membina keluarga bahagia dengan dikurniakan zuriat yang sempurna sifatnya.

KETIDAKSUBURAN sering dikaitkan dengan kemandulan pada salah satu pasangan atau kedua-duanya.

Bagi wanita, ketidaksuburan disebabkan kerana sel telur gagal dikeluarkan atau sel telur matang tidak dapat dihasilkan.

Oleh itu tidak berlakunya ovulasi sehingga sel telur tidak masuk ke saluran telur yang menyebabkan tidak dapat terjadi pensenyawaan.

Keadaan ini disebut sebagai ovulation disorder.

Penyebab lain adalah tiub Fallopian tertutup atau tersumbat atau endometriosis yang lebih dikenali sebagai sista yang tumbuh di luar rahim.

Manakala bagi lelaki pula, ketidaksuburan sering disebabkan kerana tiada pengeluaran sperma pada kantung sperma.

Jikapun ada pengeluaran sperma, namun jumlahnya sangat sedikit sehingga ketika masuk ke vagina, tidak ada sperma yang berhasil mensenyawakan sel telur.

Bayi Tabung Uji Salah satu kaedah untuk mengatasi ketidaksuburan adalah dengan kaedah bayi tabung uji.

Bayi tabung uji pertama ialah bayi perempuan - Louise Joy Brown yang dilahirkan di Britain pada 25 Julai 1978.

Prosesnya dilakukan dengan mengambil sel telur dari ovari ibu lalu disatukan dengan sperma ayah dalam media di makmal.

Sel telur disenyawakan di makmal. Setelah itu, sekitar dua setengah hari kemudian, sel tadi telah terbahagi menjadi lapan sel yang sangat kecil.

Sel tadi kemudian dimasukkan ke dalam uterus atau rahim ibu untuk berkembang secara normal menjadi bayi.

Sejak saat itu, pelbagai terapi dan teknologi dikembangkan untuk mengatasi masalah kesuburan baik pada lelaki mahupun wanita.

Kaedah bayi tabung dilakukan melalui proses in vitro fertilization (IVF).

IVF menjadi momentum bagi kemajuan rawatan dan terapi seterusnya untuk teknologi reproduksi bantuan atau assisted reproductive technology (ART).

ART merangkumi pelbagai rawatan untuk masalah kesuburan. Termasuk sel telur dari wanita lain lalu disenyawakan untuk dikembangkan di rahim seorang wanita yang lain.

Tahun 1994 di Itali, seorang wanita tua berusia 62 tahun yang sudah tidak memiliki sel telur melahirkan seorang bayi yang berasal dari sel telur wanita lain yang disenyawakan dengan sperma suaminya.

Jadi banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah kesuburan.

Teknik merawat Ketidaksuburan Ada beberapa jenis perawatan untuk masalah kesuburan baik untuk lelaki mahupun wanita.

Selain bayi tabung, rawatan berikut telah melalui pelbagai proses penelitian dan kejayaannya cukup memuaskan bagi pasangan yang memiliki masalah kesuburan.

Sebelum pesakit menggunakannya, salah satu kaedah rawatan masalah kesuburan, mereka harus membuat penyelidikan dan berbincang dengan pakar perubatan dan ahli agama.

Oleh kerana masalah memilih rawatan adalah keputusan peribadi setiap pasangan dan perlu dibincangkan secara mendalam.

Sebelum memutuskan memilih jenis teknik rawatan untuk masalah ketidaksuburan, sebaik-baiknya pesakit bertanya terlebih dahulu kepada pakar perubatan.

Tanya apa saja kelebihan, kekurangan serta risiko daripada teknik yang ada untuk pasangan pesakit.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...