Tuesday, July 30, 2013

// // Leave a Comment

Manfaat Omega 3 Kepada Kesihatan

Assalamualaikum...

omega 3


Apa itu Omega 3?

Omega 3 merupakan Asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan sebaliknya perlu diambil melalui pemakanan seharian. Omega 3 ini terdiri daripada EPA dan DHA.

Omega 3 sebahagian besarnya dapat ditemui dalam ikan seperti ikan Salmon, ikan Tuna, Makarel , Hering, ikan Tenggiri, ikan sardin dan ikan air tawar. Omega 3 juga dapat ditemui dalam makanan yang berasal dari tumbuhan seperti minyak dari Raps, kacang Kenari, Walnut, Alpukat, Bayam, minyak Canola, dan kacang Kedelai.

Dalam Omega 3 sendiri terdapat komponen-komponen zat penting yang penting bagi tubuh seperti DHA, EPA, dan LNA. DHA berfungsi sebagai jaringan yang menghantar rangsangan saraf ke otak. EPA berfungsi dalam membantu pembentukan sel-sel darah dan fungsi jantung manakala LNA berperanan dalam menghasilkan tenaga dari makanan yang dimakan dan kemudian dibawa ke semua sel-sel tubuh yang memerlukannya.

Omega sangat penting terutama untuk orang dewasa, anak-anak, wanita hamil dan orang yang sedang menderita penyakit
Antara manfaat dengan pengambilan omega 3:-

  • Membantu masalah mudah lupa – Hal ini telah terbukti secara ilmiah bahwa Omega 3 dapat membantu meningkatkan memori untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

  • Mencegah penyakit jantung - Penelitian menunjukkan bahwa Omega 3 dapat mencegah penyakit jantung dan penyakit lain yang berhubungan dengan jantung. Ini kerana ia dapat menurunkan risiko aritmia (detak jantung yang abnormal) dan juga tekanan darah tinggi.

  • Menurunkan kadar kolesterol yang tinggi.

  • Omega 3 sangat baik untuk kesihatan mata dan penglihatan secara umum, kerana Omega 3 merupakan komponen utama dari retina.

  • Membantu mengurangi depresi. Ini mungkin bermanfaat bagi orang-orang yang mengalami depresi ringan.

  • Mengurangi risiko pembekuan darah - Omega 3 memiliki sifat antikoagulan yang mempengaruhi kemampuan trombosit untuk membekukan darah, sehingga peredaran darah menjadi lancar dan juga terhindar dari penyumbatan pembuluh darah yang mengakibatkan strok.

  • Untuk wanita hamil - telah terbukti bahawa Omega 3 sangat penting dalam perkembangan kesihatan mental dan fizikal pada bayi .

  • Omega 3 dapat mengurangi sakit sewaktu datang haid.

  • Omega 3 memiliki sifat anti-inflamasi dan juga bermanfaat untuk penyakit asma dan radang sendi.

  • Omega 3 sangat baik untuk meningkatkan kesihatan anak secara keseluruhan dan perkembangan mental dan fizikal. Hal ini terbukti bahawa anak-anak yang mengambil Omega 3 sebagai suplemen memiliki kemampuan baca yang lebih baik.

  • Omega 3 juga dapat mencegah penyakit Alzheimer.

  • Membantu mengurangkan masalah alergi.

  • Bermanfaat untuk pesakit diabetes - Sebuah studi penelitian menunjukkan Omega 3 dapat menurunkan trigliserida dan apoproteins, dan tidak ada kesan sampingan pada kontrol glisemik.

  • Sebuah penelitian yang cermat menunjukkan bahawa pasangan yang sedang merancang untuk mendapatkan bayi atau sedang hamil atau sedang menyusu, disarankan untuk mengambil Omega 3 bagi membantu pertumbuhan bayi lebih cepat.

  • Omega 3 juga berperanan dalam meningkatkan penyerapan vitamin larut lemak, seperti vitamin A, D, E dan vitamin K. Vitamin tersebut diperlukan oleh tubuh kita untuk melawan infeksi, menjaga kesihatan mata dan kulit, sirkulasi jantung, pembekuan darah dan tulang.

Nak tahu produk shaklee mana yang mengandungi omega 3? KLIK DISINI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...