Tuesday, August 20, 2013

// // Leave a Comment

Perlukah Si Manja Anda Mengambil Suplemen?

Assalamualaikum...

Selera si kecil anda tak sama seperti kanak-kanak lain yang sedang membesar? Anak anda seakan menolak jika ditawarkan makanan, Cuma sesekali bila mereka sudah betul-betul lapar barulah mereka mencari makanan dan makan dengan penuh berselera. Ramai rasanya ibu bapa diluar sana yang mengalami situasi ini. Risau pun ada bila berat anak tak naik-naik, kurus kering pulak tu.

Persoalannya adakah anak-anak anda perlu diberi makanan tambahan seperti vitamin atau cukup sekadar menggalakkan mereka makanan berkhasiat semulajadi. 


Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah perkara penting untuk anda pastikan anak-anak anda membesar dengan baik. Oleh itu penting untuk ibu bapa memilih makanan yang sesuai untuk tumbesaran mereka.

Kanak-kanak sebaiknya diberi makan lebih banyak serat, protin, buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Kurangkan juga pengambilan lemak terutama sekali lemak tepu yang banyak terdapat dalam makanan ringan. Kebanyakan kanak-kanak sukar untuk menerima makanan sihat terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan tersebut sangat penting sebagai keperluan nutrisi perkembangan tumbesaran mereka.

Oleh itu makanan semulajadi dikatakan adalah makanan terbaik untuk anak-anak anda mendapat nutrisi yang lengkap. Selain makanan semulajadi untuk pertumbuhan kanak-kanak, rata-rata ibu bapa juga memilih untuk member makanan tambahan kepada anak-anak. Bukan sahaja kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah selera makan, malah juga kepada anak-anak yang lain bagi memastikan mereka mendapat nutrisi yang cukup untuk tumbesaran mereka. Sebagai ibu bapa, antara perkara yang perlu anda ambil kira jika ingin memberi makanan tambahan kepada anak-anak anda ialah
  1. Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada mengundang kesan sampingan
  2. Suplemen perlulah diperbuat daripada bahan semulajadi yang sesuai dan selamat untuk mereka
  3. Vitamin hanya diberikan bila anak anda perlukan sahaja. Nutrien yang berlebihan boleh memberi kesan kepada kesihatan anak
  4. Suplemen yang diberi haruslah mengandungi spektrum nutrisi yang penuh mengikut kesesuaian umur mereka

Antara vitamin dan mineral yang anak-anak anda perlukan termasuklah:-

Vitamin A
Fungsi: Penting bagi mata
Sumber: Lobak merah, telur dan marjerin

Vitamin B1
Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan
Sumber: Gandum, daging dan susu

Vitamin B2
Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan
Sumber: Susu, daging dan ikan

Vitamin C
Fungsi: Penting bagi meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit
Sumber: Sayuran warna hijau dan buah-buahan sitrus

Kalsium
Fungsi: Penting bagi pembentukan tulang dan gigi yang kuat
Sumber: Susu dan keju serta lain-lain produk tenusu

Zat besi
Fungsi: Penting bagi pembentukan haemoglobin bagi sel darah merah
Sumber: Ikan, telur dan ayam

Sebagai ibu bapa pilihan tentunya di tangan anda. Yang penting anda tahu apa yang baik dan tidak untuk tumbesaran si kecil tersayang. Sebagai ingatan, jangan lupa untuk menyemak label makanan sebelum anda beli produk makanan di pasar raya. Anda perlu tahu jenis vitamin dan mineral yang terkandung di dalam makanan tersebut untuk kebaikan anda dan keluarga. Namun apa yang terbaik tentunya makanan semulajadi yang anda sediakan dari rumah. Sedikit idea kreatif dengan persembahan menarik untuk sesuatu menu yang sihat pastinya dapat membangkitkan selera anak anda.

Sumber: Pa & Ma, November 2012 

p/s: jika anda sedang mencari suplemen yang sesuai untuk anak anda.. ingin yang selamat, semulajadi, halal dan berkesan, klik DISINI 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...