Thursday, August 22, 2013

// // Leave a Comment

Petua Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum..

Sewaktu hamil kali pertama tentunya kita rasa sangat teruja dan mula mencari maklumat tentang kehamilan. Kalau dok borak-borak dengan kawan-kawan opis yang dah anak tiga empat, macam-macam petua yang akan diorang berikan. Maklumlah dah banyak pengalaman...

Bab-bab petua ni kalau tanya mak kita pon macam-macam dia akan bagitau. Kalau yang mana baik tu..ikut saje lah.. saya pun nak share juga petua yang saya dapat kat internet ni..ada yang saya amalkan..ada yang tak..jom baca sama-sama :-)



Hilangkan rasa loya

Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan satu sudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya-Allah rasa loya akan hilang.

Kulit anak bersih

Semasa mengandung, amalkan meminum air kelapa agar kulit bayi dalam kandungan bersih dan halus serta terhindar daripada masalah ruam.

Inginkan anak berkulit cerah

Ibu hamil disarankan agar banyak makan sayur-sayuran berwarna hijau terutamanya sayur bayam jika inginkan anak berkulit cerah.

Atasi rekahan kulit semasa hamil

Agar kulit sekitar perut dan paha anda tidak merekah semasa hamil, sapukan dengan minyak zaitun setiap kali selepas mandi dan ketika hendak tidur.

Mudah bersalin

Ketika kandungan berusia 6 bulan, amalkan memakan satu sudu teh minyak kelapa yang dibuat sendiri sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Setelah berusia sembilan bulan pula, amalkan pengambilan setiap hari.

Sumber: http://pama.karangkraf.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...