Wednesday, September 18, 2013

// // Leave a Comment

Petua Makan Untuk KURUS dan SIHAT

Assalamualaikum...

Semua ingin memiliki tubuh badan yang cantik, kurus dan ramping. Ramai yang sanggup berhabis ratusan mahupun puluhan ribu ringgit semata-mata untuk kelihatan kurus, cantik dan menawan. Itulah kesan daripada pengiklanan dan media massa yang banyak menonjolkan imej model-model yang sebegitu. Hakikat sebenarnya kita perlu kurus untuk sihat. Jangan berlapar atau ‘diet’ dengan cara yang tidak sihat untuk kurus. Ukurlah bentuk badan sendiri dan jangan mengukur dengan bentuk badan orang lain.

Di sini ada beberapa tip atau petua yang mudah untuk kuruskan badan dengan makan yang baik dan menjaga kesihatan yang boleh diikuti oleh anda. Sihat sepatutnya menjadi matlamat utama dalam usaha menguruskan berat badan dan bukanlah rupa yang cantik semata. Kesihatan itu lebih mahal harganya.

✿✿ Petua pertama adalah mengelakkan makan makanan ringan (junk food) seperti kerepek, biskut, jajan-jajan dan sebagainya.Ini adalah kerana makanan ringan ini tidak mengandungi sebarang khasiat yang lengkap untuk tubuh badan anda dan hanya mengandungi karbohidrat dengan kalori berlebihan disamping pelbagai pengawet dan perasa tiruan yang merbahaya untuk kesihatan.

✿✿ Petua kedua adalah makan makanan karbohidrat yang tinggi dengan kandungan serat atau fiber seperti roti berserat penuh (wholemeal), beras perang, oat dan sebagainya.Karbohidrat jenis ini adalah berglisemik indeks rendah. Ambil makanan yang berkarbohidrat seperti nasi dalam jumlah yang terkawal bergantung kepada aktiviti fizikal dan makanlah nasi atau roti dengan sayuran dan ulam-ulaman yang banyak.

✿✿ Petua ketiga adalah pengambilan protein sihat iaitu ‘protein putih’.Kurangkan sumber ‘protein merah’ seperti daging yang kaya dengan lemak tepu.Makanan tinggi protein putih seperti ikan, tauhu, tempe , telur, udang atau sotong. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita seperti dari sumber kekacang.

✿✿ Petua keempat adalah dengan makan banyak buah-buahan.Seperti yang kita ketahui buah-buahan mempunyai pelbagai khasiat anti oksidan, mineral dan vitamin untuk tubuh badan anda. Disamping itu buah-buahan juga amat kaya dengan serat atau fiber walaupun rasanya manis, ia mempunyai indeks glisemik yang rendah. Jadi amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti jambu batu, mangga, limau, oren, epal, betik, belimbing dan sebagainya. Buah-buahan yang berglisemik indeks tinggi perlu dimakan sedikit sahaja seperti buah durian, pisang, anggur, kurma, tembikai dan sebagainya.

✿✿ Petua kelima adalah apabila kita makan sarapan, tengahari dan malam pastikan menu makanan yang betul.Jangan berlapar dan meninggalkan makan. Pastikan setiap makanan atau menu yang di ambil mengandungi gizi yang seimbang iaitu lengkap dengan karbohidrat, lemak, protin, serat dan air.

✿✿ Petua keenam adalah banyakkan minum air kosong atau air mineral. Air kosong membantu membakar kalori berlebihan dalam badan kerana ia adalah berkalori kosong dan ia memerlukan kalori untuk diproses dalam tubuh manusia. Kesannya ialah ia akan menjadikan air sebagai ‘negatif kalori’.Sentiasa minum air kosong dan amalkan 8 gelas air kosong sehari. Elakkan minuman manis dan berkarbonat kerana gula dalam minuman mempunyai kalori yang tinggi dan indeks glisemik yang tinggi.

✿✿ Petua ketujuh adalah amalkan pengambilan suplemen seperti multivitamin , vitamin C, vitamin E , anti oksidan, omega 3, mineral kalsium, magnesium, zink, chromium, selenium dan lain-lain. Ini membantu mengekalkan sistem metabolisma tubuh ketahap yang optimum. Banyak kajian telah membuktikan pengambilan suplemen seperti omega 3 boleh menurunkan berat badan.

✿✿ Petua kelapan adalah pengambilan probiotik secara kerap. Probiotik akan membantu membekalkan bakteria baik dalam usus yang membantu penghadaman yang lebih baik dan meningkatkan imuniti. Pelbagai jenis minuman dangan kultur hidup terdapat dipasaran sekarang yang kaya dengan probiotik.

❣ Bersabar & konsisten adalah kunci untuk menurunkan berat badan...SELAMAT BERJAYA ❣

credit: http://doknorm.blogspot.com/


Sambil-sambil tu jom lihat testimoni pengguna yang telah menggunakan set kurus shaklee.. beliau mengambil makanan tambahan..esp (protein), alfafa, lecithin untuk pecah lemah dan omega guard.. alhamdulillah beliau berjaya kurus.


Suplemen yang beliau ambil..sesuai untuk anda yang sedang breastfeeding dan jika anda tidak menyusu pon boleh amalkan...

Nak cuba? boleh hubungi saya untuk dapatkan harga yang ISTIMEWA...

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...