Sunday, October 20, 2013

// // 3 comments

Atasi Masalah Kelemumur dan Rambut Gugur

Assalamualaikum..

Rambut gugur dan kulit kepala berkelemumur merupakan antara masalah yang akan kita hadapi jika penjagaan rambut dan kulit kepala tidak dititikberatkan. Masalah rambut sebenarnya bermula dengan kulit kepala. Untuk mendapatkan rambut yang sihat dan lebat, kebersihan kulit kepala harus dilakukan. Antara punca kelemumur adalah kerana kulit kepala berminyak dan gatal, kurang mencuci rambut dan mungkin juga disebabkan jangkitan yis malassezia.

Rambut gugur pula boleh berpunca daripada penurunan mendadak estrogen selepas bersalin, pengambilan makanan berproses sebagai diet harian, bahan kimia dalam produk rambut dan juga stress.

Untuk memastikan rambut yang sihat, pemakanan yang seimbang juga adalah perlu. Makanan untuk rambut yang sihat adalah makanan yang kaya dengan protein, Vitamin B Complex, Zink dan Vitamin C. Dan jika mengamalkan supplemen, pengambilan vitamin-vitamin di atas dan multivitamin akan membantu menghasilkan rambut yang sihat. Namun, pengambilan vitamin haruslah konsisten selama sekurang kurangnya 90 hari kerana sel dalam tubuh hidup antara 90 hingga 120 hari. Maka perlu masa untuk sel menerima dan menyerap dengan baik semua vitamin yang kita ambil. 

Set Penjagaan Rambut Shaklee


Set penjagaan rambut Shaklee dikenali sebagai ProSante, adalah bebas kimia dan selamat untuk digunakan.

(1) Long Lasting Finishing Spray
  1. “Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah
  2. Memberikan perlindungan UV
  3. Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut
(2) Revitalizing Shampoo
  1. Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  2. Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  3. Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya
(3) Purifying Shampoo
  1. Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  2. Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  3. Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur
(4) Replenishing Conditioner
  1. Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  2. Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  3. Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi
(5) Lightweight Conditioner
  1. Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  2. Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  3. Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus
(6) Nourishing Scalp Treatment
  1. Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  2. Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  3. Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  4. Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
  5. Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.

Yang mana satu anda perlukan?

Keperluan adalah mengikut jenis dan masalah rambut anda seperti berikut:

Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut anda boleh gunakan set berikut:
  1. Revitalizing Shampoo
  2. Lightweight Conditioner
  3. Nourishing Scalp Treatment

Bagi mereka yang mengalami masalah rambut berkelemumur, rambut bercabang, rambut rosak dan berminyak, anda boleh gunakan set berikut:
  1. Purifying Shampoo
  2. Replenishing Conditioner
  3. Nourishing Scalp Treatment
credit

Jom baca testimoni..





Berminat nak mencuba dan mengatasi masalah kulit kepala anda? Nak dapatkan kulit kepala dan rambut yang lebih sihat dan menawan? Hubungi saya untuk mendapatkan set penjagaan rambut shaklee ini dengan harga yang istimewa.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

3 comments:

  1. byk info menarik..mohon share testimoni
    http://zianahealthcare.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. hi hidayah,
    harga set rambut..
    utk set keguguran rambut rm226.25
    utk set kelemumur, rosak dan bercabang rm223.75

    kalau berminat blh dapatkan daripada saya.. :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...