Thursday, November 28, 2013

// // Leave a Comment

Adakah Vitamin Kesuburan Berkesan?

Assalamualaikum...

Set kesuburan, vitamin kesuburan, makanan sunnah, kacip fatimah dan macam-macam lagi produk untuk pasangan yang inginkan zuriat terdapat dipasaran. Tetapi adakah semua produk ini betul-betul berkesan?

Kadang-kadang saya juga sering ditanya, apakah set kesuburan yang saya jual berkesan? adakah vitamin saya jual tu berkesan? hakikatnya semua produk adalah makanan tambahan sahaja, bukanlah ubat... jadi fungsi utama dia bukanlah menyembuhkan atau mengubati. Sebaliknya sebagai makanan tambahan, ia memberi extra kebaikan pada badan kita. Kalau tak makan, badan masih boleh sihat tapi kalau makan, badan bertambah sihat dengan izin Allah. Walau ubat sekalipun, jika Allah tidak mengizinkan untuk sembuh, tetap jua tidak akan sembuh.

Ini bukanlah bermaksud kita perlu berserah dan menunggu sahaja. Ingatlah, bahawa Allah tidak melihat pada hasil yang kita dapat, tapi Allah melihat seberapa kuat Usaha yang kita telah buat dan seberapa kuat Tawakal kita kepadaNya.

Ok back pada cerita suplemen kesuburan.. Untuk mengambil apa-apa suplemen, kita perlu tahu tujuan kita mengambil suplemen dan kita perlu tahu masalah badan kita. Jika belum juga mengandung setelah lama berkahwin, kita perlu cari penyebabnya. Setahu saya, jika setahun berkahwin dan belum mendapat zuriat, kita boleh rujuk di hospital untuk mendapatkan treatment. 

Ada yang telah 5 tahun berkahwin, belum mempunyai zuriat tetapi takut untuk mendapatkan rawatan. Bagi saya tidak perlu takut untuk mengetahui tahap kesihatan kita. Penting ye kita tahu masalah kita, lebih-lebih lagi berkaitan kesuburan supaya kita mendapat rawatan secepat mungkin. Jangan terlambat sehingga buat kita menyesal. 

Pada pendapat saya, berjumpalah dengan gynae dulu untuk mengetahui status kesihatan dan kesuburan. Ini untuk mengetahui masalah sebenar tidak hamil. Jika tiada masalah yang serius mungkin boleh berusaha hanya dengan suplemen sahaja tetapi jika masalah itu contohnya berkaitan dengan tiub fallopian tersumbat. Suplemen tidak lagi sesuai untuk masalah ini, melainkan menjalani pembedahan atau rawatan lain.

Ramai sebenarnya yang selalu mengadu kepada saya tentang masalah period, sakit dibawah perut. Tetapi bila ditanya dah jumpa doktor ke belum, dah pernah buat ultrasound? rata-rata jawapannya tidak. Nasihat saya, pergilah berjumpa doktor untuk check up kerana pada hari ni, ada bermacam penyakit untuk wanita yang berkaitan kesuburan dan rahim, cyst, fibroid, polyps, endo dan macam-macam lagi.

Tapi saya sangat kagum dengan seorang sahabat dari Brunei, beliau dah lama berkahwin.. 6 kali keguguran dan 3 kali buat iui tapi belum juga dikurniakan zuriat. Apa yang buat saya kagum, beliau tidak pernah putus asa berusaha. Saya tahu beliau sorang yang tabah dan sesungguhnya Allah menguji hambanya mengikut kemampuan hambanya. Sama-sama kita doakan beliau mendapat zuriat ye kawan-kawan. 

Usahalah kawan-kawan, kerana Allah melihat dan menilai setiap usaha kita itu. Dan lihatlah secara positif dalam ujian mendapatkan zuriat ini. Allah lebih Mengetahui bila, dimana dan masa yang tepat untuk Dia berikan sesuatu untuk kita. Di sini, kita perlu yakin bahawa hakikatnya, setiap apa-apa yang berlaku itu, berada dalam kekuasaanNya. 

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]

Sebenarnya dalam hal mendapatkan zuriat, saya selalu tegaskan, pengambilan makanan tambahan ini hanyalah satu usaha kita sahaja..yang menentukan kita dapat zuriat atau tidak adalah Dia Yang Satu, Allah. Sebab itu iringilah usaha kita dengan DOA dan TAWAKAL. Semoga rakan-rakan yang membaca, mendapat apa yang dihajati. Sama-samalah kita berusaha dalam apa jua yang kita inginkan.

Ingatlah, bahawa Allah tidak melihat pada hasil yang kita dapat, tapi Allah melihat apa usaha yang kita telah buat. Sebagai peringatan untuk diri sendiri juga

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...