Saturday, November 2, 2013

// // Leave a Comment

Cara Tambah Selera Anak

Assalamualaikum...

Berdepan dengan masalah anak sukar makan, memang memeningkan kepala ibu bapa. Ramai rasanya ibu bapa yang menghadapi masalah ini. Biasanya pemakanan anak-anak ok pada permulaannya dan sampai satu tahap mereka mula memilih makanan dan lebih fokus untuk bermain. 

Adakalanya memang sukar menyuruh anak makan, tapi ada cara menarik perhatian mereka. Pemakanan anak-anak, terutama yang sedang membesar, amat perlu dititikberatkan. Ini kerana daripada makananlah mereka mendapat tenaga, serta membantu pertumbuhan fizikal dan mental yang sihat.

Jika anak-anak kurang selera makan, dan sering menolak makanan berkhasiat yang disediakan, mereka akan berdepan masalah kurang nutrisi dan berkemungkinan menghadapi masalah kesihatan lain pula.

Maka para ibu bapa perlu bijak menarik perhatian anak-anak untuk menjamah makanan. Antara caranya:
  1. Menyediakan dan menghiasi makanan dengan lebih warna-warni.
  2. Bentukkan makanan dengan lebih menarik, contohnya watak-watak kartun yang mereka minati. Anda juga boleh gunakan coklat cair, kicap atau sos untuk melukis di makanan.
  3. Sediakan makanan pada suhu yang sesuai, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk.
  4. Guna pelbagai kaedah memasak yang boleh membangkitkan rasa, bau dan rupa hidangan.
  5. Gunakan sos untuk menyembunyikan rasa yang mungkin tidak digemari anak anda.
  6. Cuba makanan yang disediakan di hadapan anak dan berikan ekspresi bahawa ia benar-benar sedap!
  7. Ajak mereka sama-sama menyediakan makanan, dan jadikan aktiviti itu sesuatu yang menyeronokkan.
  8. Potong makanan kecil-kecil untuk memudahkan anak anda mengunyahnya.
  9. Bagi kanak-kanak tidak sukakan sayur, sediakan hidangan yang anda boleh sembunyikan sayuran; contohnya bergedel dan sos spageti yang mengandungi sayur yang dicincang halus.
  10. Gunakan pinggan mangkuk yang menarik perhatian kanak-kanak seperti yang bergambar atau berbentuk watak kartun.

Sebenarnya anak-anak saya juga menghadapi masalah yang sama. Selalunya doktor akan nasihatkan saya untuk berikan anak-anak multivitamin. Bagi saya, tiada salahnya memberikan anak makanan tambahan supaya nutrisi mereka mencukupi. Bukanlah dengan memberikan makanan tambahan, kita tidak perlu lagi menitikberatkan pemakanan seimbang. Makanan seimbang TETAP WAJIB ye.. dan kita boleh guna teknik-teknik di atas untuk tarik perhatian mereka. Kadang-kadang saya akan tanya anak saya apa yang hendak dimakan. Berinteraksilah dengan mereka supaya kita boleh memasak makanan kegemaran mereka.

Bagi ibu bapa yang sedang memilih makanan tambahan untuk anak-anak, saya sangat syorkan MEAL SHAKES Shaklee. Meal Shakes merupakan suplemen yang amat popular dalam meningkatkan selera makan anak. Ia merupakan multivitamin yang juga kaya dengan fiber, kalsium dan protin. Ia bukan sahaja membantu meningkatkan selera makan anak tetapi insyaAllah turut membantu meningkatkan tahap kesihatan mereka. Terdapat juga testimoni eczema dan asma anak menjadi kurang. Produk ini berasaskan sumber semula jadi, halal dan selamat untuk anak-anak anda.






Berminat nak dapatkan Meal Shakes untuk si manja anda? Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...