Thursday, November 21, 2013

// // Leave a Comment

Selsema dan Batuk Mengganggu?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana saya jarang sangat jatuh sakit. Dalam setahun, hanya sekali dua je terkene selsema dan batuk...Alhamdulillah juga kerana Dia berikan sakit kerana sakit akan menghapuskan dosa dan tentunya Allah sedang mengingatkan kita supaya kembali kepadaNya. Sihat dan Sakit, dua-duanya adalah nikmat yang diberikan olehNya. Syukurlah.

Dua hari lepas, memang saya rasa tak sedap badan sebab tekak mula rasa perit. Saya memang jenis malas makan ubat sebab selama ni, jika rasa nak selsema, saya akan ambil extra vitamin C sahaja dan selsema akan hilang begitu sahaja. Kali ini, batuk menyerang dulu..apataknya..sekeliling saya, suami dan anak2 semuanya selsema dan batuk... Suami pulak cukup risau jika saya tak sihat, iye lah...sapa nak jaga anak2 nanti jika saya pon turut tak sihat.

Dua hari lepas memang kepala pon ting tong je..sakit kepala. Tekak sakit sebab batuk..memang tak berapa larat coz dah beberapa malam berjaga sebab anak high fever. Alhamdulillah anak dah ok..saya lak sambung. Dalam hati pikir, suplemen apa lagi nak makan untuk masalah tekak dan selsema yang mula menyerang ni. Vitamin C dah ambil dah.. Akhirnya baru saya teringatkan Nutriferon juga baik untuk imun booster. Sebelum ni bagi hubby dan anak makan tu... boleh pulak tak terpikir nak ambil nutriferon jugak.

Akhirnya setelah dua hari menelan nutriferon dan juga vitamin C, Alhamdulillah dengan izin Allah, batuk hampir tiada..sakit tekak juga hilang..tinggal selsema skit2. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Sebenarnya saya sendiri belum pernah mencuba Nutriferon ni, hanya pernah membaca testimoni dari pengguna sahaja. Sekarang bila dah mencubanya sendiri, Alhamdulillah berkesan pada saya.


Ini la rupa Nutriferon yang saya ambil. Ia dalam bentuk serbuk dan boleh diambil begitu sahaja. Rasanya manis-manis seperti gula melaka tetapi ada rasa cam herba pon ada. Hubby dan anak kata sedap. Saya? Boleh la telan..tuang dalam mulut pastu minum air. Satu sachet je setiap hari untuk orang dewasa. Jom baca sedikit info tentang Nutriferon ini.

Nutriferon adalah produk Shaklee yang dihasilkan bertujuan untuk ‘boost’ sistem perlindungan imuniti tubuh – interferon. Interferon adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh kita untuk melawan virus, sekaligus mengelakkan virus tersebut ‘membiak’ dalam tubuh kita. Ia dihasilkan drpd ekstrak 4 tumbuhan (biji labu, bunga sunflower, honeysuckle jepun dan biji plantagi) yang mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

Apa gunanya interferon ni?
  1. Meningkatkan sistem imun dalam masa 3 hari. Interferon mampu meransang dan meningkatkan secara keseluruhan sist. Imun tubuh.
  2. Melindungi dari influenza. Melindungi dengan berkesab drpd virus, microb termasuk selesema, flu, alergi dan influenza.
  3. Meringankan stress dan kelesuan. Meringankan kemudaratan yg disebabkan keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup sibuk.

Siapakah yang perlukan Nutriferon?
  1. Mereka yang ingin kekal sihat
  2. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan
  3. Individu yang selalu stress
  4. Ibu yang menyusukan anaknya
  5. Individu yang mengamalkan makan makanan secara tidak seimbang dan kehidupan yang aktif Mereka yang banyak travelling & sentiasa bergerak
  6. Sesiapa yang mempunyai sistem imunisasi yang rendah (biasanya, mereka ini mudah akan terjangkit, apabila orang sekeliling mereka tidak sihat)
  7. Sesiapa yang mengidap selesema, demam, kanser / asma

Jom baca pula testimoni pengguna lain...



Jika anda antara yang sering DEMAM, SELSEMA & BATUK, nutriferon adalah sangat sesuai untuk mencegah sebelum ianya berlarutan. Ia juga mudah dibawa kemana-mana sahaja. Hubungi saya untuk mendapatkan bekalan Nutriferon untuk kesihatan anda.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...