Thursday, November 7, 2013

// // Leave a Comment

Tips Penjagaan Selepas Bersalin Pembedahan

Assalamualaikum...

Bersalin secara normal atau pembedahan, kedua-duanya memerlukan penjagaan yang rapi. Berpantang selepas bersalin adalah bertujuan untuk memastikan badan ibu kembali sihat dan bertenaga serta memberi masa kepada luka-luka dalaman dan luaran sembuh elok sepenuhnya. Jika anda bersalin secara pembedahan, jom amalkan tips penjagaan selepas bersalin pembedahan ini.

  • Bergerak lebih awal dan banyak bergerak - Melancarkan perjalanan darah dan membantu percepatkan penyembuhan luka
  •  Makan makanan berzat dan seimbang -Makan makanan yang mengandungi banyak protin,mineral,vitamin,buah- buahan dan sayur- sayuran.
  • Minum air secukupnya - Minum air dapat membuang toksin dalam badan dan mengurangkan sembelit kerana sembelit memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda bertambah sakit. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  • Mengambil suplement zat besi dan multivitamin -meningkatkan paras hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempoh pemulihan anda.
  • Makan pil penahan sakit - Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Makan ubat tahan sakit (jika tiada kontraindikasi) untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.
  • Menyusu badan secara eksklusif - Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah.
  • Pastikan luka kering dan bersih - Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.

Tanda-tanda jangkitan kuman selepas bersalin pembedahan;
  1. Demam berterusan.
  2. Sakit pada tempat luka
  3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
  4. Keluar nanah dari tempat luka
  5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
  6. Keluar air jernih dari tempat luka
  7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
  8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, sila berjumpa doktor dengan segera. Sekiranya anda perlukan suplemen sepanjang anda berpantang, saya sangat syorkan Set Bersalin Shaklee yang lengkap ini. Ramai ibu-ibu yang berpuas hati dengan set ini. Set ini bukan sahaja membantu ibu cepat sihat dan cergas tetapi susu badan juga meriah.



Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi.


Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...