Monday, December 2, 2013

// // Leave a Comment

Atasi Sakit Belakang Ketika Hamil

Assalamualaikum..

Sewaktu mengandung, kita akan mengalami pelbagai perubahan baik dari segi emosi dan juga fizikal. Seringkali kita mendengar keluhan ibu mengandung mengalami sakit belakang, sakit pinggang, cepat lenguh, kejang, kebas dan sakit pada bahagian pinggul. Saya juga tak terkecuali, lebih-lebih lagi keje saya dulu banyak duduk mengadap komputer. Biasanya saya akan pastikan tempat duduk saya dilapik bantal dan dibelakang juga diletak bantal untuk memberikan keselesaan pada belakang saya.

Terdapat beberapa punca terjadinya sakit belakang ini :-

  • Penambahan berat bayi dan perubahan postur badan yang sedikit menganggu postur normal
  • Berdiri terlalu lama atau duduk lama semasa bekerja di pejabat seharian
  • Pemakaian pakaian dalam yang sudah tidak sesuai dengan keadaan fizikal semasa mengandung
  • Postur badan yg kurang sesuai semasa mengangkat barang dan tidur

Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh mencuba cara dibawah;-

  • Menggunakan postur yang betul semasa berjalan, tidur, dan bangun dari pembaringan
  • Menggunakan bantal sebagai sokongan semasa duduk di kerusi dan jangan menyilangkan kaki semasa duduk
  • Jika berdiri terlalu lama, buat senaman seketika
  • Jangan berjalan dengan keadaan menolak perut kehadapan
  • Memakai coli yg bercangkuk dan tali lebar serta kain yg nipis dan selesa serta memakai seluar dalam mengandung yg selesa
  • Memilih kasut yg tidak bertumit dan pemilihan kasut yg sesuai yang mempunyai edaran udara serta mempunyai sokongan lengkuk tapak kaki
  • Membuat senaman yg sesuai dan sekiranya keadaan semakin teruk silalah berjumpa pakar
  • Berhati-hati semasa mengangkat dan mengambil barang dengan menggunakan postur yg betul dengan membengkokkan kedua lutut bukannya membongkokkan badan sahaja


Selain itu, anda juga boleh mengambil Ostematrix Shaklee iaitu kalsium untuk membantu menguatkan tulang dan membantu mengurangkan masalah sakit belakang dan sakit pinggang.


American Institute for Preventive Medicine telah membuat kajian ibu hamil perlu mendapatkan kalsium, magnesium dan air yang cukup bagi mengatasi masalah sakit pinggang ketika hamil. Kalsium dan magnesium sangat penting kerana boleh membantu memelihara saraf normal, yang mana saraf inilah yang akan mengawal pengecutan otot-otot tubuh kita. Kalsium juga penting untuk proses kelahiran yang memerlukan otot-otot badan bekerja keras terutama semasa kontraksi nanti.

Khasiat Ostematrix
  • Menyediakan kalsium yang mencukupi untuk ibu dan bayi
    Bantu melegakan sakit pinggang dan kejang kaki
  • Bagus untuk pelawasan dan elakkan sembelit
  • Membantu pembentukan janin bayi yang kuat
  • Melegakan migrain
  • Mencegah osteoporosis
  • Tidur lebih lena dan senang bangun di awal pagi
 


Maklumat lanjut mengenai produk dan BEST PRICE, boleh hubungi saya

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...