Thursday, March 27, 2014

// // Leave a Comment

5 Tips Penjagaan Rambut

Assalamualaikum...

Rambut merupakan antara aset yang penting bagi wanita. Walaupun bertudung, seorang wanita harus memastikan rambut sihat dan cantik.

Jadi bagaimanakah cara penjagaan rambut yang betul? Cukupkah dengan hanya mencucinya setiap hari? Jom kita baca sedikit tips pada hari ini.




  • Sikat rambut anda dengan sempurna sebelum membasahkannya dengan air. Dengan ini, aliran air yang bakal meresap ke dalam helaian rambut anda lebih sempurna dan rata.

  • Sebaiknya mandi dengan air pancur agar rambut dibasahkan dengan sempurna. Anda boleh menggunakan air yang panas atau sejuk. Namun sebaiknya, gunakan air panas (suam) terlebih dahulu, dengan ini kutikel rambut telah dibuka dan segala kekotoran misalnya minyak dan debu dapat dicuci dengan sempurna. Kemudian, bilas rambut dengan air sejuk untuk menutup kembali kutikel yang telah terbuka.

  • Jika anda menggunakan perapi setelah bersyampu, bilas rambut dengan air laju. Gunakan kesemua jari untuk memastikan perapi ini betul-betul habis disingkirkan dari setiap helaian rambut. Sebelum menyapukan syampu atau perapi, jangan lupa untuk menuangkan ke tapak tangan terlebih dahulu. Kemudian, gosok sempurna untuk mengeluarkan buihnya. Jangan sesekali menuangkan syampu atau perapi terus kepada rambut kerana tekstur syampu/perapi yang telalu pekat sukar dihilangkan dengan sempurna jika cucian tidak betul. Perlu diingatkan, syampu perlu disapu pada kulit kepala anda, bukannya pada penghujung rambut anda. Jika cucian tidak sempurna dan sisa syampu tidak dibersihkan dengan elok, rambut akan menjadi lemah dan bercabang.

  • Jangan mencampurkan penggunaan syampu daripada pelbagai jenama. Sebaik-baiknya, lakukanlah cucian syampu sebanyak dua kali. Tujuan untuk pertama kali ialah untuk menyingkirkan minyak dan debu. Manakala cucian yang kedua pula ialah untuk memastikan syampu yang telah disapu ke rambut ini dapat disingkirkan dengan sempurna. Sebelum mengulang cucian untuk kali kedua, pastikan anda menunggu selama beberapa minit agar khasiat syampu dapat diserap sempurna pada setiap helain rambut.

  • Untuk mengelakkan lebihan air pada rambut ,perahkannya dengan sempurna dengan lembut. Jangan lakukannya dengan kasar kerana rambut mudah rosak ketika ia masih basah. Jika ingin memakai perapi pula, sapukan sepanjang garisan rambut dan bungkus dengan shower cap dalam masa 10 minit. Kemudian, bilas dengan sempurna. Walaupun cara ini nampak rumit, tapi inilah cara cucian yang sempurna dan sebaiknya.

Semoga tips penjagaan rambut ini berguna untuk kita semua dan boleh dipraktikkan :-)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...