Thursday, April 24, 2014

// // Leave a Comment

Wanita Tak Suka Minum Susu

Assalamualaikum..

Wanita tak suka minum susu? siapakah itu.. adakah saya.. atau anda yang sedang membaca blog saya ini. Sebenarnya dulu saya sendiri tak suka minum susu lebih-lebih lagi susu yang plain. Tak boleh nak telan saya jika putih camtu jer..

Tapi bila mengandung, susu menjadi satu minuman yang sangat penting bagi saya dan nurse pun asyik bertanya minum susu ke tak. Benarlah, apabila kita sayangkan seseorang, kita sanggup berubah dan melakukan apa sahaja dan itulah yang terjadi. Kerana sayangkan anak di dalam kandungan, saya sanggup minum susu walaupun loya tekak...sanggup telan segala vitamin yang klinik bekalkan walaupun saya ni penakut makan pil. Kerana apa? kerana kita nak yang Terbaik buat insan yang Tersayang.

Kenapa kita nak kena minum susu ini? Tak minum susu, tak boleh ker? Sebenarnya ramai jer wanita diluar sana yang tak suka minum susu.. tapi diorang kreatif skit, diorang ambil pil kalsium.. maklumlah saya pada masa tu tak tau apa-apa pasal suplemen ni apatah lagi pil kalsium. Jadi terpaksalah saya minum susu.

Ye Kalsium..komponen yang penting di dalam susu. Taknak minum susu boleh jer tapi kenalah ambil makanan yang tinggi kalsium untuk bekalkan kalsium pada badan. Contohnya makan keju, tauhu, yogurt, pisang dan macam2 lagi.

Sebenarnya kalsium ni bukan penting untuk wanita hamil jer. Semua peringkat umur sangat perlukan kalsium. Sebab itulah dari kecil kita minum susu dan sepatutnya diteruskan sehingga dewasa untuk menguatkan tulang.

Apa yang penting sangat kalsium ni? Kalau kurang kalsium apa jadi?
  • Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut
  • Sukar tidur (Insomnia)
  • Usus menjadi lemah dan sering sembelit
  • Sakit pinggang dan kaki
  • Cepat naik angin dan mudah terkejut
  • Luka susah sembuh, darah lambat beku
  • Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
  • Menurunkan kadar metabolisme
  • Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
  • Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin

Jadi bila kekurangan kalsium memanglah banyak masalah yang timbul. Paling ketara bagi saya, selalu kejang lebih-lebih lagi ketika mengandung. Sakit pinggan tu memang biasa la kan..

Tapi sekarang dah lebih mudah...alternatif untuk susu bagi saya adalah OSTEMATRIX SHAKLEE.. telan jer pil kalsium ni.. senang..


OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

PENTING! Pastikan pil Kalsium yang anda ambil mengandungi Magnesium juga. Kerana, mengikut kajian pengambilan Kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan Magnesium. Penyerapan Kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran Magnesium. Kekurangan Magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan Kalsium.

Kalsium TIDAK BOLEH diambil bersama zat besi kerana mereka akan bergabung bersama, menjadikan penyerapan keduanya terganggu.

Untuk dapatkan pil kalsium ini untuk bekalan harian, jom hubungi saya..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...