Tuesday, November 11, 2014

// // Leave a Comment

Petua Melegakan Sakit Tekak

Assalamualaikum...

huhu.. bangun tido pagi tadi rasa perit jer tekak.. sebenarnya tido malam tadi pon agak terganggu kerana tekak terasa kering dan batuk-batuk. 

bila sakit tekak menyerang ni, badan pon mula rasa tak sihat dan panas.. kepala mula ting tong.. hasilnya terpaksa rehatkan diri tapi tak boleh lama-lama rehatkan diri sebab banyak keje yang perlu dibuat..huhu

kalau dulu bila sakit tekak, petandanya saya nak demam selsema dan kemudian diikuti dengan batuk. Untuk elakkan sakit tekak ni berlarutan saya mengambil sebiji Vita C dan sebiji Garlic selepas breakfast pastu rehat sekejap. Alhamdulillah kurang sedikit perit ditekak dan sakit kepala tapi pastikan juga kerap minum air.

Sebenarnya sebelum ni pon saya selalu mengamalkan Vita C dan Garlic jika saya batuk atau terdapat simpton2 selsema. Selain tu saya juga mengambil Nutriferon, tapi disebabkan nutriferon masih tiada stok, maka terpaksalah telan vitamin yang mana ada sahaja. Alhamdulillah vitamin-vitamin ni banyak membantu.. dengan izinNya juga..:-)

Dah agak lama sebenarnya saya tidak mengambil ubat batuk dan ubat selsema dari hospital dan sememangnya saya cuba elakkan mengambil sebarang ubat. Alhamdulillah masih lagi boleh bertahan dengan hanya mengamalkan vitamin-vitamin sahaja dan cara tradisional.

Sebenarnya banyak petua yang boleh kita lakukan untuk melegakan sakit tekak dan batuk.. google je dan pilih petua mana yang kita nak buat... dan dalam banyak petua, saya paling suka petua yang ni..

Petua Melegakan Sakit Tekak
 
# MADU + JUS LIMAU

petua ni la yang saya rajin buat untuk saya dan juga anak-anak... kalau xde limau, saya hanya akan makan  satu sudu madu.. limau tu nak guna limau nipis pon boleh atau limau kasturi pon boleh.. saya biasanya guna limau kasturi sbb lebih wangi dan sedapp.. cara nak buat camana??

senang je, perah limau kasturi dalam segelas air suam dan campur satu sudu madu. boleh dibuat minum 3 kali sehari tapi saya biasanya hanya minum pagi dan malam sebelum tido sahaja...:-)


Okaylah, itu petua yang saya suka dan yang saya amalkan. Dirumah saya memang sentiasa ada madu, jadi agak mudah untuk saya menyediakan minuman madu berjus limau ni.. tapi kalau anda xde madu, boleh lah cuba petua2 lain, antaranya..

# Air asam jawa
nak buat sendiri pon boleh atau nak beli kat kedai sebab sekarang dah banyak jual air asam jawa ni. kalau kat umah ada pes asam jawa, buat sendiri je..jimat kos.. hehe

# Air garam
yang ni tak pernah buat tapi mungkin boleh cuba sebelum tido nanti.. garam ni bertindak sebagai antiseptik dan membersihkan kahak. Campur ¼ sudu the garam dengan 237 ml air suam untuk orang dewasa kemudian kumur-kumur dan buang. Berkumur beberapa kali setiap hari dapat mengurangkan sakit tekak.


haaa..dah dapat petua ni, jangan lupa cuba ye kawan-kawan dan kalau ada petua lain lagi, boleh la kongsikan di komen.. yang penting bila sakit tekak ni, minum lah air suam banyak-banyak... insyaAllah boleh melegakan sakit tekak..


update 12/11/2014: Alhamdulillah hari ni dah recover sakit tekak saya...Vita C, Garlic dan Madu memang benda wajib ada dirumah saya dan benda2 ni lah yang saya makan bila saya sakit tekak, selsema dan batuk. Vita C membantu meningkatkan sistem imun badan kita dan Garlic pula terkenal sebagai antibiotik semulajadi. Jadi kombinasi kedua-duanya sememangnya Terbaikk..




nak dapatkan Vita C dan Garlic Complex, boleh hubungi saya..


-------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee Kuala Lumpur di sekitar Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Cheras serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan. 

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...