Monday, December 1, 2014

// // Leave a Comment

Khasiat Kurma Untuk Kesihatan

Assalamualaikum..

Alahai sewaktu mencari info tentang kurma ini terasa ingin memakan buah kurma la pulak.. sedapnya nampak gambar kurma yang segar bugar. Selalunya kalau musim ramadhan, berlambak kurma dijual dipasaraya, tapi bila dah habis ramadhan, kadang2 tu susah pulak nak dapatkan kurma. 

Kurma disebut dalam al-Quran dan dinyatakan sebagai satu daripada buah-buahan yang ada dalam syurga. Kurma juga merupakan makanan pilihan Rasulullah kerana mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan.

Ada pelbagai jenis kurma seperti Ajwa, Munifi, Hilali dan Ruthana. Makan kurma adalah budaya masyarakat di Asia Barat sejak ribuan tahun.

Kajian saintifik menunjukkan kurma mempunyai banyak kelebihan dari aspek kesihatan kerana ia kaya dengan serat, vitamin, mineral, antioksidan, antiradang dan antibakteria.

Kandungan khasiat pemakanan yang tinggi dalam kurma juga baik untuk mencegah pelbagai jenis penyakit dan mengekalkan kesihatan optimum. 

kurma yang sebegini kesukaan saya


Khasiat Kurma Untuk Kesihatan

  • Kurma kaya dengan bahan sebatian fenolik antioksidan seperti pro-cyaanidin, coumaric, ferulic, sinapic dan flavonoids. Semua sebatian antioksidan ini mampu melawan kesan radikal bebas dan boleh mencegah kanser.

  • Bahan flavonoids ini juga boleh mening­katkan imuniti, melawan kesan radang dan mencegah mutasi sel seperti dalam satu kajian bertajuk ‘The impact of plant flavonoids on mammalian biology: implications for immunity, inflammation and cancer’ yang dilaporkan dalam jurnal perubatan di London pada 1994.

  • Kajian lain dilaporkan dalam jurnal perubatan ke atas kurma Ajwa atau dikenali sebagai kurma nabi yang dijalankan di Mesir pada 2011 mendapati, ia mempu­nyai kesan positif mencegah kerosakan dan melindungi organ hati serta buah pinggang dari kesan toksik Ochratoxin.

  • Buah ini termasuk biji dan daunnya mempunyai kesan antibakteria berdasarkan satu kajian yang dilaporkan dalam jurnal perubatan pada 2012. Ia menunjukkan ekstrak kurma dan biji kurma membantutkan pertumbuhan kulat pembawa penyakit dan bakteria jenis gram positif dan gram negatif. Ia boleh bantu merawat penyakit akibat jangkitan kuman dan kulat yang sukar dilawan oleh antibiotik biasa.

  • Membantu mencegah dan mengawal penyakit diabetes dan komplikasi penyakit itu seperti buta mata atau Diabetic Retinopathy. Saintis berpendapat ia kerana kandu­ngan sebatian flavonoids yang tinggi, terutama pada bahagian kulit kurma, membantu dalam aspek ini.

  • Kurma mengurangkan kesan radang yang dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit kronik seperti darah tinggi, strok, sakit jantung dan kanser.

  • Kajian dilaporkan dalam jurnal perubatan pada 2014 menunjukkan, kurma Ajwa mengandungi ethyl acetate, methanolic dan ekstrak jusnya menghalang peroksidasi lemak dan aktiviti enzim COX-1 dan COX-2 yang menyebabkan masalah keradangan.

  • Kandungan serat dan antioksidan ting­gi dalam kurma juga baik untuk sistem penghadaman manusia. Ia membantu penghadaman sempurna dan mengawal pertumbuhan bakteria jahat dalam usus kita. Ia boleh mencegah sembelit, penyakit buasir dan kanser usus.

  • Satu kajian unik menunjukkan kurma membantu dalam proses melahirkan anak. Kajian ini dilaporkan dalam jurnal perbidanan (O&G) pada 2011 yang menunjukkan kurma boleh membantu memudahkan pembukaan pintu rahim dan membantu proses kelahiran. Oleh itu, ia akan mengurangkan kelahiran secara induksi dan pembedahan. 

  • Kurma membekalkan tenaga segera kepada wanita yang dalam proses melahirkan anak. Kaedah ini patut di­amalkan untuk membantu wanita ketika hendak bersalin. Alhamdulillah saya pernah mengambil kurma hanya sebiji kurma sebelum bersalin dan dengan izinNya memang rasa bertenaga dan mudah bersalin.

  • Kajian juga menunjukkan kurma membantu dalam meningkatkan kesuburan lelaki kerana kandungan tinggi elemen mikro daripada estrak polen palma (DPP) seperti estrone dan sterols.

  • Kajian berdasarkan model haiwan menunjukkan DPP yang mengandungi kolesterol, rutin, karotenoids meningkatkan paras hormon gonadotropin yang mening­katkan kesuburan.

  • Ia juga meningkatkan kesuburan wanita dan digalakkan kepada sesiapa yang mempunyai masalah kesuburan untuk makan kurma selalu.

sumber: Harian Metro


Ini hanya sebahagian sahaja khasiatnya.. sebenarnya ada banyak lagi khasiat buah kurma untuk kesihatan. Apapun saya suka makan buah kurma. Terbaikkk.. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...