Thursday, November 23, 2017

// // Leave a Comment

Cara Berkesan Merawat Penyakit Bell's Palsy

Assalamualaikum

Kali pertama melihat pesakit Bell's Palsy, mesti ramai yang sangka itu adalah stroke. Walaupun begitu, Bell’s Palsy sebenarnya bukanlah serangan stroke. Saya sendiri tidak berapa tahu tentang penyakit ini hinggalah didedahkan dengan pesakit itu sendiri.

Kemudian saya nampak watak Shaheizy Sam yang tiba-tiba diserang penyakit Bell's palsy apabila menonton drama 'Aku Bukan Bimbo' barulah saya betul-betul ambil tahu tentang penyakit ini.

Apa itu Bell's Palsy

Bell’s Palsy adalah satu kelemahan otot muka disebabkan oleh inflamasi pada urat muka. Inflamasi ini meningkat di sekitar saraf muka yang mana ia melalui tengkorak dari otak. Inflamasi ini juga boleh menekan urat saraf. Sebahagian atau sepenuhnya urat saraf akan berhenti berfungsi sehingga inflamasi berkurangan. Otot muka tidak akan berfungsi sekiranya tidak disaraf oleh urat muka.

Ia berlaku secara tiba-tiba, biasanya di sebelah muka. Ia paling biasa berlaku di antara umur 10 dan 40 tahun. Faktor penyebabnya masih kurang jelas. Walau bagaimanapun kebanyakan kes adalah mungkin disebabkan oleh jangkitan virus. Majoriti pesakit pulih dalam tempoh 2-3 bulan. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan Bell’s palsy dan kesannya kepada kedua-dua lelaki dan wanita adalah sama.

Tanda – tanda Bell’s palsy

Kelemahan pada otot muka akan berlaku dengan cepat dalam beberapa jam dan akan menjadi lebih lemah dalam beberapa hari. Kelemahan otot ini berbeza dimana ada otot yang lemah sedikit manakala ada otot yang terlalu lemah.

Di antara tanda – tandanya adalah ;
  • Sebelah muka anda akan menjadi lemah dan apabila anda senyum, hanya sebelah otot muka yang berfungsi.
  • Tidak berupaya untuk mengunyah makanan. Makanan mungkin akan terperangkap diantara lelangit dan gusi. Minuman dan air liur juga akan meleleh dari tepi mulut.
  • Anda tidak berupaya menutup mata dan ini menyebabkan mata akan menjadi kering atau air mata akan mengalir keluar.
  • Anda tidak dapat kedutkan dahi anda, tidak dapat meniup ataupun mengembangkan pipi.
  • Anda juga akan bermasalah dalam sebutan perkataan yang bermula dengan huruf P.
  • Sesetengah orang tidak menghadapi kesakitan manakala segelintir orang akan mengalami kesakitan dibelakang telinga untuk beberapa hari.
  • Anda juga akan kedengaran suara/ bunyi dengan kuat walaupun bunyi itu tidak terlalu kuat.
  • Deria rasa juga akan terjejas.
credit: myhealth

Rawatan Penyakit Bell's Palsy


Teknik rawatan tertentu dikatakan mampu merawat penyakit Bell Palsy. Ia sama ada tertumpu kepada merawat punca utama gangguan saraf yang terjejas atau mengawal kesan sampingan akibat Bell Palsy.

Antara rawatan penyakit bell palsy adalah seperti berikut:

  1. Ubat kortikosteroid seperti prednisolone : Untuk mengurangkan bengkak yang terjadi pada saraf wajah
  2. Ubat titis mata : Penderita bell palsy akan mengalami kesukaran untuk menutup mata. Maka mata akan menjadi kering dan mudah terkena infeksi. Ubat titis mata akan digunakan bagi mencegah masalah yang mungkin timbul di mata akibat mata yang tidak dapat ditutup.
  3. Pembedahan plastik : Pembedahan ini tidak akan mampu mengembalikan fungsi saraf seperti biasa. Ia akan melindungi mata dan memperbaiki penampilan wajah serta meningkatkan fungsi wajah yang kaku dan layu. Kebiasaanya, pembedahan plastik ini dilakukan untuk memperbaiki fungsi kelopak mata, memperbaiki posisi mulut, membantu dalam percakapan, makan, minum serta memperbaiki keseimbangan bentuk wajah.
  4. Fisioterapi : Ahli fisioterapi akan membantu dan mengajar latihan-latihan yang boleh menguatkan otot-otot wajah.
  5. Suntikan botox : Kebiasaannya dilakukan kepada penderita bell palsy kronik. Ia berfungsi untuk meningkatkan penampilan wajah secara keseluruhan dan dilakukan setiap 4 bulan sekali.
  6. Alternatif Rawatan Lain : Teknik relaktasi, akupuntur dan rawatan dalaman mampu mempercepatkan pemulihan Bell Palsy dan mampu mengembalikan fungsi saraf wajah.

Vivix Shaklee untuk pesakit Bell's Palsy


Selain daripada rawatan di atas, pesakit bell's palsy boleh mengamalkan mengambil suplemen tambahan iaitu Vivix dalam proses penyembuhan. Di sini saya kongsikan testimoni pesakit yang mengamalkan Vivix dan beberapa suplemen shaklee lain dalam proses penyembuhan beliau.



"Alhamdullilah, 2 oct 2015, Saya bangun sebelah muka dah jatuh, Tak boleh senyum, Mata tak boleh tutup, Air mata mengalir macam menangis. Sakit. Rasa tegang je.

Doktor sahkan saya diserang Bell's Palsy. Bukan STROKE, tapi kelemahan sebelah otot muke
Saya diberikan steroid. Puncanya tidak diketahui.
Saya tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas tu.. Saya cuma fokus dengan fisioterapi dan mengambil suplemen Shaklee pada SPECIAL DOSE iaitu Vivix, Omega Guard, B complex, Vitamin E. Saya juga menjalani fisioterapi.
Alhamdullilah selepas 90hari
Saya diberi kesempatan SENYUM kembali
Kalau ade ahli keluarga / sahabat handai yg mengalami berikan support. Ia bukan mudah seperti dijangka
Saya dan sahabat ‪#‎bellpalsy‬ sahaja yg tahu apa yg kami rasa.. Actually its more to self confidence / esteem. Tapi serius is MANIS untuk diingati dalam kalendar kehidupan. Hadiah dari Allah. Semoga ianya menjadi penghapus dosa-dosa" - Puan Faiza Suhada


Vitamin Shaklee sebagai alternatif sembuhkan Bell's Palsy


Antara suplemen atau vitamin shaklee yang boleh pesakit bell palsy ambil untuk proses penyembuhan adalah:

1. B Complex penting untuk membetulkan semula saraf muka yang rosak.

2. Omega Guard penting untuk menyokong pembentukan saraf baru yang kuat dan sihat supaya bahagian muka yang lumpuh kembali normal. Omega Guard juga penting untuk kekalkan kesihatan mata yang terjejas akibat kelopak mata tidak dapat di tutup.

3. Vitamin E sebagai anti radang untuk mengurangkan radang Bell’s Palsy.

4. Vivix penting sebagai anti-viral untuk melawan virus herpes yang menyebabkan serangan Bell’s Palsy. Vivix juga membantu untuk baik pulih sel-sel di dalam sistem saraf supaya cepat kembali pulih seperti biasa.

bagaimana nak dapatkan suplemen ini?
------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood


Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...