Wednesday, December 27, 2017

// // 1 comment

Haid Berpanjangan Dan Cara Mengatasinya Tanpa Ubat

Assalamualaikum..

Haid berpanjangan? Haid lama sangat sehingga melebihi 15 hari. Sebenarnya dah beberapa kali saya kongsikan masalah haid berpanjangan ini. Masalah haid merupakan salah satu masalah yang saya sendiri alami..sejak dahulu hinggalah kini.

Dan kita sebagai wanita dan ibu memang tak dapat lari daripada masalah berkaitan dengan haid. Jika dahulu saya mengalami masalah haid berpanjangan tapi sedikit tetapi kali ini selepas bersalinkan anak yang ke-4, Muhammad Iman Shahir, saya mengalami masalah haid berpanjangan tapi banyak.

Kisahnya apabila saya habis nifas, saya didatangi haid yang pertama (heavy seperti biasa) selama 8 hari dan kemudian bersih selama 4 hari. Kemudian dengan tiba-tiba saya kembali haid (juga heavy) pada hari yang ke-13. Keadaan ni berlarutan selama beberapa hari dan keadaan ini membuatkan saya risau dan juga menyukarkan saya untuk solat tetapi tetap kena solat seperti biasa.

Disebabkan pernah mengalami situasi yang sama beberapa kali sebelum ni iaitu sewaktu anak ke-2 dan ke-3, jadi saya menggunakan cara yang sama untuk mengatasi masalah haid berpanjangan ini. Sebelum ni saya akan rujuk masalah saya dengan berjumpa dengan doktor dan kebiasaannya doktor memberitahu ianya disebabkan masalah hormon saya selepas bersalin. Biasanya doktor akan syorkan saya untuk mengambil pil perancang untuk stabilkan hormon.

Disebabkan saya menyusu badan, jadi saya mengelak untuk mengambil pil perancang kerana sesetengah pil perancang menyebabkan susu badan drop. Jadi saya mencari alternatif lain untuk mengatasi masalah haid berpanjangan tanpa ubat.

Nak tahu apa yang saya ambil untuk menghentikan haid yang berpanjangan? Semestinya GLA Complex Shaklee.. Alhamdulillah tiap kali mengambil GLA complex memang tidak mengecewakan.

haid berpanjangan

Apa yang bestnya tentang GLA ini? Tentunya kerana ia diformulasi khas untuk membantu wanita mengekalkan kesejahteraan menyeluruh sepanjang kitaran haid bulanan. GLA adalah asid lemak penting Omega-6 yang digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandin iaitu bahan yang membantu mengawal-atur pelbagai proses tubuh. Malah, ia amat bermanfaat untuk setiap wanita di semua peringkat umur.

Alhamdulillah selepas mengambil GLA Complex selama 4 hari setiap malam berturut-turut, haid saya berhenti dan bersih. Sehingga ke hari ini, saya masih consume GLA Complex dengan niat supaya haid saya lebih teratur selepas ini. Apa yang penting saya dapat melakukan ibadat solat dengan lebih selesa. 

Buat wanita dan ibu-ibu diluar sana, saya pasti ada antaranya yang mengalami masalah yang sama seperti saya iaitu haid berpanjangan. Tolong jangan biarkan masalah haid berpanjangan ini berlarutan, jumpalah doktor untuk mengetahui masalah sebenar dan carilah cara untuk mengatasinya. Saya sangat galakkan anda untuk mencuba GLA complex sekiranya anda mengalami masalah hormon seperti saya.

Jika anda ingin mencuba GLA Complex, boleh hubungi saya untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut.

------------------------------------------------------------------------

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,
Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...