Sunday, October 21, 2018

// // Leave a Comment

Berjaya Hamil Setelah 18 Tahun Berusaha

Kisah ini saya mahu jadikan inspirasi buat pasangan di luar sana yang masih belum dikurniakan zuriat supaya tidak berhenti berusaha berdoa dan berikhtiar untuk mendapatkan zuriat.

Kisah ini merupakan kisah makcik kepada Puan Zarina Ismawi dimana makcik beliau berjaya hamil setelah 18 tahun berkahwin dan berusaha mendapatkan zuriat. Tiada kata yang mampu diucapkan melainkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah.

Jom kita baca perkongsian beliau.



18 TAHUN BERNIKAH, AKHIRNYA MELAHIRKAN ZURIAT SENDIRI DI USIA 37 TAHUN DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE


"Assalammualaikum Hai. Nama saya Zarina Binti Ismawi. Saya nak kongsikan kisah mak saudara saya yang berjaya hamil asbab dari pengambilan set kesuburan shaklee.

Saya masih ingat lagi bulan Mac 2017, Makcik saya bertanya tentang set kesuburan shaklee. Dah beribu habis membeli produk yang lain. Jadi, dia teringin mencuba shaklee.

Saya mencadangkan set kesuburan shaklee untuk pakcik dan makcik saya. Makcik saya mengambil esp, gla, b complex, vitalea, vitamin c dan vivix. Manakala pakcik saya mengambil omega guard, vitalea dan vivix.

Setiap bulan, saya akan membantu mengira waktu subur mereka dengan tepat dan mencadangkan tarikh yang sesuai untuk mereka bersama.

Makcik dan pakcik saya sangat konsisten dalam pengambilan supplemen shaklee. Langsung tidak pernah skip. 

Akhirnya setelah 6 bulan makcik saya konsisten dengan set kesuburan shaklee, dia mengalami demam yang teruk sehingga terkulai lemah. Muntah dan tidak mampu menghidu bau ikan segar. 

Awalnya saya sangat nervous. Sebab orang kampung membawa cerita makcik saya jatuh sakit selepas mengambil supplemen shaklee. 

Tapi, saya tetap yakin. Barangkali dia mengandung. Saya menyuruh makcik saya untuk check upt. Check kali pertama terdapat satu garisan clear dan satu lagi kabur. Dalam hati saya merasakan makcik saya mengandung. 

Saya belikan makcik saya upt yang lebih mahal. Check sekali lagi, dan wow! double line! 

Sayalah antara orang yang paling gembira. Malam tu juga saya nasihatkan makcik saya untuk bersedekah di surau sebagai tanda terima kasih dengan Allah. 

Menangis kesyukuran mereka suami isteri. Bayangkan, 18 tahun menunggu zuriat kandung sendiri. Suatu tempoh yang bukan sekejap. Perlukan kesabaran yang tinggi. 

Jadi, kepada sesiapa yang masih belun dikurniakan cahaya mata, kita masih ada harapan jika kita mahu berusaha. 

Berusaha, yakin dan sentiasa berdoa. InshaAllah, pasti Allah akan makbulkan. 

Makcik saya sangat percaya dengan shaklee. Dari mengandung beliau tidak mempunyai masalah HB rendah, tiada darah tinggi dll. Berpantang dengan vivix dan set berpantang shaklee sangat membantu beliau lebih cergas walaupun ini anak pertamanya. 

Bestkan mendengar kisah makcik saya..? Jadi, kepada sesiapa di luar sana yang ingin berikhtiar mendapatkan cahaya mata, kenapa tidak mahu mencuba shaklee...? "


BAGAIMANA SUPLEMEN BANTU UNTUK HAMIL?


# ESP

Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin. Protein yang tidak mencukupi dalam badan pula akan mengganggu kualiti sel pembiakan lelaki dan wanita. Bagi individu yang mempunya masalah sel telur ovum yang tidak matang, sedikit, kecil dan tidak sihat, disarankan mengambil ESP sebagai sumber protein. Ramai yang tersalah sangka yang ESP ni hanya untuk isteri, tapi sebenarnya suami pun boleh ambil.

# GLA COMPLEX

Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur atau sakit sebelum haid (PMS). GLA (Gamma Linolenic Acid) ini dapat bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)“. Mukus ini berfungsi untuk melindungi dan memudahkan sperma berenang ke ovum dengan lancarnya. Ia juga menyediakan medium yang subur untuk beberapa jangkamasa yang agak lama iaitu 4-5 hari yang sekaligus memberi peluang untuk si isteri mengandung walaupun seks dilakukan selepas waktu subur.

# B COMPLEX

Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Ia juga membantu memberi rasa tenang dan rilek serta menghindarkan stress. Seperti yang kita sedia maklum,tubuh dan otak stress menjadi antara faktor penghalang untuk kehamilan terjadi. Jadi disinilah b complex memainkan peranannya untuk menenangkan minda yang tertekan sekaligus meningkatkan peluang kehamilan

# VITALEA

Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorang dewasa. Pengambilan Vitalea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan nutrisi dan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.

# VITAMIN C

Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum.

# VIVIX

Vivix mengandungi resveratrol dan berfungsi sebagai melindungi sel-sel telur tidak matang dari radikal bebas, memelihara kesuburan dan membantu untuk meningkatkan jangkasama kesuburan.

Apabila badan tiada radikal bebas dan kerosakan sel, telur dipelihara dengan baik dan sihat, maka proses persenyawaan lebih mudah berlaku dan hamil.

# OMEGA GUARD

Omega Guard turut disarankan kepada golongan lelaki memandangkan mereka juga berisiko menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan stroke. Khasiat yang terkandung dalam omega berupaya mencegah pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem kardiovaskular.

Satu hidangan omega guard membekalkan 990mg asid lemak omega 3 yang terkandung di dalam Omega Guard Shaklee.


Berminat untuk mendapatkan Vitamin/Suplemen Shaklee? Hubungi saya

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...