Showing posts with label Tips keluarga. Show all posts
Showing posts with label Tips keluarga. Show all posts

Sunday, March 16, 2014

// // Leave a Comment

Persedian Lelaki Menjadi Bapa Kali Pertama

Assalamualaikum..

Seperti wanita, lelaki juga sebenarnya mempunyai perasaan teruja dan gembira saat diberitakan bakal menjadi Bapa. Perasaan risau, gelisah, gembira dan teruja, semuanya bercampur baur bila saat kali pertama lelaki bergelar Bapa.

Pada saat ini, anda sebenarnya sedang melangkah satu lagi tahap dalam kehidupan iaitu alam keibubapaan. Tetapi bersediakah anda untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa. Sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, rasanya tentu anda tidak sanggup membiarkan segala urusan anak dilakukan oleh isteri tercinta semata-mata. 

sumber google

Jom baca sedikit persediaan yang boleh anda lakukan sebagai bapa...

✔✔ Biasakan berjaga malam. Tiada alasan untuk tidur nyenyak dan berdengkur sepanjang malam. Jangan mengharapkan isteri anda sahaja untuk berjaga. Sebaliknya tunjukkan kesungguhan anda untuk bangun bersama dan beri perhatian kepada anak anda yang baru lahir.

✔✔ Kejutan kasih sayang. Inilah saat terbaik untuk melakukan kejutan terbesar buat isteri yang telah berkorban bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda. Apa kata anda pula yang mengambil peranannya ketika isteri dalam pantang. Mungkin anda boleh mulakan dengan menyediakan sarapan, membantu isteri menguruskan dirinya, menyediakan keperluan si bayi dan sesekali hadiahkan bunga tanda kasih sayang.

✔✔ Ringan tulang. Jika sebelum lahirnya si kecil, anda dimanjakan oleh isteri. Kali ini, anda harus mengalah dan mengambil alih peranan menjaga isteri dan anak. Memadailah dengan membantu menyediakan makanan, membasuh pinggan atau mengasuh si kecil.

✔✔ Sedia untuk kotorkan diri. Terimalah hakikat bahawa anda harus membersihkan najis bayi dan belajar memakaikan lampinnya. Fikirkan bapa anda juga dahulu pernah melakukan perkara yang sama ketika anda masih kecil dahulu. Mungkin agak kekok pada permulaannya, namun, alah bisa tegal biasa.

✔✔ Dapatkan petua orang tua. Ketepikan ego serta sikap tahu seba-serbi. Sebagai bapa yang masih muda, anda perlu mendapat banyak nasihat dan petua daripada orang yang lebih berpengalaman. Guru terbaik untuk mendapatkan maklumat ialah ibu bapa serta saudara-mara atau kenalan yang lebih arif mengenai soal penjagaan bayi dan kanak-kanak. Tidak perlu malu kerana maklumat yang diberi akan memudahkan urusan menjaga si kecil.

✔✔ Sediakan pengasuh. Jika mampu, dapatkan pengasuh untuk meringankan tugas anda dan isteri di rumah. Pengasuh bukan sahaja boleh menguruskan isteri yang sedang berpantang, malah pada masa yang sama boleh menjaga si bayi yang memerlukan perhatian hampir 24 jam sehari.

✔✔ Belajar berhadapan dengan tekanan. Bohonglah jika anda tidak tertekan terutamanya apabila tiba saat si comel 'mengamuk' atau menangis tanpa henti. Jika waktu siang, mungkin anda tidak terasa, tetapi di kala tengah malam, tentu haru biru anda dibuatnya. Usah panik, uruskan saat itu dengan tenang dan penuh motivasi. Selidik punca bayi menangis, mungkin kerana kembung perut atau berasa panas atau mungkin juga kesejukan. Belajarlah bersabar!

✔✔ Kawal nafsu. Sudah namanya lelaki, tidak dapat tidak, nafsu selalu bsergelora. Jangan gelojoh dan akurlah pada detik yang sesuai untuk bersama isteri dalam hubungan intimasi. Fikirkanlah yang isteri anda sudah bersusah-payah menggendong si kecil ke sana ke sini selama 9 bulan 10 hari tanpa keluh kesah dan kini dalam pantang pula. Tentulah mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala. Fikirkan juga yang kini ada orang ketiga yang harus diutamakan.

✔✔ Pastikan simpanan mencukupi. Ayah muda perlu memastikan simpanan sentiasa mencukupi bagi menghadapi saat-saat kecemasan terutamanya bila membabitkan si kecil yang mungkin diserang demam serta perlu mendapatkan rawatan segera di hospital. Peruntukan sebahagian daripada pendapatan bulanan untuk memenuhi keperluan kecemasan si kecil dan isteri sepanjang bergelar ayah. Apabila anak-anak anda sudah semakin membesar, peranan seorang ayah semakin bertambah
Read More

Tuesday, August 20, 2013

// // Leave a Comment

10 Tips Mendidik Anak Soleh & Solehah

Assalamualaikum...

Jika semalam saya kongsikan tips untuk menghadapi ujian hidup, hari ini saya ingin kongsikan satu lagi tips untuk rakan-rakan diluar sana. Ramai pasangan yang belum dikurniakan zuriat mendambakan seorang permata hati. Besar sebenarnya tanggungjawab yang harus dipikul oleh pasangan yang bergelar ibubapa. Kehidupan anda juga akan totally berubah daripada segi sosial mahupun ekonomi. 

Kehadiran anak-anak bukan sahaja satu anugerah yang tidak ternilai malah merupakan juga satu ujian buat ibu bapa. Masalah seperti anak nakal, degil, anak tak mendengar cakap dan suka melawan sering memberikan tekanan kepada kita. Tetapi ketahuilah bahawa Allah sedang mengajak kita untuk berusaha berjihad mendidiknya dan setiap didikan kita kepada anak kita tentunya diberi ganjaran pahala oleh Allah

Jom la kawan-kawan kita audit diri kita dan berusaha untuk menjadi ibu bapa yang TERBAIK dalam mendidik anak-anak kita baik ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Semoga Allah permudahkan niat ikhlas kita dalam mendidik anak-anak...Aminnn

10 Tips Mendidik Anak Soleh & Solehah

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu waiyakanastain - yang ertinya hanya kepadaMu kami sembah dan hanya padaMu kami pohon pertolongan, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubungkait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah, doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) dan ucapan ini adalah DOA dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita, anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan Solat.

رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ
[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan ya Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya , ( kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka ) Sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai dan ingat kepada Allah sentiasa.


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...