Tuesday, December 4, 2012

// // Leave a Comment

Keputihan Mengganggu Hubungan Intim

Assalamualaikum..

Keputihan yang dihadapi kebanyakan wanita adalah sesuatu yang normal. Umumnya, setiap wanita mengalami keputihan kerana ia sebenarnya adalah proses perubahan hormon dan pembersihan yang mana sel sel mati dikeluarkan dari dalam lubang faraj .Secara biologi keputihan akan berlaku pada sekitar sebelum waktu haid bagi setiap wanita. Selain wanita yang sudah berkahwin dan hamil, remaja perempuan juga akan mengalami masalah keputihan, malah ada kalanya kanak-kanak kecil juga turut tidak terkecuali.Kebiasaannya remaja jarang mendapat keputihan kecuali mereka yang mengambil ubatan tertentu seperti mengambil ubat untuk penyakit diabetes, mempunyai sistem badan rendah atau seorang yang aktif secara seksual.

Adalah dianggarkan 75 peratus wanita yang sudah berkahwin akan mengalami masalah keputihan. Masalah itu berlaku kerana wanita berkahwin telah mendapat pendedahan seksual dan ini menyebabkan dirinya mudah dijangkiti. Lebih-lebih lagi dengan pengunaan produk-produk intim masakini yang bertoksik seperti sabun,syampu & gel mandian menyumbang kepada gangguan flora bakteria sedia ada didalam faraj seseorang wanita.

Keputihan hanya dianggap bermasalah atau abnormal, seandainya ia keluar terlalu banyak, berbau busuk dan hanyir serta menyebabkan bahagian sulit berasa gatal atau radang. Keputihan itu juga tidak berwarna jernih lagi, tetapi berketul-ketul seperti keju dan menjadi kekuningan serta kehijauan.Adakalanya keputihan yang keluar dengan banyaknya menyebabkan kegatalan yang amat sangat sehinggakan seseorang itu menggaru dan kulit vagina akan melecet dan terasa pedih atau seperti terbakar

Keadaan seumpama itu selalunya disebabkan penyakit lain atau dikaitkan dengan jangkitan seperti :
  • Kulat Candidiasis (keputihan seperti kepingan susu basi)
  • Kuman Tricomonas (lelehan keputihan atau tidak berwarna cair, banyak, berbuih)
  • Bacterial vaginosis (lelehan berbuih, berbau hanyir)
  • Kuman Chlamydia (jarang menyebabkan lelehan)
  • Kuman Gardneralla (lelehan cair berbau busuk)

Keputihan Mengganggu Hubungan Intim?


Walaupun masalah keputihan disebabkan jangkitan kulat tidak membawa kesan pada kesuburan seseorang wanita tetapi implikasinya hubungan seksual antara suami isteri pasti terjejas apabila masalah keputihan teruk dan berbau mengendurkan keinginan untuk melakukan seks dan ini dapat merenggangkan hubungan kedua pasangan.

Berlakunya radangan pada kawasan sulit menyebabkan pasangan berasa sakit dan tidak selesa ketika hendak bersama. Malahan, walaupun tidak dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang menular, seorang isteri jika bermasalah keputihan boleh menjangkiti suami dan kesan dari jangkitan yang dialami oleh suami juga sama termasuk, sakit ketika hendak membuang air kecil. Seharusnya wanita yang mengalami keputihan ini peka kepada komplikasi-komplikasi yang mendatang dan mengambil langkah bijak untuk merawatnya segera daripada membiarkan ia memusnahkan keharmonian rumahtangga.

credit

 

Cara mengatasi masalah keputihan


Wanita yang mengalami masalah keputihan disarankan mengamalkan amalan pemakanan dengan memperbanyakkan memakan sayuran hijau dan dadih yang mengandungi lactobasillus. Bagi yang mengalami masalah radang pula digalakkan kerap menukar seluar dalam dan juga memilih yang diperbuat daripada kain kapas serta sedikit longgar.

Selain itu, saya syorkan anda mencuba Alfafa Complex Shaklee untuk mengatasi masalah keputihan. Ramai yang telah mencuba Alfafa Complex dan mendapat kesan yang positif. Alfafa bukan sahaja dapat mengatasi masalah  keputihan malah alfafa juga bertindak seperti kacip fatimah yang merapat dan mengetatkan bahagian intim.

alfafa complex

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
  • Sumber semulajadi alfafa.
  • Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...