Monday, December 3, 2012

// // Leave a Comment

Pentingnya Air Dalam Badan Kita

Assalamualaikum..

Air merupakan komponen yang sangat penting dalam keperluan kehidupan kita dan 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air. Air digunakan oleh semua organ dalam badan kita untuk membantu mengawal suhu badan. Ia juga bertindak sebagai pelembab kulit & membantu supaya darah dapat berjalan dengan lancar keseluruh tubuh kita.

Walau bagaimanapun, tubuh akan hilang 1.7 liter air sehari melalui proses pernafasan dan kumbuhan. Bayangkan jika kita cuma minum seliter atau kurang dalam sehari, pastinya akan memberikan kesan yang tidak baik untuk kesihatan.

Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?
  • Tubuh selalu kepenatan
  • Sakit kepala yang kerap atau migrain
  • Sembelit
  • Ketegangan otot
  • Tekanan darah yang tidak seimbang
  • Masalah buah pinggang
  • Kulit kering
  • Risiko Kematian

Adakah kita telah minum air dengan cukup?
Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral. Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.

Bagaimana untuk mengetahui kita telah minum air dengan cukup?
Kita boleh check sendiri ye.. Sekira urine tidak berbau dan berwarna jernih atau tiada warna langsung,  itu maknanya kita telah mengambil atau meminum air yang secukupnya untuk tubuh badan anda. Jika sebaliknya,kita kena tingkatkan pengambilan air.


Jom lihat bagaimana air memberikan kesan positif terhadap kesihatan terhadap tubuh badan.

1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.

Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.

Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.

Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.

2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.

Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.

Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.

3. Air mampu mengurangkan stres.

Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres.

Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi.

Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.

4. Bentuk otot anda dengan air.

Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.

Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.

5. Mencantikkan kulit anda.

Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa.

Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.

Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.

Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.

6. Air melancarkan proses penghadaman.

Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman. Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.

7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.

Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang. Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!

Bilakah waktu yang paling sesuai untuk minum air?

Sebenarnya air boleh diminum pada bila-bila masa sahaja tetapi pengambilan air dalam masa yang tepat mampu memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut merupakan masa yang paling bagus untuk kita minum air dan di syorkan oleh pakar pakar perubatan.
  • Minum dua gelas (2) air masak – SELEPAS BANGUN DARI TIDUR. Ianya akan membantu mengaktifkan organ dalaman.
  • Minum segelas (1) air masak- 30 MINIT SEBELUM MAKAN . Ianya akan membantu penghadaman dan dapat memberi ruang di dalam perut untuk kemasukan makanan.
  • Minum segelas (1) air masak - SEBELUM MANDI. Ianya akan Membantu sewaktu proses pengaliran darah dan menurunkan tekanan darah..
  • Minum segelas (1) air masak- SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok /ahmar atau serangan jantung sewaktu tidur.

Dalam situasi apa yang kita patut minum air lebih dari biasa?
  • Jika cuaca terlalu panas, badan rasa tidak sihat ataupun ketika demam.
  • Ibu mengandung & menyusukan bayi.
  • Sebelum,semasa dan selepas melakukan sebarang aktiviti senaman. Semasa kita melakukan senaman, air akan banyak hilang dari badan kita.
  • Jika berada di didalam kapal terbang. Ini kerana udara di atas kabin sgt kering dan menyebabkan badan kita kehilangan air 1 ½ liter walaupun dalam masa perjalanan yang amat singkat.
  • Mereka yang mengamalkan /mengambil makanan tambahan atau vitamin serta jamu.

Jadi sekiranya anda mengambil suplemen, anda memang akan dinasihatkan supaya mengambil atau meminum air dengan banyak. Minum banyak bukanlah anda perlu minum 1 liter sekali minum tetapi minumlah dengan kerap. Mungkin sejam atau 2 jam segelas air dan jadikanlah meminum air kosong sebagai amalan harian untuk mengoptimumkan kesihatan badan kita.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...