Monday, October 21, 2013

// // Leave a Comment

Tips Kuruskan Badan

Assalamualaikum..

Ramai yang nak kurus dan berharap apabila mengambil produk kurus..terus dapat kurus. Sebenarnya untuk mendapatkan berat badan yang ideal, perlukan disiplin dan keazaman yang tinggi. Hanya anda yang memahami tubuh badan anda. Pengambilan suplemen untuk kurus hanyalah sebagai membantu sahaja, selebihnya bergantung pada diri anda, kemahuan serta usaha anda untuk kurus. Jangan ingat bila dah ambil produk kurus, anda dah tak perlu control makan dan bersenam ye. Kurus..kurus jugak..yang penting kurus dan sihat.

Pastikan anda mengamalkan diet pemakanan yang betul dan sihat ye. Jangan kerana ingin kurus, anda memudaratkan diri sendiri. Jom ikuti tips untuk kuruskan badan dari Kevin Zahri ini.

  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. 
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat.

ok..dah baca sume tips kat atas...adakah anda ada mengikuti tips2 kat atas tu..jika belum..anda patut mencubanya. Usaha itu tangga kejayaan.

jika ingin mencuba suplemen untuk membantu anda kurus.. boleh KLIK DISINI

sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya..

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...