Friday, September 28, 2012

// // 4 comments

Panduan Semasa Memilih Suplemen

    Assalamualaikum...
    Hari ini saya nak share beberapa panduan yang boleh kita gunakan untuk memilih suplemen. Saya sendiri pada awalnya tidak berapa suka makan suplemen ni, tapi apabila badan rasa tidak sihat, cepat penat dan kerap pening...seakan memberi isyarat kepada saya yang saya perlukan suplemen untuk menampung lompong2 zat di dalam badan...dan akhirnya saya mula mencari suplemen yang sesuai buat diri saya dan keluarga.

    Jom kita lihat 8 panduan semasa memilih suplemen di bawah ~
    1. Keperluan pemakanan seseorang adalah berbeza. Oleh itu, suplemen yang baik untuk seseorang mungkin tidak akan memberi kesan yang serupa kepada anda.
    2. Harga tidak sepatutnya menjadi ukuran kepada kualiti - suplemen yang paling mahal tidak semestinya yang terbaik.
    3. Suplemen bukan pengganti kepada beribu-ribu khasiat dan mikro nutrien yang terdapat dalam makanan. Ini bermakna kita tidak sepatutnya mengambil vitamin sahaja.
    4. Rujuk kepada doktor sebelum memulakan suplemen pemakanan, terutamanya jika anda sedang mengambil ubat-ubatan, sedang hamil atau menyusukan bayi.
    5. Jangan gunakan vitamin atau mineral sebagai pengganti kepada ubat atau menghentikan pengambilan ubat tanpa pengesahan doktor.
    6. Vitamin larut-lemak harus diambil secara berhati-hati kerana pengambilan berlebihan akan disimpan dalam bahagian tubuh yang berlemak dan ini boleh membawa kemudaratan. Vitamin larut-air yang berlebihan biasanya akan dikumuhkan.
    7. Multi-vitamin dianggap pilihan suplemen pemakanan paling selamat kerana ia mengandungi campuran vitamin dan mineral yang seimbang dan tiada risiko terlebih dos untuk vitamin atau mineral tertentu.
    8. Periksa tarikh luput produk suplemen pemakanan sebelum membelinya. 

      4 comments:

      1. thank you,maklumat yg diberikn sngt memberangsangkan..

        ReplyDelete
      2. aku ingtkn tadi die kate skrang dia jadi pengedar minuman
        rupanye pengedar produk shaklee

        ReplyDelete
      3. yeah,i think so

        ReplyDelete

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...