Assalamualaikum...
jom kita lihat apa yang perlu kita amalkan dan elakkan apabila mengambil suplemen
Suplemen pemakanan mesti diambil secara betul supaya ia tidak dikumuhkan tanpa diserap oleh sistem tubuh anda.
Beberapa panduan untuk memaksimakan manfaat suplemen:
Amalkan: |
- Ambil suplemen anda dengan air pada suhu bilik, bukan dengan air panas atau sejuk.
- Baca arahan dengan betul sama ada ia patut diambil sebelum atau selepas makan.
- Dapatkan
nasihat berkenaan suplemen terutamanya jika anda seorang vegetarian,
kerana anda mungkin kekurangan vitamin dan mineral yang penting.
|
Elakkan: |
- Minum kopi atau teh 15 minit sebelum mengambil suplemen kerana ia mengganggu penyerapan khasiat.
- Bergantung
semata-mata ke atas suplemen untuk nutrisi - anda masih memerlukan
nutrisi mikro yang didapati daripada makanan.
- Mengambil dos yang berlebihan kerana ia tidak akan mejadikan anda sihat dengan cepat.
|
Artikel ini dipetik dari "World Digestive Health Day, 2008."
0 comments:
Post a Comment