Wednesday, October 3, 2012

// // Leave a Comment

Risiko Serius Cerewet Makan

Assalamualaikum...



Hari ni saya nak share artikel ttg anak yang picky eater... jom baca seketika artikel di bawah

“SUSAHNYA nak suruh anak saya makan apatah lagi bila dia sangat memilih makanan. Macam-macam cara saya sudah lakukan. Walaupun saya puas memujuk rayu dan menghidangkan pelbagai jenis makanan, dia tetap tidak mahu makan.”

“Saya takut kalau dia tidak makan, kesihatannya akan terjejas dan menjadi kurus. Saya juga risau kalau dia menghidap sebarang penyakit.”

Itulah antara keluhan insan bergelar ibu tatkala membicarakan mengenai masalah anak mereka yang sukar mahupun terlalu memilih makanan.

Pelbagai cara mungkin sudah dilakukan oleh golongan ibu dan bapa untuk menyuruh dan menggalakkan anak mereka makan. Ada yang menggunakan pendekatan memujuk, merayu, berleter, memarahi, mengugut dan menipu.

Ada juga yang menggunakan strategi lain seperti menyanyi, bercerita dan tidak kurang menari bersama anak mereka acapkali makanan berjaya disuapkan ke dalam mulut si manja.

Selain itu, ada juga yang terpaksa bersenam dengan mengekori anak ‘bertawaf’ ke sekeliling rumah sambil memegang sudu dan pinggan berisi makanan. Boleh dikatakan, banyak masa dihabiskan mereka semata-mata bagi memastikan si anak itu makan.

Tidak kurang ibu bapa yang memberi ‘rasuah’ kepada si anak supaya makan.
Contohnya, berjanji akan memberikan aiskrim, gula -gula atau membawa anak menonton wayang jika dia mahu makan.

Bagi sesetengah ibu bapa, mereka beranggapan masalah yang dihadapi ini adalah kelakuan normal di kalangan anak-anak yang sedang membesar. Namun hasil penyelidikan terkini menunjukkan kelakuan sedemikian sebenarnya mungkin kerana masalah kesukaran makan yang boleh menjejaskan diet, tumbesaran, pembangunan kognitif dan hubungan di antara ibu bapa dengan anak.

Masalah ini sememangnya sangat mencabar ibu bapa terutama mereka yang berkerjaya. Bukan saja ia menguji ketahanan fizikal dan mental, malah mungkin lama kelamaan mereka hilang sabar kerana terpaksa melayan kerenah anak.

Menurut Pengerusi Emeritus Jabatan Gastroenterologi dan Pemakanan di Pusat Perubatan Kanak-Kanak serta Profesor Pediatrik Universiti Perubatan dan Sains Kesihatan George Washington, Amerika Syarikat, Profesor Dr Benny Kerzner, ibu bapa harus mengenal pasti punca sebenar anak mereka tidak mahu atau sukar makan.

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami masalah sukar atau memilih makanan berusia di antara satu hingga lima tahun di mana ibu bapa masih perlu menyuapkan makanan kepada mereka.

Makan sendiri dan menyuapkan makanan ke dalam mulut anak juga memberi dua definisi berbeza. Makan sendiri hanya membabitkan seorang pelaku saja iaitu anak itu sudah berupaya menyuapkan makanan ke dalam mulutnya sendiri. Sementara itu, bagi anak yang kecil dan tidak mampu, ibu bapa adalah individu yang wujud di sebelah mereka untuk menyuapkan makanan.

“Menyuapkan makanan kepada anak adalah interaksi di antara anak itu dengan penjaganya. Masalah yang timbul ketika sesi berkenaan seperti anak bertindak ganas, melarikan diri, menolak dan mengeluarkan semula makanannya berpunca daripada pelbagai faktor.

“Ia berkemungkinan disebabkan faktor psikologi, tingkah laku, kesihatan, perkembangan minda, pengaruh sosial dan budaya serta organik. Anak kurang selera makan juga mungkin akibat makanan, diri anak itu sendiri ataupun disebabkan individu (ibu bapa) yang menyuapkan makanan kepadanya.

“Contohnya, kuantiti dan diet seimbang makanan yang bersesuaian, masalah deria rasa atau penyakit kronik anak, persekitaran pemberian makanan yang sesuai serta peka terhadap tahap lapar dan isyarat kenyang anak-anak,” katanya.

Selain itu, kesukaran memberi anak makan juga mempunyai beberapa jenis iaitu kanak-kanak itu memang takut makan, terlalu memilih makanan, terlalu aktif atau bertenaga, sikap acuh tidak acuh dan ibu bapa terlalu teliti.

Menurut Dr Kerzner, ibu bapa perlu mempunyai prinsip dan peraturan ketika mahu menyuapkan anak.

Antaranya mengelakkan sebarang gangguan, bersikap biasa, sediakan jenis makanan yang menggalakkan selera makan, tetapkan tempoh waktu makan, sediakan makanan yang sesuai dengan umur anak, membenarkan mereka belajar makan dengan sendiri tetapi dengan pemantauan dan bertolak ansur dengan mereka.

Profesor Psikiatri dan Pediatrik merangkap Naib Pengerusi Jabatan Psikiatri Universiti Perubatan dan Sains Kesihatan George Washington, Amerika Syarikat, Profesor Dr Irene Chatoor, berkata bagi mengelakkan ‘pergolakan’ sewaktu sesi makan bersama si kecil, beberapa perkara boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa.

Ini termasuk memperbaiki cara pemakanan si kecil tanpa paksaan, perhatikan dan fahami isyarat serta tingkah laku mereka ketika makan.

Dalam apa jua kes, masalah kesukaran makan yang berlanjutan boleh membawa kesan fizikal yang serius termasuk kerencatan tumbesaran dan kekurangan nutrien.
Kesan emosi juga membimbangkan. Kajian menunjukkan kaedah memberi makan secara paksa yang digunakan oleh ibu bapa boleh memberi kesan negatif dan mempengaruhi interaksi dengan anak-anak.

Pembangunan kognitif juga mungkin terjejas seperti yang dilaporkan dalam kajian Profesor Irene yang mendapati markah Indeks Pembangunan Mental kanak-kanak cerewet makan berusia satu hingga tiga tahun adalah 14 mata lebih rendah berbanding mereka yang makan secara sihat.

Memandangkan masalah kesukaran makan boleh membawa pelbagai kesan negatif, ia tidak seharusnya dipandang mudah. Justeru, ibu bapa dinasihatkan membawa anak-anak mereka berjumpa doktor pediatrik bagi membantu mengenal pasti masalah sebenar dihadapi si anak dan mencari jalan penyelesaian sewajarnya sekiranya masalah ini berterusan.

“Ibu bapa boleh mewujudkan setiap masa makanan adalah detik terindah dan menggembirakan buat si anak. Berbual bersama mereka dan pastikan anda tidak terlalu mengikut arahan serta kehendak anak dalam pemilihan makanan.

“Di samping itu, saya menyarankan ibu bapa supaya menjadi contoh dan model kepada anak. Ini kerana, anak akan mudah mengikut corak pemakanan yang dilihat jika ibu bapa sendiri yang menjadi contoh terbaik buat mereka.

“Antara perkara utama yang harus dilakukan ketika mahu menyuap anak-anak adalah elakkan gangguan sewaktu makan. Waktu makan bersama keluarga perlu diterbitkan dengan aura positif, ceria dan tenang. Oleh itu, televisyen perlu ditutup, buku dan mainan tidak boleh diletakkan di meja makan serta elakkan konflik keluarga sewaktu sesi makan,” katanya yang ditemui bersama Dr Kerzner pada majlis pelancaran IMFeD oleh Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) dan Abbott Nutrition International di ibu negara, baru-baru ini.

credit : myMetro

hmm..mmg agak merunsingkan ibu bapa apabila anak tidak mahu makan. Saya sendiri mengalaminya..mmg pening kepala pikir menu nak masak untuk dia supaya dia nak makan..letih main kejar2 nak suap bagi makan..

tapi alhamdulillah Allah temukan saya dengan satu produk yang dapat membantu anak saya mula makan semula...Meal Shakes..



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...