Thursday, February 6, 2014

// // Leave a Comment

Kenali Jenis Kulit Wajah

Assalamualaikum...

Sebelum kita mengambil keputusan untuk mencuba apa-apa produk kecantikan, alangkah baiknya jika kita kenalpasti dulu jenis kulit wajah kita. Penting tau untuk kita tahu jenis kulit muka kita, sebabnya bila kita nak pilih produk, biarlah produk yang bertepatan ngan kulit kita. Selain selamat dan berkesan, produk itu mestilah sesuai dengan keadaan kulit kita.

Jom semak, yang mana satukah jenis kulit anda..


✿ KULIT KERING
✔ Kulit kurang menghasilkan minyak
✔ Sering bersisik terutamanya ketika waktu panas
✔ Cepat menjadi merah apabila terkena sinaran matahari
✔ Pori-pori kecil atau hampir tidak kelihatan
✔ Kulit kering lebih cepat berkedut

✿ KULIT NORMAL
✔ Wajah kelihatan cerah dan sihat serta jarang mengalami masalah
✔ Kelembapan pada kulit normal mencukupi
✔ Keadaan kulit tidak kering
✔ Pada keadaan tertentu, kulit normal cenderung berminyak atau kering juga

✿ KULIT BERMINYAK
✔ Penghasilan minyak yang berlebihan
✔ Wajah kelihatan berkilat
✔ Pori-pori kelihatan besar dan terbuka
✔ Sering terkena masalah jerawat

✿ KULIT KOMBINASI
✔Kulit berminyak pada bahagian tertebtu terutamanya di T-Zone(dahi, hidung, dagu)
✔ Bahagian lain mempunyai kulit kering (pipi dan sekitar mata)

✿ KULIT SENSITIF
(tidak ramai wanita yang benar-benar mempunyai kulit yang sensitif, sebenarnya kita sendiri yang berasakan kulit kita sensitif. Sesetengah wanita yang kulit mukanya sebelum ini bukan jenis sensitif , tidak mustahil boleh berubah menjadi sensitif kesan sampingan penggunaan produk skincare beracun.)
✔ Kulit yang nipis, mudah luka dan adakalanya berwarna kemerahan
✔ Mudah mengalami keradangan

Dah tau kulit anda jenis yang mana? jika dah..pasni bolehla pilih produk kecantikan yang sesuai dengan kulit wajah anda

pssttt; jom pilih produk kecantikan dalaman dan luaran yang selamat dan semulajadi.. kalau nak tau produk shaklee mana yang sesuai utk jenis kulit masing2.. boleh hubungi saya

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...