Wednesday, May 7, 2014

// // Leave a Comment

Kenapa Kita Perlukan Vitamin B?

Assalamualaikum..

Antara vitamin yang penting dan menjadi amalan buat saya sekeluarga adalah vitamin B Complex. Saya dan suami sangat sukakan vitamin B kerana ia memberikan kami tenaga dimana vitamin B ini bertindak menukarkan makanan kepada tenaga.

Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur, buah-buahan, gandum, ragi, hati, ikan, ginjal, kentang manis dan sebenarnya banyak lagi. Namun kita perlu tahu bahawa vitamin B yang lengkap atau nama lainnya ialah B Kompleks terdiri daripada lapan (8) vitamin B iaitu:

   ✔ B1 (thiamin)
   ✔ B2 (riboflovin)
   ✔ B3 (niacin)
   ✔ B6 (pyridoxine)
   ✔ B12 (cobalamine)
   ✔ Folic Acid
   ✔ Pantothenic Acid
   ✔ Biotin

Sebenarnya kita semua sangat perlukan vitamin B. Setiap komponen dalam vitamin B kompleks memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B kompleks boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B kompleks juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B kompleks akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.


TAHUKAH ANDA KENAPA KITA PERLUKAN VITAMIN B KOMPLEKS??

Secara umumnya setiap dari kita memerlukan B complex kerana:

✔ Vitamin B larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Malah ia perlu diganti setiap hari.

✔ Banyak vitamin B dimusnahkan atau menjadi tidak aktif kerana cahaya. Tidak banyak usaha yang boleh dilakukan untuk melindungi vitamin bernilai ini dari cahaya.

✔ Gula menghapuskan B Complex. Lima kali ganda B Complex mengikut RDA diperlukan untuk memetabolismekan gula dalam cuma satu minuman Cola. Dan bayangkan mengikut kajian… secara purata setiap kita menerima hampir 128 paun gula setahun.

✔ Stress mental dan fizikal meluputkan lebih banyak B Complex. Tekanan atau stress adalah asam ragam dalam hidup semua orang. Kebanyakan vitamin B dilibatkan dalam pengeluaran neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang membolehkan badan mengatasi stress dengan baik.

✔ Haba menghapuskan kebanyakan unsur B Complex. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin B sensitif kepada haba yang sering memusnahkannya. Sesungguhnya vitamin dimusnahkan ketika penyediaan makanan segera, makanan dalam tin, makanan yang dibekukan dan makanan siap masak.

✔ Antibiotik, pil tidur, pil perancang, racun serangga menghapuskan banyak vitamin B Complex. Ubat-ubatan ini menghapuskan bekalan B Complex dengan mudah.

✔ Sesetengah sumber B Complex yang terkaya diketepikan oleh sesetengah individu. Daging seperti hati, limpa dan jantung tidak dimakan atau dilarang untuk sesetengah individu disebabkan tuntutan keagamaan mahupun akibat kolesterol yang tinggi. Golongan vegetarian pula menghadapi masalah vitamin B12 sebab vitamin ini hampir tidak wujud dalam keluarga sayur-sayuran.

Credit: Dapur Aulad


Apakah Kelebihan Vitamin B Complex?

Sebenarnya banyak manfaat vitamin B kepada kesihatan kita. Antaranya:-

  1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
  3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  6. Mencegah stress.
  7. Menguatkan antibodi tubuh.
  8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  11. Mencegah anemia.

Jika anda mempunyai kekangan dalam memastikan pengambilan vitamin B yang lengkap, saya sangat syorkan untuk cuba amalkan pengambilan suplemen B Complex Shaklee.




Apakah kelebihan B Complex Shaklee?

Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik untuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee.

Secara ringkasnya Vitamin B SHAKLEE yang lebih baik mempunyai ciri-ciri berikut :
  • Sistem penyerapan bioaktif berpaten
  • Kesemua lapan (8) jenis vitamin B yang di perlukan termasuk Biotin
  • Peningkatan penghantaran zat
  • Tablet mudah ditelan

Bagaimana nak dapatkan suplemen B Complex Shaklee?

1 botol B Complex hanya RM53.75 SAHAJA. Sebotol pembelian B Complex Shaklee boleh digunakan selama 4 bulan penggunaan. Jimat sangat, & sungguh berbaloi-baloi.. Jom hubungi saya untuk dapatkan vitamin ini..


Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan. Selain daripada tempat ini, saya membuat pengeposan menggunakan khidmat Pos Laju

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...