Thursday, May 8, 2014

// // Leave a Comment

Sperma Kurang Kualiti

Assalamualaikum..

Hari ini saya hanya ingin berkongsi artikel yang telah dibaca dan bagi saya ianya penuh dengan maklumat yang penting dan bermanfaat. Harap dapat memberi manfaat juga kepada pasangan diluar sana yang mengalami masalah yang sama iaitu Sperma Kurang Kualiti. Jom baca



Soalan:

Saya sudah mendirikan rumah tangga kira-kira dua tahun yang lalu. Akan tetapi sehingga kini kami belum dikurniakan zuriat. Saya dan suami pernah berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan. Doktor kata sperma suami saya sedikit dan kurang berkualiti. Sebab itu kami masih belum dikurniakan anak. Rakan saya memberitahu bahawa makanan laut boleh tingkatkan kualiti sperma? Benar kah?

Jawapan:

Anda dan pasangan telah mengambil tindakan yang tepat dengan berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kerana anda belum lagi dikurniakan cahaya mata. Hasil pemeriksaan awalan melibatkan kemampuan anda berdua menghasilkan benih dan ujian air mani telah menunjukkan yang suami anda mempunyai bilangan sperma dan kualiti sperma yang kurang. 



Pemeriksaan susulan perlu dilakukan dan suami anda perlu menjalani pemeriksaan lanjutan. Pemeriksaan lanjutan termasuklah pemeriksaan fizikal untuk mengenal pasti keadaan alat kelamin dan kandungan kerandut alat kelamin. Seterusnya dia perlu menjalani ujian darah untuk menyukat hormon kesuburan. Jika bermasalah, maka rawatan sewajar akan diberikan.

Untuk tujuan itu, suami anda perlu rujuk kepada pakar sakit tuan atau Andrologist atau Pakar Kesuburan yang ada pengalaman dalam mengendalikan masalah kesuburan lelaki. Sementara anda dan suami membuat keputusan untuk berjumpa pakar sakit tuan, anda dan pasangan anda boleh cuba beberapa tip yang sedikit sebanyak boleh membantu mencerahkan peluang anda untuk hamil.

Suami anda perlu pakai seluar dalam yang longgar supaya alat kelaminnya tidak tertambat, senang mengendur dan menarik mengikut keadaan. Buah zakar yang tertambat kerana memakai seluar dalam yang ketat atau seluar yang ketat akan membuatkan sistem kawal suhu dalam kerandut tergendala dan kilang sperma kurang aktif. Suami anda juga perlu elak daripada terdedah kepada situasi panas seperti berendam dalam kolam air panas dan sauna.

Selain itu, jika dia merokok, dia perlu berhenti merokok kerana bahan kimia dalam asap mengganggu kilang sperma. Selain itu, saya syorkan agar suami anda mengambil suplemen herba daripada ekstrak tongkat ali yang telah terbukti mujarab untuk membantu mengaktifkan kilang sperma.

Anda juga perlu pastikan air mani suami kurang meleleh keluar dari faraj setelah melakukan hubungan kelamin. Posisi dari belakang sesuai untuk pastikan air mani tidak melimpah keluar. Tentang makan makanan laut pula, tiram dikatakan mengandungi essential fatty acids yang membantu menyegarkan sperma. Tapi, jangan melengahkan diri daripada berjumpa pakar sakit tuan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjutan. 

credit: Pa & Ma

Lanjutkan bacaan anda kepada link2 di bawah,



Bagaimanakah CoQHealth Plus Membantu Kesuburan Lelaki? 

 atau 

Nak terus mengetahui vitamin apakah untuk meningkatkan kualiti sperma?

jom hubungi saya,


 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...