Wednesday, December 31, 2014

// // 1 comment

Apakah Kepentingan Vitamin B Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum...

Kalau anda perasan apabila kita hamil dan pergi melakukan checkup kat klinik, nurse pasti berikan beberapa vitamin untuk kita amalkan. Selain asid folic, salah satu vitamin lain adalah B Complex, yang berwarna kuning.

Tapi tahukah kita akan kepentingan vitamin B yang kita makan itu? Walaupun asid folic dan vitamin b diberikan secara berasingan tetapi asid folik itu juga merupakan salah satu vitamin b iaitu B9.

Terdapat lapan jenis vitamin B yang sering dirujuk sebagai vitamin B kompleks . Vitamin B bertindak membantu menukarkan makanan kepada tenaga dan juga penting untuk melaksanakan fungsi-fungsi lain seperti membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah . 

Adalah penting untuk wanita hamil mendapatkan nutrisi yang mencukupi dan mengambil vitamin B Complex, khususnya untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan .

Apakah Kepentingan Vitamin B untuk Ibu Hamil?


Vitamin B1 dan B2

Thiamine juga dikenali sebagai vitamin B1, ia sangat penting untuk pembangunan otak bayi dan ia membantu dalam fungsi normal otot, sistem saraf dan jantung. Wanita hamil memerlukan kira-kira 1.4 miligram thiamine sehari. Riboflavin, kadang-kadang dirujuk sebagai vitamin B2 adalah penting untuk kulit yang sihat, pertumbuhan dan penglihatan yang baik. Dos yang disyorkan bagi riboflavin adalah 1.4 miligram setiap hari untuk wanita hamil

Vitamin B3 dan B5

Niacin juga dikenali sebagai vitamin B3 yang membantu menghasilkan hormon seks. Wanita hamil memerlukan niacin yang lebih tinggi dari biasa dan jumlah dos harian yang disyorkan adalah 18 miligram . Asid Pantothenic atau vitamin B5 diperlukan dalam pengeluaran hormon dan kolesterol. Ia juga diperlukan untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Wanita hamil memerlukan 6 miligram asid Pantothenic sehari .


Vitamin B6 dan B7

Pyridoxine atau lebih dikenali sebagai vitamin B6. Vitamin ini diperlukan oleh semua sel dalam badan dan tertumpu pada organ badan dan terlibat dalam pengeluaran neurotransmitters. Ia diperlukan untuk perkembangan normal dan fungsi otak. Menurut University of Maryland Medical Center, Pyridoxine mungkin amat berguna untuk wanita hamil kerana beberapa kajian telah menunjukkan bahawa dos harian 30 miligram boleh membantu mengurangkan loya. Biotin atau vitamin B7 sering digunakan untuk merawat keguguran rambut, kuku rapuh dan ruam kulit pada bayi. Wanita hamil perlu mengambil 30 mikrogram Biotin sehari

Vitamin B9 dan B12

Daripada semua vitamin B kompleks, asid folik dikenali sebagai vitamin B9. Ia memainkan peranan yang paling penting di kalangan wanita hamil . Kekurangan asid folic walaupun seawal beberapa minggu pertama kehamilan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran berlaku. Untuk mengelakkan risiko kecacatan pada bayi, semua wanita sama ada yang sedang merancang untuk hamil atau tidak, perlu mengambil 400 mikrogram asid folik setiap hari. Vitamin B12 diperlukan untuk sintesis DNA dan pembentukan sel darah merah yang betul. Jumlah dos vitamin B12 yang disyorkan bagi wanita hamil adalah 2.6 mikrogram sehari.

Vitamin B kompleks adalah vitamin larut air. Ini bermakna ia perlu dimakan setiap hari kerana badan kita tidak boleh menyimpan vitamin B. Sumber vitamin B termasuklah protein seperti ikan, telur, daging, ayam dan produk tenusu serta sayur-sayuran hijau dan kekacang.


Bagi wanita hamil yang mungkin menghadapi kekurangan vitamin B dalam diet, boleh mengambil suplemen B Complex dan saya sangat syorkan anda mengambil B Complex Shaklee kerana ia lengkap dengan Asid Folik.
 

Untuk mendapatkan suplemen B Complex, boleh hubungi saya

-------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee Kuala Lumpur di sekitar Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Cheras serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan. 

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...