Monday, December 22, 2014

// // 1 comment

Pil Kalsium Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum..

Salah satu nutrisi yang sangat penting buat Ibu Hamil adalah Kalsium dan apabila sebut tentang Kalsium, dikepala mesti terbayangkan Susu. Sedangkan hakikatnya banyak lagi makanan lain yang tinggi kalsium seperti keju, yogurt, sayur bayam, brokoli, kacang soya, buah-buahan kering dan ikan bilis.

Saya tahu ramai wanita yang tidak begitu gemarkan susu..hehehe termasuklah saya..;-) Tapi disebabkan pentingnya bekalan Kalsium untuk tubuh badan, ramai yang mula mencari alternatif untuk mendapatkan sumber kalsium dan salah satunya adalah Pil Kalsium untuk Ibu Hamil.

Ibu hamil sebenarnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa. 

Kenapa bekalan kalsium yang cukup sangat penting buat ibu hamil?

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.

Selain itu, Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.

Kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” 

Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi. Sungguh bahaya keadaan ini.

sumber kosmo


Pil Kalsium Shaklee: Ostematrix

Selain mengamalkan diet pemakanan yang tinggi kalsium, ibu hamil juga boleh mengamalkan mengambil pil kalsium untuk membantu mencukupkan bekalan kalsium yang diperlukan oleh badan. Memang terdapat banyak pil kalsium dipasaran tetapi pilihlah yang selamat dan dapat diserap dengan berkesan.


Ostematrix - Apakah perbezaannya dengan pil kalsium lain?
  • 4 biji per serving menyediakan 1000mg keperluan kalsium tubuh. Disediakan dalam bentuk kaplet yg mudah untuk ditelan.
  • Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.
  • Kombinasi kalsium dengan Magnesium dan Vitamin D adalah penting kerana ia merangsang kesan penyerapan kalsium yang lebih tinggi oleh tubuh.
  • Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai alahan dengan produk tenusu atau CMA (Cow Milk Allergy). Atau dengan kata lain anda hanya perlu mengambil 4 biji tablet ostematrix Shaklee sehari bagi menggantikan beberapa gelas susu! Terbaik untuk mereka yang tidak lalu untuk minum susu.


dapatkan bekalan kalsium anda hari ini!!!
------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee Kuala Lumpur di sekitar Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Cheras serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan. 

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 

1 comment:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda Bahaya Kehamilan. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...