Tuesday, April 8, 2014

// // Leave a Comment

Bagaimanakah CoQHealth Plus Membantu Kesuburan Lelaki?

Assalamualaikum...

Selain Zinc Complex dan Vitamin E, CoQHealth Plus juga merupakan suplemen yang TERBAIK untuk membantu masalah kesuburan lelaki. Walaupun CoQHealth Plus ini terkenal untuk membantu meningkatkan kesihatan jantung tetapi kandungan CoQHealth Plus seperti Coenzyme Q10, Vitamin E dan Exstrak Teh Hijau juga turut membantu dalam masalah kesuburan lelaki.

Coenzyme Q10 atau CoQ10 sebenarnya boleh didapati dalam bentuk makanan kita seharian, iaitu di dalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, kandungan Coenzyme Q10 dalam badan juga yang semakin merosot. Oleh itu, kita memerlukan suplemen CoQ10 bagi mengekalkan paras CoQ10 yang diperlukan dalam badan kita. Ini kerana ianya bertindak sebagai antioksidan dan menghalang daripada terdedah kepada radikal bebas.


Setiap daripada kita sangat memerlukan CoQ10 kerana CoQ10 terlibat secara langsung dalam pengeluaran tenaga dalam mitokondria setiap sel dalam badan anda. Dengan menghasilkan lebih oksigen untuk sel-sel otot, CoQ10 boleh membantu meningkatkan kekuatan dan kecekapan oto


Tetapi, Bagaimanakah CoQHealth Plus Membantu Kesuburan Lelaki?

Kandungan CoQ10 di dalam CoQhealth plus sebenarnya banyak membantu masalah kesuburan lelaki. Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 aktif di dalam testis dan merupakan antioksidan yang memainkan peranan penting dalam membentuk membrane dan struktur lain di dalam sel bagi tujuan untuk memerangi kesan oxidative stress. Kandungan antioksidannya menggalakkan pergerakan sperma menjadi aktif dan meningkatkan kualiti sperma itu sendiri.


Memang terbaikkk.. kan.. ini kerana pergerakan sperma yang aktif serta kualiti sperma yang baik akan meningkatkan lagi peluang untuk isteri hamil.

Mengikut Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) pula: "Terdapat beberapa bukti bahawa COQ10 boleh meningkatkan pergerakan dan kepadatan sperma pada lelaki dengan beberapa jenis kemandulan. "Namun NIH mengingatkan bahawa COQ10 tidak perlu diambil jika anda juga mengambil kemoterapi untuk rawatan kanser, ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Terdapat juga kajian yang dilakukan untuk sekumpulan lelaki yang mempunyai tahap kesuburan yang rendah. Mereka dibekalkan dengan CoQ10 sebanyak 200mg/day dan hasilnya menunjukkan peningkatan tahap mortaliti sperma dalam air mani.


Selain daripada itu, CoqHealth Plus juga mengandungi Vitamin E yang memang terkenal untuk kesuburan lelaki. Vitamin E merupakan antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas dan membantu untuk meningkatkan stamina.

Untuk mendapatkan CoQHealth Plus ini, anda boleh terus menghubungi saya,


Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...