Showing posts with label kesuburan lelaki. Show all posts
Showing posts with label kesuburan lelaki. Show all posts

Friday, November 7, 2014

// // Leave a Comment

Bagaimana CoqHealth Plus Bantu Kesuburan Suami Isteri

Assalamualaikum

Macam-macam cara dan petua untuk mendapatkan zuriat yang kita dengar dan mungkin antaranya telah kita usahakan... jangan putus asa ye apabila usaha kita tak berhasil.. teruskan lagi berusaha.. InsyaAllah one day, Dia akan makbulkan doa kita..

Okay lah.. hari ini saya nak kongsikan satu lagi produk yang sangat bagus untuk kesuburan suami isteri. Walaupon CoqHealth Plus ni terkenal untuk kesihatan jantung, namun kandungan COQ10 di dalamnya turut mempunyai kebaikan untuk kesuburan kita.

Bagaimana CoqHealth Plus Bantu Kesuburan Suami Isteri


Bagaimana COQHEALTH menambahkan kesuburan untuk isteri?

Kita semua tahu peluang untuk mengandung bagi wanita menurun selepas kira-kira 30 tahun. Kita tahu bahawa kemerosotan mempunyai beberapa sebab, tetapi masalah utama ialah penurunan dalam "kualiti telur". Kualiti telur adalah satu konsep yang penting yang melibatkan beberapa faktor kritikal. Salah satu komponen utama kualiti telur melibatkan status kromosom telur. Telur dari wanita yang lebih tua adalah lebih cenderung untuk menjadi tidak normal kromosomnya berbanding daripada telur dari wanita muda.

Telur manusia adalah sel yang sangat besar dan bersedia menerima 23 kromosom daripada sperma. Apabila 23 kromosin ni dibebaskan, kilang telur akan dihidupkan dan perkembangan embrio bermula. Pembangunan embrio normal memerlukan banyak tenaga. Mitokondria adalah organel yang sangat kecil di dalam sel-sel yang menghasilkan banyak tenaga yang sel-sel perlukan. Tanpa mitokondria yg mewujudkan tenaga, tiada fungsi badan kita boleh berlaku. Telur manusia mempunyai lebih mitokondria dan DNA mitokondria daripada mana-mana sel lain dalam badan.


"Jadi apa pula kaitan antara kualiti telur dan kesuburan?"

Sebahagian daripada masalah dalam telur tua adalah pengeluaran tenaga mitokondria yang menurun. Jadi mungkin telur dapat berfungsi dengan lebih berkesan dan cekap jika sesuatu yang boleh dilakukan untuk meningkatkan bilangan atau kesihatan mitokondria dalam telur. Mungkin telur boleh melakukan kerja yang lebih baik untuk mengekalkan normal kromosom jika ia mempunyai bekalan tenaga yang cukup.


Bagaimana pula COQHEALTH menambahkan kesuburan untuk suami?

Kesuburan lelaki juga boleh dipertingkatkan dengan COQHEALTH. COQ10 merupakan antioksidan yang penting bagi membantu untuk melindungi sperma daripada kerosakan radikal bebas yang boleh menghalang motilitas dan bentuk sperma. Bentuk sperma yang tidak betul tidak boleh berenang dengan cekap dan menembusi tiub fallopio untuk bertemu telur.Justeru persenyawaan tidak mungkin akan terjadi. CoQ10 boleh membantu menguatkan sperma dan memberikan perlindungan yang diperlukan untuk menghindari kerosakan DNA.


Bagaimana CoqHealth Plus Bantu Kesuburan Suami Isteri

Mengikut Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) pula: "Terdapat beberapa bukti bahawa COQ10 boleh meningkatkan pergerakan dan kepadatan sperma pada lelaki dengan beberapa jenis kemandulan. "Namun NIH mengingatkan bahawa COQ10 tidak perlu diambil jika anda juga mengambil kemoterapi untuk rawatan kanser, ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah tinggi.



Buat mereka yang merancang untuk menimang cahaya mata, cubalah COQHEALTH PLUS ini sebagai salah satu usaha anda. Suami dan isteri, kedua-duanya boleh mengambil suplemen ini.

Bagaimana CoqHealth Plus Bantu Kesuburan Suami Isteri
RM124  - 30 capsules
Berminat nak mencuba COQHEALTH PLUS? Hubungi saya,


-------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee Kuala Lumpur di sekitar Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Cheras serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan. 

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 
Read More

Thursday, April 10, 2014

// // Leave a Comment

Zinc Penting Untuk Kesuburan Lelaki

Assalamualaikum...

Zinc Complex sebenarnya bukanlah untuk lelaki semata-semata sebaliknya wanita juga perlukan zinc. Tetapi pada hari ini saya ingin kongsikan kebaikan Zinc Complex khas buat lelaki lebih-lebih lagi yang telah bergelar Suami. 

Kenapa saya tumpukan kepada 'suami'? Ini kerana apabila anda telah bergelar suami, tentu anda punya peranan dan tanggungjawab terhadap isteri dan pastinya anda juga ingin bergelar 'Ayah'. 

Keperluan Zinc Complex adalah sangat berkait rapat tentang Kesuburan Lelaki. Ini kerana zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda daripada organ lain dan memainkan peranan yang sangat penting dalam organ seks lelaki. Sebab itulah lelaki sangat perlukan zinc.


Apakah Kebaikan Zinc Untuk Kesuburan Lelaki?


zinc untuk kesuburan lelaki


1. Meningkatkan Kesihatan Seksual dan Tahap Testosteron

Digelar ‘the ultimate sex mineral’ oleh majalah Men’s Health, zinc mempengaruhi kesuburan, dan kesihatan seksual lelaki untuk jangkamasa panjang. Ia perlu untuk penghasilan sperma, kekurangan zinc boleh menyebabkan semen yang kurang pekat dan kekurangan level testosterone. Untuk setiap ejakulasi, 5mg zinc dikeluarkan (separuh daripada keperluan harian badan). Oleh itu bagi anda yang ingin memulakan keluarga, zinc supplement boleh membantu.


2. Meningkatkan Motiliti Sperma

Kandungan sperma yang cukup sahaja tidak memadai untuk persenyawaan. Sperma perlu cukup kuat dan  mampu untuk bergerak dengan pantas untuk disenyawakan oleh ovum. Kekurangan zink boleh menyebabkan bacaan kekuatan sel sperma (sperm motility) di bawah 50% iaitu peratusan sperma yang bergerak ke hadapan kurang daripada separuh. Jadi, tambahan zinc dalam diet sangat penting untuk membantu meningkatkan kekuatan sperma anda. 




3. Mengurangkan Risiko Kanser Prostat

Zinc penting untuk kesihatan prostate. Kajian menunjukkan sel prostate pesakit kanser mengandungi kurang zinc berbanding sel prostate yang sihat. Lelaki yang kurang kandungan zink cenderung untuk mengalami pembesaran prostat (benign prostatic hyperplasia atau BPH) dan prostatis (radang prostat). Mereka juga mempunyai potensi mengidap kanser prostat yang lebih tinggi. Jadi, jangan lupa tambahkan kekacang atau makanan lauk seperti tiram dalam diet anda untuk sumber zinc yang cukup.


4. Membantu Fungsi Tiroid

Zinc merupakan mineral penting yang membantu menghasilkan thyroid-releasing hormones, atau TRH, dalam otak, yang kemudiannya memberi isyarat pituitari untuk menghasilkan  thyroid-stimulating hormone (TSH). Jadi ia sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah hypothyroidism. Pada lelaki, kegagalan untuk melakukannya juga menghasilkan tahap testosteron yang rendah.


Sebenarnya banyak lagi kebaikan zinc buat lelaki seperti mempertingkatkan sistem imun, memperbaiki radang kulit dan  mempercepatkan pemulihan luka. Zinc juga membantu mengelakkan botak kerana zinc dapat membantu pertumbuhan semula rambut. 

Walau bagaimanapun, kepentingan zinc untuk kesuburan lelaki memang tidak dapat dinafikan. Disebabkan itulah, zinc menjadi antara suplemen yang penting di dalam set cadangan untuk Kesuburan Lelaki. Anda juga boleh mendapatkan gabungan zinc dengan suplemen lain untuk tujuan kesuburan.


credit testimoni

Jika anda berminat untuk mendapatkan Zinc Complex atau mana-mana Set Kesuburan Suami Isteri yang dicadangkan, anda boleh terus menghubungi saya...


Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Tuesday, April 8, 2014

// // Leave a Comment

Bagaimanakah CoQHealth Plus Membantu Kesuburan Lelaki?

Assalamualaikum...

Selain Zinc Complex dan Vitamin E, CoQHealth Plus juga merupakan suplemen yang TERBAIK untuk membantu masalah kesuburan lelaki. Walaupun CoQHealth Plus ini terkenal untuk membantu meningkatkan kesihatan jantung tetapi kandungan CoQHealth Plus seperti Coenzyme Q10, Vitamin E dan Exstrak Teh Hijau juga turut membantu dalam masalah kesuburan lelaki.

Coenzyme Q10 atau CoQ10 sebenarnya boleh didapati dalam bentuk makanan kita seharian, iaitu di dalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, kandungan Coenzyme Q10 dalam badan juga yang semakin merosot. Oleh itu, kita memerlukan suplemen CoQ10 bagi mengekalkan paras CoQ10 yang diperlukan dalam badan kita. Ini kerana ianya bertindak sebagai antioksidan dan menghalang daripada terdedah kepada radikal bebas.


Setiap daripada kita sangat memerlukan CoQ10 kerana CoQ10 terlibat secara langsung dalam pengeluaran tenaga dalam mitokondria setiap sel dalam badan anda. Dengan menghasilkan lebih oksigen untuk sel-sel otot, CoQ10 boleh membantu meningkatkan kekuatan dan kecekapan oto


Tetapi, Bagaimanakah CoQHealth Plus Membantu Kesuburan Lelaki?

Kandungan CoQ10 di dalam CoQhealth plus sebenarnya banyak membantu masalah kesuburan lelaki. Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 aktif di dalam testis dan merupakan antioksidan yang memainkan peranan penting dalam membentuk membrane dan struktur lain di dalam sel bagi tujuan untuk memerangi kesan oxidative stress. Kandungan antioksidannya menggalakkan pergerakan sperma menjadi aktif dan meningkatkan kualiti sperma itu sendiri.


Memang terbaikkk.. kan.. ini kerana pergerakan sperma yang aktif serta kualiti sperma yang baik akan meningkatkan lagi peluang untuk isteri hamil.

Mengikut Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) pula: "Terdapat beberapa bukti bahawa COQ10 boleh meningkatkan pergerakan dan kepadatan sperma pada lelaki dengan beberapa jenis kemandulan. "Namun NIH mengingatkan bahawa COQ10 tidak perlu diambil jika anda juga mengambil kemoterapi untuk rawatan kanser, ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Terdapat juga kajian yang dilakukan untuk sekumpulan lelaki yang mempunyai tahap kesuburan yang rendah. Mereka dibekalkan dengan CoQ10 sebanyak 200mg/day dan hasilnya menunjukkan peningkatan tahap mortaliti sperma dalam air mani.


Selain daripada itu, CoqHealth Plus juga mengandungi Vitamin E yang memang terkenal untuk kesuburan lelaki. Vitamin E merupakan antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas dan membantu untuk meningkatkan stamina.

Untuk mendapatkan CoQHealth Plus ini, anda boleh terus menghubungi saya,


Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Tuesday, November 5, 2013

// // Leave a Comment

Merokok Menjejaskan Kesuburan dan Kehamilan

Assalamualaikum..

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi info tentang tabiat merokok dikalangan lelaki dan wanita. Seorang rakan telah bertanya kepada saya adakah merokok menyebabkan pasangan lambat mendapat cahaya mata? Pada pendapat peribadi saya, rezeki zuriat adalah rahsia Allah, Dia lebih mengetahui bila masa yang tepat untuk memberikan kita rezeki. Merokok mungkin boleh menjadi satu asbab tapi sebenarnya banyak lagi hikmah lain yang perlu kita lihat secara positif.

Walau bagaimanapun, kita hendaklah juga berusaha, lebih-lebih lagi menjaga kurniaan dariNya iaitu tubuh badan kita dengan baik. Fakta ada menyebut mengenai 4,000 bahan kimia berbahaya yang ada pada asap rokok yang boleh menjejaskan sistem daya tahan tubuh serta mengakibatkan pelbagai jenis penyakit.

 

Mengapa merokok tidak baik untuk kesihatan dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada kesuburan dan menjejaskan reproduksi serta kehamilan?
Ada bukti kukuh menunjukkan ibu hamil yang merokok memberi kesan kepada diri sendiri dan perkembangan bayi yang dikandung. Asap yang melalui sistem pernafasan bukan saja menyebabkan penyakit seperti bronkitis, pneumonia, lelah, kanser paru-paru dan emphysema (kesukaran bernafas) malah mendedahkan perokok wanita kepada penyakit kronik seperti kanser payudara dan kanser rahim.

Pengarah Klinikal dan Kesuburan Pusat Perubatan Sunway, Dr Wong Pak Seng berkata, merokok di kalangan wanita mempercepatkan hilangnya telur dan menjejaskan fungsi reproduktif, malah perokok wanita berisiko tinggi untuk mendapat haid tidak normal selain mempercepatkan proses menopaus beberapa tahun lebih awal daripada wanita tidak merokok.

Menurutnya, merokok mengganggu keupayaan sel dalam ovari menghasilkan estrogen, menyebabkan telur wanita lebih mudah menghasilkan genetik abnormal (kerosakan genetik).

Untuk lelaki, merokok menyebabkan kemerosotan air mani dan kerosakan kadar asid deoxyribonucleic (DNA) yang tinggi. Selain itu, paras kadmium tinggi dalam plasma bagi perokok tegar menyebabkan kesan sitotoksik langsung pada spermatozoa serta merosakkan fungsinya. Ia turut menjadi punca mati pucuk (mengurangkan aliran darah ke zakar).

“Perokok mengambil masa dua kali lebih lama untuk berjaya hamil menerusi program In-Vitro Fertilization (IVF) atau bayi tabung uji. Risiko untuk gagal dalam rawatan meningkat dengan setiap sedutan dari tahun ke tahun,” katanya dalam forum sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau anjuran Institut Jantung Negara (IJN) di Institut Pengurusan Wanita, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Wong berkata, merokok memberi kesan kepada rawatan kesuburan kerana ia merosakkan persenyawaan dan menangguhkan konsepsi kesan daripada gangguan proses spermatozoa dan ovari dibentuk, kegagalan implantasi (penyematan embrio awal ke pengalas uterus) serta keguguran awal.


Ia turut mengurangkan tindak balas kepada rangsangan, mengurangkan kadar untuk hamil dan kelahiran bayi, meningkatkan bilangan kitaran rawatan. Kesan buruk yang ketara lebih dialami wanita berusia.

Beliau berkata, pasangan yang merancang mendapat bayi perlu mengelak merokok dan terdedah menjadi perokok pasif. Suka atau tidak, ibu hamil harus berhenti merokok demi keselamatan anak dikandung. Merokok mengancam janin kerana menyebabkan kelahiran pra matang, keguguran, lahir mati dan merencat pertumbuhan bayi disebabkan oleh pendarahan dari uri.

Berat bayi yang dikandung wanita merokok juga berkemungkinan tiga kali lebih rendah daripada bayi normal iaitu penurunan berat badan bayi sebanyak 150 hingga 200 gram. Wanita merokok juga lebih mudah mengalami pendarahan pada plasenta.

Menurutnya, tabiat merokok di kalangan bakal ibu turut menyebabkan kadar dan kualiti susu badan berkurangan selain kecacatan kepada bayi seperti kecacatan pada bibir atau sumbing. Ia turut menyebabkan tahap kecerdasan otak anak berkurangan, anak berisiko tinggi untuk mendapat lelah serta sindrom kematian bayi mengejut.

Kesan asap rokok pasif kepada bayi:-
  • Masalah dan penyakit pernafasan
  • Perkembangan kecerdasan otot terjejas
  • Jangkitan telinga
  • Leukemia
  • Kanser otak
  • Lelah - meningkatkan simptom lelah
  • Sindrom kematian secara mengejut

credit: http://www.hmetro.com.my

Saya percaya ramai yang ingin berhenti merokok ini cuma keazaman je yang belum cukup kuat. Percayalah, tidak rugi pon jika anda tidak merokok malah membantu anda hidup lebih sihat.

Jika anda mempunyai masalah kesuburan akibat daripada merokok, eloklah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan, nasihat dan rawatan yang lebih lanjut. Disamping itu boleh mengamalkan suplemen untuk meningkatkan kesuburan atau boleh cuba Set Kesuburan Shaklee yang dijamin selamat, semulajadi dan berkesan.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood
Read More

Tuesday, September 3, 2013

// // Leave a Comment

Hamil Selepas 2 Bulan Ambil Set Kesuburan Shaklee

Assalamualaikum..

"Saja nk share testimoni kt sini... Saya berkahwin hampir setahun.... saya mula ambil produk shaklee utk kecantikan kulit bermula april tahun lepas.. selepas saya berkahwin saya ambil ESP, vitamin E & Shaklee Collagen.. ada juga ambil GLA Complex utk period saya.... sejak berkahwin saya dan suami memang selalu je travel... kadang2 atas urusan kerja... kadang2 jalan2 je... Belum terfikir nak ada baby.. walaupun kami x pernah merancang.. mungkin belum ada rezeki..

Tapi.. lepas tengok kawan2 yang baru je kawin... terus je preggy.. membuatkan saya mula merasa yang saya pun teringin utk mengandung. Memang tak nak tunggu lagi... April lepas...saya contact ibu saudara saya merangkap shaklee distributor.. dia cadangkan saya ambil vitalea, b complex dan vitamin C di samping meneruskan GLA complex... untuk suami ambil vitamin E & Zinc utk kesuburan lelaki...

Harini, sudah 1mnggu period saya lewat... tekak mula rasa mual, pinggang rasa lenguh2... saya rasa pelik.. pagi tadi... sebelum mandi... saya terdetik utk cuba buat upt... memang ada je simpan dalam laci, since saya ni memang bekerja di hospital. Lepas saya titikkan urine pada alat tu... saya biarkan je.. dan pergi mandi.... lepas dh siap mandi... saya lihat sekali imbas je alat tu..saya terkejut sbb 'positive' saya terus kejutkn suami saya...die sangat teruja..tak tau nak cakap apa...smpai je di tempat kerja..saya recheck,but still same 'positive'.... Then saya ke gyne dctor utk scan.. alhamdulillah... janin sudah terbentuk dan berkeadaan amat baik di dalam rahim saya...

Alhamdulillah sekali lagi.... saya hamil selepas 2 bulan selepas mengamalkan set kesuburan Shaklee utk suami & isteri... kawan2 yang sedang mencuba jangan berputus asa ya... lambat atau cepat itu semua atas rezeki masing2.. yang penting Usaha..." - Pn. Marimar


Vitamin Kesuburan Shaklee yang telah digunakan oleh pn. marimar adalah GLA Complex, Vitalea, B Complex dan Vita C manakala suaminya pula mengambil Vita E dan Zinc. Jom lihat sepintas lalu kebaikan vitamin-vitamin tersebut.

Untuk Isteri

√ GLA: Membantu dalam masalah haid dengan mengatur kitaran haid. Apabila kitaran haid teratur, isteri boleh menentukan waktu suburnya dan merancang kehamilan dengan lebih mudah. GLA membantu untuk menstabilkan hormon badan serta mencegah aktiviti sel yang abnormal. GLA juga membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur.

√ B COMPLEX: Vitamin B6 meningkatkan kesuburan wanita, asid folat pula penting untuk persenyawaan telur oleh sperma.

√ VITAMIN C: Bertindak sebagai antioksida yang meneutralkan radikal bebas, seterusnya membantu menghasilkan sperma dan ovum yang sihat. Ia juga membantu penyerapan iron yang penting untuk kesuburan.

√ VITALEA: Vitalea diperkaya dengan kandungan zat besi. Zat besi penting untuk pengangkutan darah dan oksigen dalam tubuh. Kaum wanita memerlukannya untuk menjaga keseimbangan ovulasi.

Untuk Suami

√ ZINC: Penting untuk pengeluaran sperma dan memberi kekuatan kepada sperma. Kekurangan zink menyebabkan penurunan hormon testosteron, pengecutan testis dan pengurangan sperma yang sihat.

√ VITAMIN E: Menyokong pengeluaran sperma, hormon seks dan mencegah kerosakan DNA sperma. Kerosakan yang banyak pada DNA sperma boleh menyebabkan kemandulan. Selenium dalam vit e berfungsi mencegah pengoksidaan sel-sel sperma. 

Berminat ingin mmencuba Set Kesuburan Shaklee? Hubungi saya untuk mengetahui harga dan vitamin yang sesuai untuk anda.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
// // Leave a Comment

Set Kesuburan Shaklee Mengikut Budget Anda

Assalamualaikum..

Ramai yang bertanyakan pada saya tentang set kesuburan shaklee dan ada juga yang confius sebab banyak sangat kombinasi set kesuburan. Sebenarnya kami sebagai distributor selalunya akan mencadangkan set kesuburan mengikut masalah customer dan juga budget yang mereka peruntukkan. Kadang-kadang ada juga customer yang dah siap-siap pilih apa yang diorang mahukan sebab mereka telah membuat pembacaan dan mengkaji produk yang mereka ingin ambil.

Walau bagaimanapun, jangan risau jika anda tidak tahu produk apa yang hendak diambil dan tidak tahu pula fungsi produk itu untuk anda. Kami sentiasa bersedia membantu menjawab setiap persoalan anda serta memberikan tips dan maklumat untuk anda.

Secara amnya, anda boleh mengambil set kesuburan seperti dibawah tetapi jika anda nak ambil kombinasi selain daripada yang bawah tentu sahaja boleh dan saya sedia bantu untuk konsultasi.


Vitamin Kesuburan Shaklee bukan sahaja meningkatkan kesuburan TETAPI juga :

  • Membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan dalam badan sebagai persediaan hamil
  • Memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan & pelekatan telur
  • Mematangkan ovum untuk memudahkan proses persenyawaan
  • Membantu sperma hidup lebih lama sehingga 5 hari di tiub Fallopio
  • Menghasilkan servikal mukus yang berkualiti & subur
  • Menstabilkan hormon
  • Menguatkan rahim
  • Menghasilkan sperma yang sihat
  • Melancarkan aturan haid supaya lebih teratur
  • Membantu mengecutkan CYST / FIBROID / ENDOMETRIOSIS
  • Memberikan tenaga dan menyihatkan badan.

Bagaimanakah produk-produk ini dapat membantu anda subur? Sedikit penerangan tentang manfaat vitamin-vitamin ini kepada badan dan kesuburan.

√ VITALEA: Vitalea diperkaya dengan kandungan zat besi. Zat besi penting untuk pengangkutan darah dan oksigen dalam tubuh. Kaum wanita memerlukannya untuk menjaga keseimbangan ovulasi.

√ B COMPLEX: Vitamin B6 meningkatkan kesuburan wanita, asid folik pula penting untuk persenyawaan telur oleh sperma.

√ VITAMIN C: Bertindak sebagai antioksida yang meneutralkan radikal bebas, seterusnya membantu menghasilkan sperma dan ovum yang sihat. Ia juga membantu penyerapan iron yang penting untuk kesuburan.

√ GLA: Membantu dalam masalah haid dengan mengatur kitaran haid. Apabila kitaran haid teratur, isteri boleh menentukan waktu suburnya dan merancang kehamilan dengan lebih mudah. GLA membantu untuk menstabilkan hormon badan serta mencegah aktiviti sel yang abnormal. GLA juga membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur.

√ ESP: Merupakan sumber protein soya yang terbaik. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. Protein membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat. Membantu penyerapan khasiat yang optimum jika di ambil bersama dengan vitamin yang lain. Ia cepat menyerap dan memberikan kesan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambil bersama ESP.

√ ZINC: Penting untuk pengeluaran sperma dan memberi kekuatan kepada sperma. Kekurangan zink menyebabkan penurunan hormon testosteron, pengecutan testis dan pengurangan sperma yang sihat.

√ VITAMIN E: Menyokong pengeluaran sperma, hormon seks dan mencegah kerosakan DNA sperma. Kerosakan yang banyak pada DNA sperma boleh menyebabkan kemandulan. Selenium dalam vit e berfungsi mencegah pengoksidaan sel-sel sperma.

√ ALFALFA: Mengatasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah) serta meningkatkan stamina seorang suami & isteri. 

Adakah Set Kesuburan Shaklee ini BERKESAN?
Soalan begini sering juga saya terima. Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang mengamalkan gla untuk membetulkan kitaran haid dan seterusnya hamil serta testimoni-testimoni customer, vitamin kesuburan shaklee ini sangat membantu. Walau bagaimanapun, suka saya ingatkan, semuanya adalah dengan keizinan daripada Allah s.w.t. Cepat atau lambat bukan urusan kita. Sebagai manusia, kita hanya berusaha, berdoa dan bertawakal....Selebihnya biar DIA tentukan. 

Untuk melihat testimoni pengguna, klik DISINI

Berminat? Hubungi saya untuk dapatkan harga yang TERBAIK serta konsultasi secara PERCUMA.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Monday, July 8, 2013

// // Leave a Comment

Suplemen Untuk Kesuburan Lelaki

Assalamualaikum..

Sepertimana artikel yang saya kongsikan sebelum ini, bukan wanita sahaja yang mempunyai masalah ketidaksuburan sebaliknya lelaki juga tidak terkecuali. Walau bagaimanapun, kita haruslah berusaha untuk mengatasinya atau sekurang-kurangnya berusaha mengurangkan masalah yang ada.

Tiga faktor yang menyumbang kepada masalah ketidaksuburan lelaki iaitu hormon, sperma dan penis. Masalah seperti bilangan sperma kurang dan tidak berkualiti antara sebab kesukaran pasangan untuk mendapatkan cahaya mata.

Terdapat 2 suplemen yang dicadangkan untuk membantu masalah ketidaksuburan lelaki iaitu Vita E Complex dan Zinc Complex.


Vitamin E
Meningkat kesuburan dengan mengurangkan radikal bebas yang merosakkan sperma
Membantu menghasilkan sperma yang lebih banyak
Vitamin E dan Selenium membantu memperbaiki kualiti dan membantu pergerakan sperma
Selenium sangat berkuasa mengurangkan pembengkakan prostat
Meningkatkan paras testosteron di dalam badan


Zinc Complex
Membantu meningkatkan kualiti sperma dari segi bilangan, bentuk dan pergerakan
Membantu dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat
Membantu dalam mengurangkan potensi mendapat kanser prostat atau pembesaran prostat
Meningkatkan paras testosteron untuk kehidupan seksual yang baik
Membantu mengurangkan masalah mati pucuk
Membantu memperbaiki kemampuan seks lelaki dan memberikan tenaga.


Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Sunday, July 7, 2013

// // Leave a Comment

6 Tips Memekatkan Air Mani Suami

Assalamualaikum..

Hari just nak share tips khas buat suami2.. jom baca dan tengok adakah suami kita ada mengamalkan tips dibawah..

Tips Memekatkan Air Mani


1. Berhenti Merokok
Berita buruk kepada perokok-perokok aktif. Merokok mempengaruhi jumlah air mani. Kajian menunjukkan perokok memiliki jumlah air mani yang sedikit berbanding mereka yang tidak merokok.

2. Jauhkan seluar ketat atau air panas
Suhu pada testis akan mempengaruhi sistem reproduksi anda. Pastikan testis berada pada suhu yang sejuk berbanding bahagian tubuh yang lain. Seluar atau pakaian dalam yang ketat akan meningkatkan suhu pada bahagian testis dan ini adalah tidak disyorkan.

3. Teknik Pemakanan yang Sihat
Percaya atau tidak, apa yang anda makan akan mempengaruhi produksi air mani. Makan lah makanan yang berkhasiat dan yang berprotien tinggi.

4. Kurangkan Hubungan Seks, Elakkan Melancap atau Masturbasi
Air mani anda akan berkurangan setiap kali ejakulasi berlaku. Begitu juga kepadatan air mani anda akan berkurangan. Kurangkan hubungan seks dan elakkan sama sekali melancap atau masturbasi.

5. Elakkan Alkohol
Alkohol dapat mempengaruhi fungsi yang meningkatkan tahap estrogen. Jumlah estrogen yang tinggi pada tubuh akan mempengaruhi pengeluaran air mani. Hentikan pengambilan alkohol jika anda sayangkan air mani anda dan tidak mahu kehilangan air mani.

6. Makanan-makanan yang dapat meningkatkan air mani
Asid Amino L-Carnitine yang terdapat dalam daging merah dan susu telah terbukti dapat meningkatkan kelikatan dan kepadatan air mani. Begitu juga L-Arginine yang terdapat dalam kacang, telur dan daging. Amalkan memakan makanan-makanan yang dapat meningkatkan kelikatan air mani.

Suplemen Zinc Untuk Suami


Untuk suami, sangat digalakkan mengambil zinc untuk meningkatkan kesuburan mereka. Zinc penting untuk pengeluaran sperma dan memberi kekuatan kepada sperma. Kekurangan zinc menyebabkan penurunan hormon testosteron, pengecutan testis dan pengurangan sperma yang sihat.Selain itu, pengambilan zinc pada jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.




Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...