Thursday, April 10, 2014

// // Leave a Comment

Zinc Penting Untuk Kesuburan Lelaki

Assalamualaikum...

Zinc Complex sebenarnya bukanlah untuk lelaki semata-semata sebaliknya wanita juga perlukan zinc. Tetapi pada hari ini saya ingin kongsikan kebaikan Zinc Complex khas buat lelaki lebih-lebih lagi yang telah bergelar Suami. 

Kenapa saya tumpukan kepada 'suami'? Ini kerana apabila anda telah bergelar suami, tentu anda punya peranan dan tanggungjawab terhadap isteri dan pastinya anda juga ingin bergelar 'Ayah'. 

Keperluan Zinc Complex adalah sangat berkait rapat tentang Kesuburan Lelaki. Ini kerana zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda daripada organ lain dan memainkan peranan yang sangat penting dalam organ seks lelaki. Sebab itulah lelaki sangat perlukan zinc.


Apakah Kebaikan Zinc Untuk Kesuburan Lelaki?


zinc untuk kesuburan lelaki


1. Meningkatkan Kesihatan Seksual dan Tahap Testosteron

Digelar ‘the ultimate sex mineral’ oleh majalah Men’s Health, zinc mempengaruhi kesuburan, dan kesihatan seksual lelaki untuk jangkamasa panjang. Ia perlu untuk penghasilan sperma, kekurangan zinc boleh menyebabkan semen yang kurang pekat dan kekurangan level testosterone. Untuk setiap ejakulasi, 5mg zinc dikeluarkan (separuh daripada keperluan harian badan). Oleh itu bagi anda yang ingin memulakan keluarga, zinc supplement boleh membantu.


2. Meningkatkan Motiliti Sperma

Kandungan sperma yang cukup sahaja tidak memadai untuk persenyawaan. Sperma perlu cukup kuat dan  mampu untuk bergerak dengan pantas untuk disenyawakan oleh ovum. Kekurangan zink boleh menyebabkan bacaan kekuatan sel sperma (sperm motility) di bawah 50% iaitu peratusan sperma yang bergerak ke hadapan kurang daripada separuh. Jadi, tambahan zinc dalam diet sangat penting untuk membantu meningkatkan kekuatan sperma anda. 




3. Mengurangkan Risiko Kanser Prostat

Zinc penting untuk kesihatan prostate. Kajian menunjukkan sel prostate pesakit kanser mengandungi kurang zinc berbanding sel prostate yang sihat. Lelaki yang kurang kandungan zink cenderung untuk mengalami pembesaran prostat (benign prostatic hyperplasia atau BPH) dan prostatis (radang prostat). Mereka juga mempunyai potensi mengidap kanser prostat yang lebih tinggi. Jadi, jangan lupa tambahkan kekacang atau makanan lauk seperti tiram dalam diet anda untuk sumber zinc yang cukup.


4. Membantu Fungsi Tiroid

Zinc merupakan mineral penting yang membantu menghasilkan thyroid-releasing hormones, atau TRH, dalam otak, yang kemudiannya memberi isyarat pituitari untuk menghasilkan  thyroid-stimulating hormone (TSH). Jadi ia sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah hypothyroidism. Pada lelaki, kegagalan untuk melakukannya juga menghasilkan tahap testosteron yang rendah.


Sebenarnya banyak lagi kebaikan zinc buat lelaki seperti mempertingkatkan sistem imun, memperbaiki radang kulit dan  mempercepatkan pemulihan luka. Zinc juga membantu mengelakkan botak kerana zinc dapat membantu pertumbuhan semula rambut. 

Walau bagaimanapun, kepentingan zinc untuk kesuburan lelaki memang tidak dapat dinafikan. Disebabkan itulah, zinc menjadi antara suplemen yang penting di dalam set cadangan untuk Kesuburan Lelaki. Anda juga boleh mendapatkan gabungan zinc dengan suplemen lain untuk tujuan kesuburan.


credit testimoni

Jika anda berminat untuk mendapatkan Zinc Complex atau mana-mana Set Kesuburan Suami Isteri yang dicadangkan, anda boleh terus menghubungi saya...


Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...