Tuesday, April 15, 2014

// // Leave a Comment

Nak Beli Shaklee dengan HARGA AHLI

Assalamualaikum...

Saya pernah di datangi pm daripada peminat produk Shaklee yang ingin membeli produk Shaklee pada Harga Ahli. Dalam hati terfikir adakah dia ingin menjadi Ahli Shaklee, tetapi rupanya tidak.

Sebenarnya HARGA AHLI produk Shaklee adalah hanya untuk mereka yang menjadi PENGEDAR SAH SHAKLEE sahaja. Dan keuntungan dengan menjual Harga Runcit sememangnya hak Pengedar Shaklee. 

Bermula April 2014 pihak Shaklee telahpun memperketatkan undang-undang kepada semua Pengedar Shaklee mengenai larangan menjual produk Shaklee pada harga ahli kepada semua customer. Tujuannya adalah untuk mengelakkan pasaran Shaklee terganggu. Dan jika ada yang didapati melanggar peraturan ini, keahlian mereka sebagai Pengedar Sah Shaklee boleh ditamatkan.

Sekiranya anda ingin menikmati produk Shaklee pada HARGA AHLI (member/distributor price), anda hendaklah berdaftar sebagai AHLI (sebagai consumer) atau PENGEDAR SAH (untuk mereka yang ingin berbisnes). Sekiranya anda tidak berdaftar secara sah sebagai AHLI/PENGEDAR SAH SHAKLEE, anda tidak berhak untuk mendapatkan produk SHAKLEE pada HARGA AHLI, anda harus membayar pada HARGA RUNCIT (retail price). 

beli shaklee dengan harga ahli

Alhamdulillah dengan kuatkuasanya larangan ini, ramai peminat tegar shaklee yang mendaftar sebagai Ahli Shaklee. Sebenarnya dengan hanya RM65 sahaja, anda sudah boleh menikmati kesemua produk Shaklee pada Harga Ahli. Murah sahaja!! dan pendaftaran adalah SEUMUR HIDUP, sekali bayar sahaja. 

Selain mendapat penjimatan harga sehingga 25%, banyak lagi manfaat lain yang anda boleh perolehi dengan mendaftar sebagai Ahli Shaklee. Antaranya, menikmati promosi yang ditawarkan oleh pihak shaklee setiap bulan. Contohnya bulan ni promo Ostematrix Buy 6 Free 1.  Kalau anda memang peminat tegar Ostematrix, tentulah anda tidak akan melepaskan peluang mendapatkan oste sewaktu promosi ini.. dah dapat oste 1 free dah..

Kalau nak bisness pula, ada macam-macam bonus yang akan anda dapat. Sebenarnya ramai yang asalnya menjadi Ahli Shaklee untuk makan sendiri je tetapi akhirnya terjebak menjual produk shaklee pula. Sebabnya mula rasa seronok kerana mendapat bonus daripada hasil belian produk shaklee. Daripada 2 angka, 3 angka, 4 angka dan seterusnya anda yang tentukan dengan usaha anda.

Oleh itu, jom lah mendaftar menjadi ahli shaklee yang sah. Murah jer.. RM65 sahaja...pastu selamanya anda boleh membeli dengan harga ahli. Jimattt...

Nak daftar dengan saya?? Sangat boleh.. nak biz atau nak makan sendiri sahaja pon boleh.. insyaAllah saya akan bantu. Hubungi saya segera dan saya akan segera daftarkan anda..


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...