Sunday, January 4, 2015

// // 1 comment

Atasi Masalah Sukar Tidur Ibu Hamil

Assalamualaikum...

Rasanya ramai ibu hamil yang mengalami masalah untuk tidur lena lebih-lebih lagi apabila dah masuk trimester ketiga. Maklumlah perut dah membesar dengan jayanya. Kalau awal preggy dulu, kita asyik nak tidur je, tapi bila last2 ni, tidur kita memang akan kerap terganggu.

Kalau macam saya, kerap nak kencing tu memanglah salah satu faktor saya selalu bangun malam. Selain tu, sakit pinggang dan kejang kaki memanglah menyiksakan. Kadang-kadang tu lenguh kaki tetiba sampai tak boleh nak tidur hingga nak nangis.. huhu

Apa yang harus kita buat supaya kita dapat tidur lena sewaktu hamil? Ada banyak tips sebenarnya,


1. Jadikan Tempat Tidur Selesa

Yang pertama dan sangat penting adalah jadikan tempat tidur atau katil kita selesa. Janganlah biarkan tempat tidur kita berbau masam dan katil penuh dengan pakaian. Jangan biarkan suhu bilik terlalu panas. Ini kerana tubuh wanita panas semasa hamil disebabkan perubahan hormon, peningkatan pengedaran darah dan juga keadaan bayi yang semakin membesar. Pasang kipas atau kalau ada budget pasanglah aircond dan apa saja yang boleh membantu untuk mengurangkan kepanasan.

2. Tidur Posisi Mengiring

Yang ni memang saya selalu buat. Posisi mengiring adalah posisi terbaik untuk para ibu hamil lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai terlalu banyak air ketuban atau hamil anak kembar. Ibu hamil digalakkan untuk tidur mengiring ke kiri kerana darah akan mengalir ke fetus, uterus dan ginjal anda. Elakkan posisi tidur terlentang kerana ini akan menyebabkan tekanan kepada usus dan vena besar (vena cavar inferior) dan mengganggu peraliran darah kembali ke jantung. 


3. Guna Bantal Sokongan

Saya biasanya menggunakan bantal yang biasa sahaja untuk memberikan sokongan kepada perut tapi kalau ada budget lebih apa salahnya membeli bantal khas untuk ibu hamil. Bantal-bantal begini banyak dijual dan bentuknya juga cantik dan dengan melihat sahaja pon kita tahu ianya sangat selesa. Bantal boleh diletakkan di bawah perut ketika baring mengiring dan kepitkan satu lagi bantal di celah peha untuk menyokong tulang belakang. Selain itu, boleh juga meletakkan bantal di bahagian belakang supaya lebih selesa.

4. Urutan

Sewaktu hamil kita sememangnya kerap sakit pinggang dan lenguh-lenguh pada badan. Jadi ambil lah masa ini untuk bermanja dengan suami dengan meminta mereka untuk mengurut bahagian badan yang sakit seperti bahu, kaki dan tulang belakang. Lakukan urutan ini sekurang-kurangnya 10-15 minit sebelum tidur agar peraliran darah dapat mengalir dengan baik ke seluruh tubuh. Urutan kasih sayang ini bukan sahaja dapat melegakan pasangan anda malah dapat mempengaruhi emosi wanita hamil.

5. Kurangkan Minum Air pada waktu malam

Wanita hamil digalakkan meminum air 6-8 gelas sehari untuk membuang bahan kumuh dari organ hati dan ginjal pada ibu dan bayi dalam rahim. Kurangkan minum sebelum waktu tidur untuk mengelakkan anda kerap berulang ke tandas. Sebaliknya banyakkan minum air pada siang hari sahaja.

 
6. Makan Snek dan Minum Susu

Wanita hamil juga perlu makan makanan ringan seperti biskut atau roti sebelum tidur. Jika tidak mahu makan, boleh juga meminum segelas susu atau coklat panas. Ia dapat mengelakkan kita terjaga di tengah malam akibat terasa lapar yang keterlaluan. 

Semoga sedikit tips ini dapat membantu ibu hamil diluar sana untuk mendapatkan tidur yang lebih lena selepas ini. Selamat Mencuba!!!

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...