Monday, April 7, 2014

// // Leave a Comment

Kesan Waktu Subur dengan Kit Ujian Kesuburan (OPK)

Assalamualaikum..

Selain teknik mengira waktu subur, teknik menggunakan Kit Ujian Kesuburan (OPK) adalah antara tips dan cara yang selalunya saya syorkan kepada rakan-rakan blog yang ingin hamil.

Sebenarnya saya sendiri sudah lama saya terfikir untuk mencuba menggunakan Kit Ujian Kesuburan (OPK) bagi mengesan waktu subur untuk membantu saya hamil lagi. Namun hingga ke saat ini, saya belum juga berpeluang membeli dan mencubanya.

Jujurnya saya memang mengamalkan suplemen untuk membantu saya hamil. Ini adalah kerana kitaran haid saya yang tidak teratur. Walaupun kitaran haid saya tidak teratur, tetapi saya tetap berusaha mengira waktu subur setiap bulan dan saya memang menyimpan setiap rekod tarikh period saya.

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana Dia berikan saya sepasang anak yang comel dan sekarang saya sedang berusaha untuk hamil lagi anak yang ke-4. Nak tahu suplemen apa yang saya amalkan untuk bantu saya hamil? Boleh hubungi saya 017-3613604 (Norasiah) untuk sembang-sembang

Ok back pada Kit Ujian Kesuburan (OPK), seorang sahabat saya ada menggunakannya dan katanya amat mudah menggunakan alat ini. Sebelum itu, perlu juga kita tahu apakah sebenarnya Kit Ujian Kesuburan (OPK) ini?

kit ujian kesuburan (opk)


Apakah Kit Ujian Kesuburan  atau Ovulation Predictor Kits (OPK)?

Ovulation predictor kits (OPK) ialah alat untuk menguji waktu subur wanita. Alat ini membantu wanita mengesan hari ovulasi dengan tepat (99.6%). Alat ini akan membantu anda menentukan tahap lonjakan hormone LH. Ianya alat untuk meningkatkan lagi peluang kehamilan dengan mengetahui waktu subur kita. Walau bagaimanapun, kit ini adalah sebahagian daripada cara atau usaha sahaja. Untuk berjaya hamil melibatkan faktor-faktor lain juga ye.


Apa itu hormon LH?

Luteinizing Hormon (LH) adalah hormon yang berfungsi mengeluarkan ovum dari ovari. Pada hari subur, kandungan LH berada dalam tahap tertinggi. Hari kesuburan berlangsung satu hari dan kadang kala berpanjangan selama tiga hari. Ianya berlainan antara satu wanita dengan wanita lain.


Bilakah hari sesuai memulakan ujian kesuburan, OPK?

Dapatkan panjang purata kitaran haid bagi 3 bulan terakhir. Kitaran haid dikira dari hari pertama haid sehingga hari terakhir sebelum haid bermula semula. Kemudian tolakkan 17 hari dari panjang kitaran haids. Contoh: 28-17 = 11, jadi mulakan ujian kesuburan pada hari ke-11 dan teruskan selama enam hari berikutnya sehingga OPK menunjukkan tanda positif iaitu 2 line yang terang. Jika pudar ulang semula 24 jam kemudian pada waktu yang sama. Ambil yang paling terang selepas menguji selama 7 hari. Sekiranya ujian OPK positif, 12-36 jam berikutnya telur akan dikeluarkan dan tahap kesuburan adalah maksima.


Jika haid tidak teratur, bolehkah OPK digunakan?

Mengesan hari subur adalah penting bagi mereka yang mempunyai kitaran haid yang pendek dan tidak tetap. Waktu subur bagi mereka yang mempunyai haid yang tidak teratur boleh berlaku pada sehari selepas bersih dari pendarahan haid.


Jika kitaran haid tidak teratur, anda harus menggunakan tarikh kitaran terpendek anda dalam tempoh 6 bulan yang lalu sebagai masa permulaan. Contohnya kitaran haid terpendek anda 24 hari. Manakala kitaran terpanjang adalah 37 hari dalam tempoh 6 bulan yang lalu. Anda harus menggunakan tarikh kitaran terpendek anda iaitu 24 hari dan mula menguji OPK 7 hari selepas hari pertama haid pendarahan anda (LMP).

Penggunaan OPK mungkin banyak untuk kitaran haid yang tidak teratur sehingga 10-20 ujian untuk mengelakkan terlepas tarikh ovulasi.


Cara Penggunaan OPK 

Para pengguna haruslah membaca arahan pada plastik OPK. Cara terbaik untuk melakukan ujian ialah antara 10am hingga 8.00pm. Ini kerana LH pada hari itu telah sedia untuk diuji menggunakan air kencing pada waktu itu.

Jangan melakukan ujian itu sebaik saja bangun dari tidur kerana mungkian dia akan terlepas hari pertama. Cuba kurangkan air yang diminum 2 jam sebelum ujian kerana ianya akan mencairkan air kencing, sekaligus menyebabkan kesukaran untuk mengesan hormon LH.

Mudah sahaja ye kawan-kawan nak menggunakan OPK ini, sama seperti alat pregnancy test kit. Hanya celup dalam urine/air kencing. Kemudian perhatikan keputusan, jika terdapat ada 2 jalur terang, itu bermakna anda sedang berovulasi dan sekiranya 1 jalur sahaja yang kelihatan, itu bermakna waktu tersebut tidak subur

Jika 2 jalur keluar tetapi 1 lagi pudar, kemungkinan lagi 72 jam akan berlaku hari ovulasi anda. Namun begitu, anda digalakkan melakukan persenyawaan bersama suami pada waktu ini kerana sperma yang sihat mampu hidup lama dalam rahim iaitu selama 4-5 hari walaupun telur wanita hanya hidup selama 24 jam atau 36 jam.

Jika ujian pertama gagal dan mahu lakukannya semula pada hari yang berlainan, ujilah pada waktu yang sama.


Bagaimana nak dapatkan OPK ni? 

Sebenarnya saya tidak menjual alat OPK ini, kawan-kawan boleh google OPK dan tentu akan jumpa blog yang menjual alat ini. Di facebook dan mudah.my juga ada dijual. Harganya agak murah berbanding dengan di farmasi atau watson.

Jadi selamat mencuba ye kawan-kawan, dan jika kawan - kawan nak mengambil suplemen khususnya suplemen shaklee untuk membantu masalah kesuburan, jangan segan-segan hubungi saya 017-3613604 (Norasiah). Kita juga boleh berkongsi pengalaman.. :-)

Semoga anda semua tidak berputus asa berusaha dan iringi usaha kita dengan DOA pada yang ESA kerana DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani...:-)



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...