Showing posts with label gla complex. Show all posts
Showing posts with label gla complex. Show all posts

Wednesday, October 10, 2018

// // Leave a Comment

Cara Mengatasi Masalah Haid Tak Teratur

"Ada kawan bagitahu, hormon dia tak stabil..haid tak teratur...pastu dia amalkan pengambilan GLA Complex dengan konsisten...

Lepas amalkan GLA, haid datang elok je...dan dia perasan, kulit dia makin cantik...makin lembap, tak kering mcm dulu..

Bila dia google, rupanya GLA ni bukan saje dapat baiki hormon, tapi dapat cantikkan kulit jugak...seronok sangat dia...hormon dah stabil, kulit pulak makin cantik...dua dalam satu gitu!!!

Kawan-kawan yang ada masalah haid tak teratur tu, cuba lah ambil GLA Complex..insyaAllah, sangat membantu mengatasi masalah hormon tak stabil dan bonusnya, kulit makin cantik...best ke best?"

Alhamdulillah, itulah antara feedback yang diterima selepas consume GLA Complex. Wanita dan masalah hormon tidak dapat dipisahkan sejak bermulanya kita akil baligh. Jangan terus biarkan masalah hormon yang tidak seimbang berlarutan kerana ia boleh mengganggu kesihatan.



Untuk wanita, kesan daripada masalah hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan:-
  • Sukar hamil
  • Haid tak teratur
  • Kulit tidak sihat dan berjerawat
  • Gangguan emosi


Apa Bestnya GLA COMPLEX?


» Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
» Meningkatkan kesuburan.
» Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
» Membantu dalam menangani menopause.
» Menguatkan kuku & rambut.
» Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
» Membantu menangani ekzema.
» Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
» Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
» Menguatkan immuniti badan.


haid tak teratur

haid tak teratur


Nak dapatkan Gla? Hubungi saya

Norasiah
Whatsapp | SMS | Call
60173613604

atau klik www.wasap.my/60173613604

Read More

Wednesday, December 27, 2017

// // 1 comment

Haid Berpanjangan Dan Cara Mengatasinya Tanpa Ubat

Assalamualaikum..

Haid berpanjangan? Haid lama sangat sehingga melebihi 15 hari. Sebenarnya dah beberapa kali saya kongsikan masalah haid berpanjangan ini. Masalah haid merupakan salah satu masalah yang saya sendiri alami..sejak dahulu hinggalah kini.

Dan kita sebagai wanita dan ibu memang tak dapat lari daripada masalah berkaitan dengan haid. Jika dahulu saya mengalami masalah haid berpanjangan tapi sedikit tetapi kali ini selepas bersalinkan anak yang ke-4, Muhammad Iman Shahir, saya mengalami masalah haid berpanjangan tapi banyak.

Kisahnya apabila saya habis nifas, saya didatangi haid yang pertama (heavy seperti biasa) selama 8 hari dan kemudian bersih selama 4 hari. Kemudian dengan tiba-tiba saya kembali haid (juga heavy) pada hari yang ke-13. Keadaan ni berlarutan selama beberapa hari dan keadaan ini membuatkan saya risau dan juga menyukarkan saya untuk solat tetapi tetap kena solat seperti biasa.

Disebabkan pernah mengalami situasi yang sama beberapa kali sebelum ni iaitu sewaktu anak ke-2 dan ke-3, jadi saya menggunakan cara yang sama untuk mengatasi masalah haid berpanjangan ini. Sebelum ni saya akan rujuk masalah saya dengan berjumpa dengan doktor dan kebiasaannya doktor memberitahu ianya disebabkan masalah hormon saya selepas bersalin. Biasanya doktor akan syorkan saya untuk mengambil pil perancang untuk stabilkan hormon.

Disebabkan saya menyusu badan, jadi saya mengelak untuk mengambil pil perancang kerana sesetengah pil perancang menyebabkan susu badan drop. Jadi saya mencari alternatif lain untuk mengatasi masalah haid berpanjangan tanpa ubat.

Nak tahu apa yang saya ambil untuk menghentikan haid yang berpanjangan? Semestinya GLA Complex Shaklee.. Alhamdulillah tiap kali mengambil GLA complex memang tidak mengecewakan.

haid berpanjangan

Apa yang bestnya tentang GLA ini? Tentunya kerana ia diformulasi khas untuk membantu wanita mengekalkan kesejahteraan menyeluruh sepanjang kitaran haid bulanan. GLA adalah asid lemak penting Omega-6 yang digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandin iaitu bahan yang membantu mengawal-atur pelbagai proses tubuh. Malah, ia amat bermanfaat untuk setiap wanita di semua peringkat umur.

Alhamdulillah selepas mengambil GLA Complex selama 4 hari setiap malam berturut-turut, haid saya berhenti dan bersih. Sehingga ke hari ini, saya masih consume GLA Complex dengan niat supaya haid saya lebih teratur selepas ini. Apa yang penting saya dapat melakukan ibadat solat dengan lebih selesa. 

Buat wanita dan ibu-ibu diluar sana, saya pasti ada antaranya yang mengalami masalah yang sama seperti saya iaitu haid berpanjangan. Tolong jangan biarkan masalah haid berpanjangan ini berlarutan, jumpalah doktor untuk mengetahui masalah sebenar dan carilah cara untuk mengatasinya. Saya sangat galakkan anda untuk mencuba GLA complex sekiranya anda mengalami masalah hormon seperti saya.

Jika anda ingin mencuba GLA Complex, boleh hubungi saya untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut.

------------------------------------------------------------------------

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,
Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Read More

Wednesday, October 1, 2014

// // Leave a Comment

Gla Bantu Haid Sedikit dan Berpanjangan

Assalamualaikum..

Jom baca pengalaman saya mengatasi masalah haid sedikit dan berpanjangan.

Pengalaman mengalami haid yang sedikit dan berpanjang pada kali kedua membuatkan saya lebih bersedia. Boleh baca masalah haid berpanjangan saya kali pertama di SINI. Kalau dahulu saya mengalami haid yang on off sepanjang 3 bulan tetapi kali ini berbeza. Sepanjang bulan ramadhan, saya tidak didatangi haid..Alhamdulillah dapat puasa penuh. Tapi malangnya sepanjang bulan Syawal saya didatangi haid yang sedikit selama sebulan.

Sesiapa sahaja yang mengalami haid sedikit dan berpanjangan pasti berasa tidak selesa dan risau. Saya merujuk ke klinik kesihatan untuk masalah ini. Ujian air kencing dan scan di bahagian rahim dilakukan..semuanya ok.. Apa yang doktor boleh katakan hanya ada masalah hormon dan doktor berikan saya ponstan untuk menghentikan haid.

Menurut doktor, setelah memakan ponstan sebanyak 3 kali, haid saya akan berhenti. Tetapi malangnya walaupon telah habis memakan ponstan, haid saya tetap tidak berhenti. Minggu seterusnya saya pergi sekali lagi ke klinik kesihatan yang sama tetapi berjumpa dengan yang berbeza.

Menurut doktor tersebut, ramai wanita yang mengalami perubahan hormon sepanjang musim ramadhan kerana perubahan diet pemakanan. Keadaan ini telah menganggu kitaran haid dan boleh diatasi dengan mengamalkan diet yang sihat dan pemakanan seimbang. Oleh itu, doktor hanya mencadangkan saya supaya jaga pemakanan dan boleh teruskan ponstan atau mengambil pil perancang untuk stabilkan hormon. Tetapi disebabkan saya merancang untuk hamil, jadi mengambil pil perancang bukan satu penyelesaian yang terbaik buat saya dan doktor juga tidak galakkan.

Disebabkan dulu saya pernah mengambil Gla Compleks sewaktu mengalami masalah haid berpanjangan, jadi saya minta pendapat doktor untuk menggunakan gla compleks untuk masalah haid saya ni. Alhamdulillah doktor sangat menggalakkan saya menggunakan Gla Compleks dan nampaknya doktor juga tahu tentang Gla Compleks ni.

Gla Bantu Haid Sedikit dan Berpanjangan
RM91.25 (60 softgel)
Selama seminggu saya KONSISTEN dengan mengambil Gla Compleks 2 biji sebelum tidur setiap malam dan Alhamdulillah, dengan izinNya, haid saya akhirnya berhenti. Syukur sangat-sangat. Sebenarnya sejak awal lagi saya ingin mengambil gla tetapi saya risau yang saya pregnant jadi saya tangguhkan dulu. Tetapi bila ujian air kencing dan scan menunjukkan yang saya tidak mengandung serta ubat ponstan tak berkesan, Gla Compleks memang menjadi pilihan utama saya.

Sampai sekarang saya masih mengamalkan gla dan haid saya yang lepas pun dah kembali normal. Alhamdulillah.

GLA Complex Shaklee  merupakan gabungan khasiat minyak borej, yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linoleik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Ia dapat mencergaskan tubuh dan membantu kita berasa lebih selesa semasa haid. sebenarnya Asid gamma linolenik telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan semasa haid, sakit kepala, menormalkan semula kitaran haid dan melegakan simptom-simptom menopaus.

Bagi mereka yang mengalami masalah yang sama dengan saya, boleh mencuba Gla Compleks dan rasai sendiri kesannya. Tetapi pastikan anda merujuk kes anda kepada doktor untuk mengetahui pemasalahan sebenar sebelum mengambil apa-apa produk kesihatan. Jika anda hanya mengalami masalah hormon seperti saya, saya amat galakkan anda mencuba Gla Compleks ini.

Nak beli hari ini juga, boleh klik icon dibawah atau boleh juga dapatkan dengan menghubungi saya 0173613604 (Norasiah).

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=6024f6421eb2bf25995d9dbe18504e25

[ klik DISINI step by step order secara online ]

----------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee Kuala Lumpur di sekitar Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Cheras serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan. 

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 
Read More

Friday, January 17, 2014

// // Leave a Comment

Penyakit Endometriosis Hilang

Assalamualaikum..

Endometriosis adalah antara punca wanita susah untuk hamil. Endometriosis merupakan antara penyakit yang amat luar biasa dimana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh diluar rahim.

Antara masalah yang sering timbul daripada penyakit ini ialah senggugut. Wanita itu seringkali mengalami senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut yang dialami itu mungkin berpanjangan. Malah, wanita tersebut juga mungkin telah mengalaminya sejak remaja lagi. Ramai wanita yang dilaporkan mempunyai masalah sukar untuk hamil ialah kerana senggugut yang dialami itu begitu teruk.

Endometriosis juga menyebabkan masalah ketidaksuburan. Ramai wanita yang tidak menyedari masalah ini wujud dalam tubuh mereka. Ini kerana, mereka hanya mendapati diri mereka sukar untuk hamil sedangkan masalah ketidaksuburan berpunca daripada penyakit endometriosis. Ianya juga mungkin berlaku selepas wanita itu melahirkan anak pertama dan mereka sukar hamil untuk kali yang seterusnya.

Keguguran yang dialami oleh beberapa wanita juga ada kemungkinan disebabkan penyakit endometriosis. Ia selalunya dapat dikenalpasti apabila kehamilan gugur pada peringkat awal. Ianya terjadi kerana penyakit endometriosis menyebabkan gangguan pada hormon wanita. Tambahan pula, ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau mengganggu pertumbuhan janin. Wanita yang mengalami masalah ini berkemungkinan boleh gugur berulang-kali.

Selain itu, kemandulan juga boleh berlaku kerana oleh penyakit endometriosis. Pelbagai fakta boleh diberikan antaranya ialah kilang ovum (benih wanita) menjadi rosak dan menghalangnya dari mengeluarkan benih. Kerosakan pada falopian tiub juga boleh berlaku dan menyebabkan sperma (benih lelaki) tidak bertemu dengan ovum. Dengan itu, proses persenyawaan tidak akan berlaku. Gangguan-gangguan hormon juga mungkin berlaku dan mengganggu kawalan kesuburan wanita.

Apa yang perlu diketahui lagi ialah, penyakit ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Ini kerana, jika wanita itu menghadapinya untuk jangka masa yang panjang, akan berlaku satu ketumbuhan yang dikenali sebagai ovarian cysts ataupun chocolate cysts apabila ‘darah kotor’ berkumpul. Oleh itu amat penting bagi wanita mendapatkan rawatan awal untuk mengatasi masalah ini.

Alhamdulillah, beberapa orang pengguna produk Shaklee yang mempunyai masalah endometriosis menunjukkan perkembangan yang positif dan berita gembira dimana endometriosis mereka beransur hilang. Alhamdulillah. Jom kita baca testimoni daripada mereka.

klik gambar untuk lihat lebih jelas
"Alhamdulillah setelah hampir 10bulan mengamalkan set subur, ESP, garlic & ostematrix secara KONSISTAN ini lah perubahan yg terjadi.. Sy mempunyai masalah senggugut yg teruk sejak remaja, selepas kawen period semakin teruk & sy membuat keputusan utk buat ujian darah. Dari ujian darah doc mengesahkan sy mempunyai masalah Endometriosis & Fibroid. Semasa pemeriksaan doc terkejut kerana sy mempunyai Endometriosis sebelah kanan & kiri rahim dan kesemuanya ada 6 ketul. Dan Alhamdulillah setelah mengamalkan Shaklee Endometriosis sy kini tinggal 2 ketul sebelah kiri sahaja.." - Nurul Azliza


Alhamdulillah... tiada penyakit yang tak boleh diubati kecuali mati. Kita berusaha, Dia yang menentukan segalanya.

Jika anda memerlukan suplemen untuk masalah endometriosis, cyst dan  fibroid, jangan segan-segan untuk hubungi saya untuk mendapatkan penerangan yang lebih detail bagi produk-produk yang sesuai untuk masalah ini.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 
Read More

Thursday, November 21, 2013

// // 6 comments

Atasi Penyakit Kulit, Kurap dan Gatal

Assalamualaikum...

Ramai juga dikalangan kita yang mengalami masalah kulit atau penyakit kulit. Sebenarnya ada macam-macam penyakit kulit, antaranya eczema, kurap, panau dan kulit gatal yang meninggalkan parut yang teruk apabila kerap digaru. Ada sesetengah penyakit kulit ini disebabkan oleh alahan kepada sesuatu makanan dan ada juga kerana kurang penjagaan kebersihan serta jangkitan kulat.

Tanda-tanda awal jangkitan kulat ialah permukaan kulit cepat menjadi merah, bersisik , dan gatal. Kulit bertukar menjadi kepingan flora dan kulat akan bercambah dengan lebih banyak apabila badan berpeluh. Keadaan yang sedemikian akan memudaratkan kesihatan seseorang. Seseorang yang dijangkiti kulat akan berasa tidak selesa dan sentiasa menggaru-garu untuk menghilangkan rasa gatal. Walau apapun yang penting, cegah ia sebelum berlarutan.

Di sini saya kongsikan testimoni mereka yang telah menggunakan produk shaklee bagi masalah penyakit kulit. Alhamdulillah, produk shaklee banyak membantu.


"x silap...awl2 bulan 10 aritu beli,..guna sbb kulit gatal2...dan melcet sbb asik tgaru2..eh kt kaki de kurap..mak ckp,, darah ko kotor tu..,aduh..tergaru2..dah mcm haper ntah...kikikiki..asik la up status tnye ubat cuci drah cmne...
Dan sye pun cuba la 2 produk ni dh niat drah x kotor ..kurap hilang n x gatal2 lg da,..tu je niat nye...

Tp nk tahu pe kesan dr amalan sye ni???
-jerawat susah nak kuar...
-badan makin bertenaga
-eh da sebulan x jump kuarga..smlm jump dieorg ckp da nmpk kurus cikit????kiki bangga jap
-bile peyed..darah x berketul mcm dulu...cair n lancar je..xde lg senggugut yg terlampau tu(sye ada endrometriosis)
-kurap makin kering(boleh tengok kurap kat kaki saya tu)
-kegatalan yg terlampau lgsung xde da
-dan pmbuangan najis pun lancar je..(sya ada buasir da hampir 3 taun kesan opration yg mula2 dulu)
-Dan kesan yg paling best....berbaloi2 sye beli dgn harga tu sbb smpai skrang masih ada lg walaupun sye makan tetap ikut sukatan...acaner tuh????

Ni saya sndri yg cuba..sbb x tahan tagru2 mlecet n pedih..sya x beli byk2...cuma gla complex & alfalfa je....see!!! niat yg 1..tp kesan yg mnyeluruh...."


Untuk mereka yang sedang mencari cara mengubati masalah kulit baik gatal2 dan alahan secara semulajadi tanpa pengambilan ubat krim sapu yang mengandungi steroid, saya sangat syorkan produk shaklee. Antara produk yang boleh diambil untuk masalah penyakit kulit adalah:-

  • ESP - yang kaya dengan protein untuk membantu menghasilkan sel2 baru dan meransang pembentukan semula kulit.
  • Vita E - mencantikkan kulit dan membantu menghilangkan parut yang hodoh.
  • Herbal blend - disapu pada bahagian yang bermasalah, melegakan gatal dan memberikan rasa nyaman dan sejuk pada kulit.
  • Alfalfa - detox dengan membuang toksin2 dalam badan dan memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan, dan ulat air dengan berkesan
  • GLA Complex - mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering dan kurap.
  • Garlic Complex - antibiotik semulajadi dan mengandungi bahan semulajadi melawan fungus/kulat

Boleh juga add on Vitamin C untuk meningkat sistem imun badan dan mencantikkan kulit. Untuk mengetahui produk mana yang sesuai bagi masalah kulit anda dan mengikut budget anda, boleh hubungi saya. 

Nak beli sekarang juga??? Klik icon dibawah untuk membeli menerusi eSell Shaklee

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=80db35df5f454bc93b249a762b3311d9

----------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood


Saya adalah pengedar shaklee Kuala Lumpur di sekitar Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Cheras serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Tuesday, September 10, 2013

// // Leave a Comment

Awas!! Keputihan

 Assalamualaikum...

Adakah keputihan atau lelehan faraj anda normal atau tidak? Awas!! Jika anda mengalami:-

✔ lelehan faraj menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej;
✔ terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda;
✔ anda berasa sakit apabila bersama suami;
✔ anda berasa sakit apabila membuang air kecil.

Cubalah ALFALFA DAN GLA COMPLEX untuk mengatasi Masalah Keputihan Dan Keintiman anda.



KELEBIHAN ALFALFA

1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitam dalam buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
13. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
15. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
19. Membuang angin dalam badan
AMARAN: Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE.

KELEBIHAN GLA

• Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
• Membantu meningkatkan kesuburan (bagus utk mereka yg ingin cuba hamil)
• Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
• Membantu dalam menangani menopos
• Kanser (cyst dan fyboid)
• Menguatkan kuku dan rambut
• Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
• Membantu menangani eczema/alahan/ulser
• Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
• Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
• Menguatkan imuniti tubuh
• Memperlahankan proses penuaan
• Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
• Mengawal kencing manis dan darah tinggi
• Mengawal kolesterol
• Payudara fibrocystic

Hubungi saya untuk dapatkan Alfafa dan GLA ini dengan harga yang tentunya TERBAIK..


Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Saturday, August 17, 2013

// // Leave a Comment

Kenali Tanda Kesuburan Wanita

Assalamualaikum...

Ramai yang nak tahu sama ada mereka subur atau tidak. Bagi yang belum berkahwin tentu perkara ini bukan la satu perkara penting tetapi bagi mereka yang telah berkahwin malah sedang merancang untuk menimang cahaya mata, tentunya hal ini menjadi satu perkara yang mesti mereka ketahui lebih-lebih lagi jika telah lama berkahwin dan belum dikurniakan zuriat. Sebenarnya sebagai wanita, penting untuk kita mengetahui tahap kesuburan kita. Jom kenali tanda-tanda kesuburan bagi seorang wanita.



PERNIKAHAN tanpa kehadiran anak sering menjadi penyebab kepada pertengkaran di antara pasangan suami isteri. Namun kadang-kadang seorang suami harus menerima kenyataan bahawa sang isteri kurang subur.

Kesuburan kepada seorang wanita biasanya dimulai dari usia 12 tahun hingga 48 tahun. Sekiranya anda belum mengetahui tanda-tanda wanita subur, berikut adalah tips-tips sederhana yang boleh membantu anda.

1. Kitaran haid

Wanita yang mempunyai kitaran haid teratur setiap bulan biasanya subur. Satu putaran haid dimulai dari hari pertama keluar haid sehingga sehari sebelum haid datang kembali, yang biasanya berlangsung selama 28 hingga 30 hari. Oleh kerana itu kitaran haid dapat dijadikan indikasi pertama untuk menandakan seorang wanita itu subur atau tidak.

2. Alat pencatat kesuburan

Kemajuan teknologi seperti ovulation thermometer juga dapat dijadikan sebagai alat untuk mendeteksi kesuburan seorang wanita. Thermometer ini akan mencatat perubahan suhu badan saat wanita mengeluarkan benih atau sel telur. Bila benih keluar, biasanya thermometer akan mencatat kenaikan suhu sebanyak 0.2 darjah celsius selama 10 hari. Namun jika wanita tersebut tidak mengalami perubahan suhu badan pada masa subur, bererti wanita tersebut tidak subur.

3. Ujian darah

Wanita yang kitaran haidnya tidak teratur, seperti datangnya haid tiga bulan sekali atau enam bulan sekali biasanya tidak subur. Jika dalam kondisi seperti ini, beberapa ujian darah perlu dilakukan untuk mengetahui penyebab dari tidak lancarnya kitaran haid. Ujian darah dilakukan untuk mengetahui kandungan hormon yang berperanan pada kesuburan seorang wanita.

4. Pemeriksaan fizik

Untuk mengetahui seorang wanita subur juga dapat diketahui dari organ tubuh seorang wanita. Beberapa organ tubuh, seperti buah dada, kelenjar tiroid pada leher, dan organ reproduksi. Kelenjar tiroid yang mengeluarkan hormon tiroksin berlebihan akan mengganggu proses pelepasan sel telur. Sedangkan pemeriksaan buah dada ditujukan untuk mengetahui hormon prolaktin di mana kandungan hormon prolaktin yang tinggi akan mengganggu proses pengeluaran sel telur. Selain itu, pemeriksaan sistem reproduksi juga perlu dilakukan untuk mengetahui sistem reproduksinya normal atau tidak.

5. Track record

Wanita yang pernah mengalami keguguran, baik disengaja ataupun tidak, peluang terjangkitnya kuman pada saluran reproduksi akan tinggi. Kuman ini akan menyebabkan kerosakan dan penyumbatan saluran reproduksi. Oleh kerana itu, track record wanita yang pernah mengalami keguguran juga harus diperhatikan.

Diharap dengan perkongsian tips sederhana ini dapat membantu kawan-kawan mengetahui tahap kesuburan masing-masing. Walau bagaimanapun, rezeki zuriat adalah ketentuan Allah...berusahalah dan berdoalah.. 

p/s: jika anda nak cuba gla shaklee pon boleh juga, sangat bagus untuk masalah berkaitan period serta membantu meningkatkan kesuburan. 


Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Read More

Friday, July 26, 2013

// // Leave a Comment

Gla Complex Membantu Menjaga Kesihatan Wanita

Assalamualaikum...

Gla Complex memang salah satu produk kesukaan wanita. Gla complex digunakan bukan hanya untuk masalah haid atau period yang tidak teratur sahaja malah banyak lagi kebaikan yang diberikan kepada golong.an wanita. Gla Complex juga sangat bagus untuk kesuburan dan kecantikan wanita dari semua peringkat umur. Jom lihat bagaimana gla complex membantu menjaga kesihatan wanita:-

 

Wanita muda 20-an

  • Setiap hari adalah hari menggembirakan
  • Mengembalikan kitar haid yang normal
  • Melegakan sakit ketika datang haid
  • Mengekalkan kulit yang sihat & mengurangkan jerawat

 

Wanita 30 - 40-an

  • Penyelesaian kecantikan yang menyeluruh
  • Mengurangkan ekzema
  • Memperbaiki kulit tumit kaki yang merekah
  • Melegakan kulit kepala yang gatal
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak
  • Menguatkan kuku yang rapuh & mengelupas

 

Wanita 50-an ke atas

  • Menerima perubahan usia dengan baik
  • Mengurangkan simptom putus haid seperti panas badan, perubahan mood, kekeringan faraj & masalah tidur
  • Melegakan sakit sendi
  • Memperbaiki kulit yang kering
  • Mengurangkan garisan halus & kedutan untuk kulit tampak lebih muda

Jom lihat testimoni gla yang telah membantu ramai wanita di luar sana termasuklah saya sendiri.

"After 3 bulan consume gla complex, ana yang ingin menambah cahaya mata, berjaya hamil."


"Selepas consume gla dan esp, wajah noraziera yang dulunya berjerawat dan tak bermaya kembali berseri dan kesihatan pon bertambah baik"

"Selepas menapous, kulit mula terkene ekzema dan kering dan gatal-gatal kerana hormon tidak stabil.  Lepas consume gla, ekzema mula hilang, kulit moist dan lembab. Menapous juga buatkan bahagian sulit wanita kering tetapi dengan pengambilan gla dapat membantu wanita bersama suami tanpa rasa sakit lagi"


Anda ada masalah yang sama dan ingin sekali mencuba gla complex..jangan segan-segan untuk hubungi saya.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Friday, July 5, 2013

// // Leave a Comment

Kelebihan GLA Complex Shaklee Berbanding EPO

Assalamualaikum...

Sewaktu belum mengenali Shaklee dulu, saya memang mengamalkan EPO atau evening primrose oil. Selepas hampir setahun berkahwin dan belum dapat zuriat, seorang akak ofis lama cadangkan saya mengambil EPO. Alhamdulillah..memang rezeki saya dan dengan izin Allah saya hamil after consume 2 botol EPO. Sewaktu anak kedua juga saya mengamalkan EPO sehinggalah saya bertemu GLA Complex Shaklee dan saya hamil anak ketiga. Alhamdulillah..Allah lihat usaha saya untuk hamil dan hamil lagi...

GLA (gamma linolenic acid) adalah sejenis asid lemak yang mempunyai kuasa penyembuhan dalam tumbuhan dan digunakan dalam mengatasi masalah kewanitaan seperti sindrom pra-haid (PMS), ketidakstabilan hormon, ketidaksuburan dan sebagainya.

Sebenarnya kedua-duanya, EPO dan GLA Complex mempunyai kandungan GLA. Tapi sudah tentu ada perbezaan antara keduanya.

GLA Complex vs EPO


EPO dihasilkan dari bunga evening primrose yang tinggi dengan kandungan GLA, manakala GLA Complex pula dihasilkan dari bunga borage yang mempunyai kandungan GLA yang lebih tinggi iaitu sebanyak 25% berbanding hanya 10% di dalam EPO.

Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.

Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Bukan itu saja, GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri (salur darah) dan membantu menguatkan sel dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6.

Kebaikan GLA Complex

  1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  2. Membantu meningkatkan kesuburan
  3. Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain
  4. Membantu dalam menangani menopus
  5. Menguatkan kuku dan rambut
  6. Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  7. Membantu menangai ekzema
  8. Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  9. Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  10. Menguatkan imuniti tubuh
  11. Memperlahankan proses penuaan
  12. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  13. Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  14. Mengawal kolestrol
  15. Untuk fungsi saraf
  16. Membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang inginmengurangkan berat badan



Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Tuesday, December 11, 2012

// // 1 comment

Senggugut Antara Punca Ketidaksuburan

Assalamualaikum..

Senggugut? Senggugut ialah rasa sakit sewaktu datang haid ini yang disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium. Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Senggugut biasanya akan hilang selepas berumahtangga dan mendapatkan anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau bagaimanapun sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka juga mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’.

Ramai yang mengambil ubat seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex untuk melegakan senggugut. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan ini hanya memberikan kelegaan sementara sahaja dan senggugut akan berulang lagi pada kitaran haid seterusnya.

Jom atasi masalah senggugut dengan pengambilan suplemen. Suplemen ini bukan sahaja mengurangkan masalah senggugut tetapi turut membantu dalam mengatur kitaran haid dan memberikan rasa sihat kepada anda.

 

GLA Complex

Digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. Ia juga menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid

 

OsteMatrix

Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan. Membekalkan unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi, mengandungi magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya dan vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

 

B-Complex

Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Kekurangan vitamin B meningkatkan paras estrogen dan kesan PMS.


Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Friday, November 23, 2012

// // Leave a Comment

GLA Complex Membantu Masalah Ketidakseimbangan Hormon Wanita

Assalamualaikum..

Keseimbangan hormon adalah penting bagi membolehkan seseorang wanita itu hamil. Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah telur yang tidak matang serta mengganggu proses penghasilan telur. Hal ini seterusnya menyukarkan wanita tersebut hamil.

Simptom ketidakseimbangan hormon boleh muncul walaupun pada usia muda seawal 20an. Namum begitu, simptomnya berbeza bagi setiap individu dan boleh bertambah serius dengan peningkatan umur jika diabaikan pada peringkat awal.
  • Panas badan
  • Murung dan letih
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Kekeringan faraj
  • Rambut gugur dan pertumbuhan rambut di muka
  • Sakit kepala dan pening
  • Kurang keinginan seks
  • Endometriosis
  • Osteoporosis
  • Masalah haid
  • Jangkitan saluran kencing dan kencing tidak terkawal
  • Tumor payudara
  • Berat badan bertambah, edema dan kembung perut

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Asid Gamma Linolenik digunakan secara tradisional untuk memberi kelegaan semasa datang bulan, sakit kepala, mengimbangi kitaran haid dan mengurangkan simptom akibat menopause.

Gamma Linolenic Acid (GLA) juga membantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Jom kita baca testimoni pengguna yang telah menggunakan gla..

vitamin untuk kesuburan
vitamin untuk kesuburan

vitamin untuk kesuburan

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Thursday, November 22, 2012

// // 2 comments

BAGAIMANA GLA COMPLEX SHAKLEE MEMBANTU UNTUK CEPAT HAMIL?

Assalamualaikum...

Ramai antara customer saya yang mengambil GLA Complex untuk mengatasi masalah haid termasuklah saya sendiri. Sebenarnya GLA Complex Shaklee mempunyai banyak kebaikan lain yang pastinya dapat meningkatkan tahap kesihatan kita ke arah yang lebih baik.


Tetapi pada hari ini saya nak share dengan anda satu daripada kebaikan gla ini yang pastinya info ini sangat penting buat wanita-wanita di luar sana lebih-lebih lagi yang sedang merancang untuk mendapat cahaya mata. Credit harus saya berikan kepada vitaminsemulajadi.com & yoursupermom.blogspot.com kerana menyediakan info ini untuk saya kongsikan dengan anda semua.

Salah satu daripada kebaikan gla complex shaklee ialah 'membantu meningkat kesuburan' yang mana pasti akan terlintas perkataan 'kehamilan' di minda masing-masing kan? Maka, ramailah yang bertanya, bolehkah GLA Complex ini membantu kehamilan?

InsyaAllah, mengambil vitamin Shaklee juga satu USAHA. Selebihnya berdoalah kepada Yang Satu. :)

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

1) Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)?

Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

2) Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil?

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’.

Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5. (^_-)

Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.

Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur yer.

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Friday, October 12, 2012

// // Leave a Comment

Masalah Haid | Atasi Dengan GLA Complex

Assalamualaikum...

Terdapat beberapa masalah haid yang mengganggu kehidupan seseorang wanita. Antaranya adalah tiada haid (amenorrhoea), haid kurang (oligomenorrhoea), haid banyak (menorrhagia), sengugut (dysmenorrhoea) dan sindrom prahaid (premenstrual syndrome). Masalah-masalah haid ini perlu diatasi kerana ia akan  menyukarkan seorang wanita itu untuk mengandung dan adakala merupakan tanda-tanda bagi penyakit serius lain serta mengganggu kehidupan sosial.

Antara punca utama masalah haid ialah ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesterone yang selalu terjadi pada gadis baru baligh atau wanita pramenopaus. Di samping itu, masalah penggunaan ubat-ubatan dan suntikan hormon perancang keluarga dan jangkitan kuman dalam rahim selepas bersalin atau keguguran turut menjadi punca wujudnya masalah haid.

Walaubagaimanapun, sekiranya masalah haid anda berlarutan, anda hendaklah mendapatkan khidmat pakar sakit puan untuk rawatan lanjut lebih-lebih lagi jika anda mengalami haid yang banyak dan berpanjangan. Sekiranya anda tiada sebarang masalah kesihatan lain dan hanya mengalami ketidakseimbangan hormon, saya syorkan anda mengambil GLA Complex untuk mengatur kitaran haid anda dan mengurangkan PMS.





Di sini saya kongsikan satu testimoni bagi masalah tempoh period yang pendek.. jom baca..


Bukan sahaja period beliau semakin teratur malah dapat bonus kulit berseri tanpa jerawat dan jeragat serta kulit badan pon semakin cerah...Alhamdulillah..semuanya di atas izin Dia..

so kawan2.... apa tunggu lagi...jika anda ada masalah yang sama...dapatkan gla satu untuk anda.. tak salah mencuba...itu menunjukkan kita berusaha untuk hidup lebih sihat dan iringilah setiap usaha itu dengan doa kepada yang Esa sebab Dia beri kita segala-galanya...

Berminat?
Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk dan juga harga.

Contact Info:
Norasiah Mahmood
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
norasiahmahmood@gmail.com
https://www.facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...