Showing posts with label garlic. Show all posts
Showing posts with label garlic. Show all posts

Tuesday, December 19, 2017

// // Leave a Comment

Cara Mengatasi Masalah Keputihan Teruk dan Berbau

Assalamualaikum..

Keputihan.. ramai wanita yang mengalaminya cuma yang membezakannya adalah sama ada ia keputihan yang normal atau yang memberikan masalah seperti gatal dan berbau. Sangat tidak selesa apabila kita mengalami keputihan yang teruk dan berbau. 

Bagaimana cara mengatasi masalah keputihan yang teruk dan berbau..banyak tips yang boleh diguna pakai seperti pastikan tempat sulit sentiasa dicuci bersih dan dilap kering, mengambil ubat antikulat - yang biasanya dibekalkan oleh doktor. 

Tapi kali ini saya nak share pengalaman Pn. Siti Noriza yang mengamalkan suplemen untuk mengatasi masalah keputihan teruk dan berbau yang dialami beliau.

Testimoni Keputihan Teruk dan Berbau

Keputihan. Sejak zaman anak dara lagi dah ada masalah keputihan ni. Tapi tak tahulah ia makin lama makin teruk bila dibiarkan. Lagi lagi masa sekolah menengah dulu, aktif dengan badan beruniform. Hari hari ada latihan kawad kaki, belum dikira ber”camping” lagi. Bab kebersihan memanglah tak jaga sangat. Masa tu pula, takdelah didedahkan pasal masalah yang boleh dihidapi di tempat sulit macam sekarang ni. Dulu bab bab tu semua disembunyikan. Ia jadi isu yang memalukan..

Keputihan adalah perkara normal bagi setiap wanita. Keputihan dianggap normal jika cecair yang keluar adalah jernih, tak berwarna, tak berbau dan tak berasa gatal-gatal. Keputihan menjadi bermasalah atau boleh juga dianggap berpenyakit jika cecair berwarna pekat, warna putih kekuningan , berbau , bergumpal dan berasa gatal.

Keputihan ni mulalah sedikit, tapi lama lama ia menjadi teruk bila semakin gatal saat berpeluh. Sehinggakan terpaksa memakai pad pantyliner setiap hari untuk elakkan gatal semakin menjadi jadi. Tapi, tak tahu nak bertanyakan pada siapa untuk elak macamana keputihan tu. Sampaikan, kerap sangat basuh di bahagian tersebut setiap kali gatal, atau membuang air besar. Ke hulu hilir bawa “femine wash” untuk pastikan bahagian tersebut di basuh bersih. 

Keputihan Sewaktu Mengandung

Masa mengandung, masalah keputihan semakin menjadi jadi dan bila diajukan pada doktor dan nurse semasa “check up” bulanan, diaorang kata memang itu masalah biasa untuk ibu hamil. Lagi jadi masalah bila perut semakin membesar dan ia menjadi jadi semakin gatal. Ada orang suruh basuh bahagian tersebut dengan air sirih yang direbus dan letakkan daun sirih di bahagian tersebut. Kak Ct buat juga. Tapi sekejap je hilang gatalnya. Esok lusa, ia datang balik.

Pernah berjumpa doktor dan doktor pun sahkan masalah keputihan Kak Ct sangat teruk. Jadi doktor masukkan sejenis ubat untuk mengelakkan bakteria merebak ke dalam organ organ dalaman. Ambil juga ubat yang diberikan oleh doktor, tapi hanya seminggu atau selagi makan ubat yang diberikan. Bila tak makan ubat, ia datang balik. Doktor sendiri tak bagi kak ct makan ubat yang dose lebih tinggi sebab masa tu tengah mengandung. 

keputihan teruk dan berbau


Amalkan Suplemen Penyusuan

Akhirnya, selepas bersalinkan Zafran, dan mencari maklumat berkenaan suplemen penyusuan, terjumpa artikel berkenaan merawat masalah keputihan juga. Macam best, nak cuba juga. Jadi belilah set penyusuan ( ALFALFA, ESP, SR VITAMIN C, B COMPLEX, VITALEA, OSTEMATRIK) dan add on garlic untuk elakkan bakteria semakin merebak dan bantu matikan kulat dibahagian tersebut. 

Tak sangka, selepas 2 3 bulan konsisten ambil alfalfa dan garlic, masalah keputihan dapat diatasi. Bermula dengan kurang rasa gatal walaupun berpeluh, sehingga dah kurang bau, suami juga akhirnya menegur akan kurangnya masalah keputihan tersebut. Kalau tak, sebelum ni, dia juga komplen akan masalah yang kak ct hadapi. Lama lama, kak ct juga yang malu sendiri dengan keadaan begitu. Ianya, waktu “bersama” adalah waktu yang seronok, tapi ia jadi sebaliknya dengan bau yang tidak sedap dan akhirnya, keinginan itu terus mati disitu. Sedih sangat.

Keputihan Teruk Diatasi dengan Garlic dan Alfafa

Tapi kini, Alhamdulillah, walaupun ia tak 100% hilang, ia tidak lagi berbau teruk dan keputihan pun pada tahap yang baik dan hanya datang sebelum 2 3 hari nak haid saja. Pantyliner pun dah lama tak guna. Nak bergerak aktif pun dah tak risau akan berpeluh banyak dan mula gatal gatal. Seronok sangatlah. Garlic dan alfalfa, 2 suplemen wajib yang kak ct ambil hari hari. KITA ENJOYS!!!

Bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Manakala alfalfa pula adalah sejenis herba dan sangat diakui dalam keberkesanan untuk kesihatan dalaman wanita. Alfalfa bertindak sebagai kacip fatimah buat isteri. Kacip Fatimah?? Tau tau jelah apa manfaat nya kan? Yang itu pun kak ct dapat manfaatnya. Buat suami tersenyummm saja. opss

Buat wanita-wanita diluar sana yang mengalami masalah yang sama, boleh mencuba Garlic dan Alfafa sebagai alternatif untuk mengatasi masalah keputihan yang teruk dan berbau. Jika berminat boleh hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood


Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Read More

Tuesday, November 11, 2014

// // Leave a Comment

Petua Melegakan Sakit Tekak

Assalamualaikum...

huhu.. bangun tido pagi tadi rasa perit jer tekak.. sebenarnya tido malam tadi pon agak terganggu kerana tekak terasa kering dan batuk-batuk. 

bila sakit tekak menyerang ni, badan pon mula rasa tak sihat dan panas.. kepala mula ting tong.. hasilnya terpaksa rehatkan diri tapi tak boleh lama-lama rehatkan diri sebab banyak keje yang perlu dibuat..huhu

kalau dulu bila sakit tekak, petandanya saya nak demam selsema dan kemudian diikuti dengan batuk. Untuk elakkan sakit tekak ni berlarutan saya mengambil sebiji Vita C dan sebiji Garlic selepas breakfast pastu rehat sekejap. Alhamdulillah kurang sedikit perit ditekak dan sakit kepala tapi pastikan juga kerap minum air.

Sebenarnya sebelum ni pon saya selalu mengamalkan Vita C dan Garlic jika saya batuk atau terdapat simpton2 selsema. Selain tu saya juga mengambil Nutriferon, tapi disebabkan nutriferon masih tiada stok, maka terpaksalah telan vitamin yang mana ada sahaja. Alhamdulillah vitamin-vitamin ni banyak membantu.. dengan izinNya juga..:-)

Dah agak lama sebenarnya saya tidak mengambil ubat batuk dan ubat selsema dari hospital dan sememangnya saya cuba elakkan mengambil sebarang ubat. Alhamdulillah masih lagi boleh bertahan dengan hanya mengamalkan vitamin-vitamin sahaja dan cara tradisional.

Sebenarnya banyak petua yang boleh kita lakukan untuk melegakan sakit tekak dan batuk.. google je dan pilih petua mana yang kita nak buat... dan dalam banyak petua, saya paling suka petua yang ni..

Petua Melegakan Sakit Tekak
 
# MADU + JUS LIMAU

petua ni la yang saya rajin buat untuk saya dan juga anak-anak... kalau xde limau, saya hanya akan makan  satu sudu madu.. limau tu nak guna limau nipis pon boleh atau limau kasturi pon boleh.. saya biasanya guna limau kasturi sbb lebih wangi dan sedapp.. cara nak buat camana??

senang je, perah limau kasturi dalam segelas air suam dan campur satu sudu madu. boleh dibuat minum 3 kali sehari tapi saya biasanya hanya minum pagi dan malam sebelum tido sahaja...:-)


Okaylah, itu petua yang saya suka dan yang saya amalkan. Dirumah saya memang sentiasa ada madu, jadi agak mudah untuk saya menyediakan minuman madu berjus limau ni.. tapi kalau anda xde madu, boleh lah cuba petua2 lain, antaranya..

# Air asam jawa
nak buat sendiri pon boleh atau nak beli kat kedai sebab sekarang dah banyak jual air asam jawa ni. kalau kat umah ada pes asam jawa, buat sendiri je..jimat kos.. hehe

# Air garam
yang ni tak pernah buat tapi mungkin boleh cuba sebelum tido nanti.. garam ni bertindak sebagai antiseptik dan membersihkan kahak. Campur ¼ sudu the garam dengan 237 ml air suam untuk orang dewasa kemudian kumur-kumur dan buang. Berkumur beberapa kali setiap hari dapat mengurangkan sakit tekak.


haaa..dah dapat petua ni, jangan lupa cuba ye kawan-kawan dan kalau ada petua lain lagi, boleh la kongsikan di komen.. yang penting bila sakit tekak ni, minum lah air suam banyak-banyak... insyaAllah boleh melegakan sakit tekak..


update 12/11/2014: Alhamdulillah hari ni dah recover sakit tekak saya...Vita C, Garlic dan Madu memang benda wajib ada dirumah saya dan benda2 ni lah yang saya makan bila saya sakit tekak, selsema dan batuk. Vita C membantu meningkatkan sistem imun badan kita dan Garlic pula terkenal sebagai antibiotik semulajadi. Jadi kombinasi kedua-duanya sememangnya Terbaikk..




nak dapatkan Vita C dan Garlic Complex, boleh hubungi saya..


-------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee Kuala Lumpur di sekitar Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Cheras serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan. 

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 
Read More

Wednesday, March 5, 2014

// // Leave a Comment

8 KEBAIKAN MEMAKAN BAWANG PUTIH

Assalamualaikum..

Bawang putih memang banyak digunakan dalam masakan. Rasanya tak sah kalau memasak tak letak bawang putih. Mungkin ramai yang belum tahu akan khasiat bawang putih ini. Selain memberikan aroma dan menyedapkan masakan, bawang putih sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri dan ramai yang tidak tahu bahawa bawang putih boleh mengurangkan risiko strok , kanser dan mengurangkan kolesterol.

 Berikut adalah kebaikan memakan bawang putih :

1. Mengurangkan risiko strok

Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser

Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus

Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi

Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi

Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

sumber: http://drezairy.com/


GARLIC SHAKLEE

Di Shaklee, khasiat bawang putih boleh didapati dalam bentuk tablet. Malah khasiatnya tidak kurang daripada bawang putih yang kita gunakan dalam memasak.


Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee 

  • Pengekalan 100% Allicin aktif
  • Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
  • Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
  • Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.

Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.




Khasiat dan kebaikan GARLIC SHAKLEE

  • Mengandungi spearmint yang membantu mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
  • Merupakan antibiotic semulajadi dan selamat dimakan untuk jangka panjang bagi mempertingkatkan sistem imun tubuh dan menghalang penyakit berjangkit seperti selsema
  • Membantu untuk menghalang alergi seperti sinus, asthma
  • Mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik
  • Menurut kajian, pengambilan 2 - 4 tablet garlic membantu menurunkan darah tinggi 
  • Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam (raksa, plumbum, kadmium) dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia
  • Membantu menurunkan paras kolesterol 
  • Melindungi Jantung 
  • Menghalang Strok 
  • Membantu mengurangkan pencetusan kejadian kanser - nitrosamine 
  • Membantu menstabilkan glukos dalam tubuh

Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dll dan anda berasa khuathir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepatlah ambillah supplement garlic yang antara kebaikkannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.

Berminat nak dapatkan Garlic Shaklee, boleh hubungi saya.

Read More

Sunday, October 27, 2013

// // Leave a Comment

Vitamin Bantu Masalah Resdung

Assalamualaikum...

Dalam entry sebelum ini, saya ada menyatakan bagaimana vitamin shaklee membantu masalah berkaitan dengan resdung. Antara vitamin asas untuk masalah resdung ini adalah vitamin c, alfafa dan b complex. Alhamdulillah, ramai yang mendapat kesan positif dengan pengambilan vitamin ini untuk masalah resdung mereka.

Ada yang semakin beransur baik resdungnya, malah bukan sahaja resdung berkurang, kesihatan juga bertambah baik. Alhamdulillah..

Jom baca apa kata mereka yang telah mencuba set resdung shaklee..

 Alhamdulillah, customer ini dah jarang bersin dan selsema kerana resdung, kulit muka makin licin dan bekas-bekas jerawat semakin pudar dan hilang selepas mengambil vitamin c, e, b comp dan alfafa.


Selain daripada set asas resdung, customer boleh juga mengambil nutriferon untuk membantu masalah resdung. Nutriferon dapat membantu meningkatkan sistem imun badan.



Alhamdulillah, ramainya yang mendapat manfaat daripada pengambilan vitamin untuk resdung. Jika resdung anda berada pada tahap yang sangat teruk, ambil lah bersama suplemen Garlic. Garlic merupakan antibiotik yang selamat dan semulajadi untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh dan menghalang penyakit seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma dan selsema.

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.. ..

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...