Showing posts with label coqhealth plus. Show all posts
Showing posts with label coqhealth plus. Show all posts

Tuesday, November 25, 2014

// // Leave a Comment

CoQHealth Buat Kulit Suami Khadijah Glowing dan Nampak Lebih Muda

Assalamualaikum...

CoQHealth buat kulit suami khadijah glowing dan nampak lebih muda serta berseri-seri. Itulah yang saya nampak apabila khadijah kongsikan gambar suaminya di whatsapp group baru-baru ni. Katanya itulah hasil selepas suaminya konsisten dengan CoQHealth dan dia sendiri rasa cemburu dengan kulit suaminya..

Nampaknya selepas ini kenalah khadijah berusaha menyaingi kehebatan kulit suaminya. Maaf saya tak dapat kongsikan gambar empunya diri kerana suaminya tak mahu gambarnya dijadikan testimoni.

Haa penangan daripada gambar yang dikongsikan khadijah, ramai rakan saya dah mula teruja dan ada yang dah start konsisten makan CoQHealth balik.. kalau tak..sebelum ni asyik skip je makan CoQHealth.. hehe

Okaylah, jom kita lihat bagaimana CoQHealth buat kulit suami khadijah glowing dan nampak lebih muda. CoQHealth Plus Shaklee ini sebenarnya mengandungi  28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau. Ramai yang sudah tahu kebaikan vitamin E untuk kulit sebagai anti penuaan namun ramai yang belum tahu kelebihan CoQ10 untuk kecantikan kulit.

Tahukah kawan-kawan semua, kebanyakan krim muka mengandungi CoQ10. Sebabnya CoQ10 memberikan manfaat kepada Kecantikan Kulit. 

CoQ10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel. Ia bertanggungjawab dalam menghasilkan tenaga di setiap sel. Ianya juga paling banyak pada organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Apa yang lebih menaik, CoQ10 membantu membaiki peredaran darah dengan membekalkan oksigen dan nutrisi untuk menghasilkan sel baru yang lebih muda yang membuatkan kulit lebih cerah dan berseri-seri.


 Jom lihat 5 manfaat utama CoQ10 kepada kulit kita:

  • CoQ10 memberikan tenaga kepada kulit. Kulit yang muda mempunyai banyak kandungan CoQ10 dan mempunyai banyak tenaga. Tenaga amat diperlukan untuk membaiki memulihkan sel rosak dan memastikan sel-sel kulit sentiasa sihat. 

  • CoQ10 melindungi kulit daripada penuaan pramatang akibat pendedahan kulit terhadap cahaya matahari . Matahari adalah agen penuaan kulit yang terpantas . Jika anda tidak percaya , cuba bandingkan kulit ditapak tangan anda (yang tidak pernah terdedah kepada matahari) dengan kulit pada muka anda.

  • CoQ10 meningkatkan keremajakan kulit dengan merangsang aktiviti sel kulit. Sel-sel kulit yang aktif dapat menyingkirkan toksin dengan mudah dan boleh menggunakan nutrien dengan lebih baik. Apabila kulit anda berumur, semua proses ini berkurangan dan ini  menyebabkan kulit kusam, pudar serta berkedut.

  • CoQ10 merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen amat diperlukan oleh kulit untuk mengurangkan kedutan dan penuaan pada kulit.

  • CoQ10 adalah antioksida yang dapat menghalang kerosakan oksidatif. Kerosakan oksidatif berlaku disebabkan oleh sinar UV matahari, pencemaran, toksin, tekanan dan lain-lain. Kerosakan ini semua membawa kepada satu perkara iaitu penuaan pramatang yang muncul pada kulit. Apabila logam mengalami pengoksidaan, kita panggil ia berkarat. Apabila manusia mengalami pengoksidaan, kita panggil ia penuaan. Kadang-kadang ia juga membawa kepada penyakit. Oleh itu, kita memerlukan sesuatu untuk membantu kita mengelakkan 'berkarat'. Anti-oksidan seperti CoQ10 adalah jawapannya dan mempunyai peranan penting untuk dimainkan di dalam kedua-dua badan dan kulit.



Kenapa CoQhealth Plus Shaklee lebih baik daripada produk-produk lain yang terdapat di pasaran?

  • Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth Plus, anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli.

  • Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.

  • Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung)

  • CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji dan diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan.


Itulah sebabnya kenapa CoQHealth Shaklee adalah produk yang bagus dengan terbukti berkesan. Jadi tunggu apa lagi.. jom dapatkan CoQHealth pada hari ini. Jom hubungi saya

-------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee Kuala Lumpur di sekitar Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Cheras serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan. 

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 
Read More

Friday, November 7, 2014

// // Leave a Comment

Bagaimana CoqHealth Plus Bantu Kesuburan Suami Isteri

Assalamualaikum

Macam-macam cara dan petua untuk mendapatkan zuriat yang kita dengar dan mungkin antaranya telah kita usahakan... jangan putus asa ye apabila usaha kita tak berhasil.. teruskan lagi berusaha.. InsyaAllah one day, Dia akan makbulkan doa kita..

Okay lah.. hari ini saya nak kongsikan satu lagi produk yang sangat bagus untuk kesuburan suami isteri. Walaupon CoqHealth Plus ni terkenal untuk kesihatan jantung, namun kandungan COQ10 di dalamnya turut mempunyai kebaikan untuk kesuburan kita.

Bagaimana CoqHealth Plus Bantu Kesuburan Suami Isteri


Bagaimana COQHEALTH menambahkan kesuburan untuk isteri?

Kita semua tahu peluang untuk mengandung bagi wanita menurun selepas kira-kira 30 tahun. Kita tahu bahawa kemerosotan mempunyai beberapa sebab, tetapi masalah utama ialah penurunan dalam "kualiti telur". Kualiti telur adalah satu konsep yang penting yang melibatkan beberapa faktor kritikal. Salah satu komponen utama kualiti telur melibatkan status kromosom telur. Telur dari wanita yang lebih tua adalah lebih cenderung untuk menjadi tidak normal kromosomnya berbanding daripada telur dari wanita muda.

Telur manusia adalah sel yang sangat besar dan bersedia menerima 23 kromosom daripada sperma. Apabila 23 kromosin ni dibebaskan, kilang telur akan dihidupkan dan perkembangan embrio bermula. Pembangunan embrio normal memerlukan banyak tenaga. Mitokondria adalah organel yang sangat kecil di dalam sel-sel yang menghasilkan banyak tenaga yang sel-sel perlukan. Tanpa mitokondria yg mewujudkan tenaga, tiada fungsi badan kita boleh berlaku. Telur manusia mempunyai lebih mitokondria dan DNA mitokondria daripada mana-mana sel lain dalam badan.


"Jadi apa pula kaitan antara kualiti telur dan kesuburan?"

Sebahagian daripada masalah dalam telur tua adalah pengeluaran tenaga mitokondria yang menurun. Jadi mungkin telur dapat berfungsi dengan lebih berkesan dan cekap jika sesuatu yang boleh dilakukan untuk meningkatkan bilangan atau kesihatan mitokondria dalam telur. Mungkin telur boleh melakukan kerja yang lebih baik untuk mengekalkan normal kromosom jika ia mempunyai bekalan tenaga yang cukup.


Bagaimana pula COQHEALTH menambahkan kesuburan untuk suami?

Kesuburan lelaki juga boleh dipertingkatkan dengan COQHEALTH. COQ10 merupakan antioksidan yang penting bagi membantu untuk melindungi sperma daripada kerosakan radikal bebas yang boleh menghalang motilitas dan bentuk sperma. Bentuk sperma yang tidak betul tidak boleh berenang dengan cekap dan menembusi tiub fallopio untuk bertemu telur.Justeru persenyawaan tidak mungkin akan terjadi. CoQ10 boleh membantu menguatkan sperma dan memberikan perlindungan yang diperlukan untuk menghindari kerosakan DNA.


Bagaimana CoqHealth Plus Bantu Kesuburan Suami Isteri

Mengikut Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) pula: "Terdapat beberapa bukti bahawa COQ10 boleh meningkatkan pergerakan dan kepadatan sperma pada lelaki dengan beberapa jenis kemandulan. "Namun NIH mengingatkan bahawa COQ10 tidak perlu diambil jika anda juga mengambil kemoterapi untuk rawatan kanser, ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah tinggi.



Buat mereka yang merancang untuk menimang cahaya mata, cubalah COQHEALTH PLUS ini sebagai salah satu usaha anda. Suami dan isteri, kedua-duanya boleh mengambil suplemen ini.

Bagaimana CoqHealth Plus Bantu Kesuburan Suami Isteri
RM124  - 30 capsules
Berminat nak mencuba COQHEALTH PLUS? Hubungi saya,


-------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee Kuala Lumpur di sekitar Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Cheras serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan. 

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 
Read More

Tuesday, April 8, 2014

// // Leave a Comment

Bagaimanakah CoQHealth Plus Membantu Kesuburan Lelaki?

Assalamualaikum...

Selain Zinc Complex dan Vitamin E, CoQHealth Plus juga merupakan suplemen yang TERBAIK untuk membantu masalah kesuburan lelaki. Walaupun CoQHealth Plus ini terkenal untuk membantu meningkatkan kesihatan jantung tetapi kandungan CoQHealth Plus seperti Coenzyme Q10, Vitamin E dan Exstrak Teh Hijau juga turut membantu dalam masalah kesuburan lelaki.

Coenzyme Q10 atau CoQ10 sebenarnya boleh didapati dalam bentuk makanan kita seharian, iaitu di dalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, kandungan Coenzyme Q10 dalam badan juga yang semakin merosot. Oleh itu, kita memerlukan suplemen CoQ10 bagi mengekalkan paras CoQ10 yang diperlukan dalam badan kita. Ini kerana ianya bertindak sebagai antioksidan dan menghalang daripada terdedah kepada radikal bebas.


Setiap daripada kita sangat memerlukan CoQ10 kerana CoQ10 terlibat secara langsung dalam pengeluaran tenaga dalam mitokondria setiap sel dalam badan anda. Dengan menghasilkan lebih oksigen untuk sel-sel otot, CoQ10 boleh membantu meningkatkan kekuatan dan kecekapan oto


Tetapi, Bagaimanakah CoQHealth Plus Membantu Kesuburan Lelaki?

Kandungan CoQ10 di dalam CoQhealth plus sebenarnya banyak membantu masalah kesuburan lelaki. Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 aktif di dalam testis dan merupakan antioksidan yang memainkan peranan penting dalam membentuk membrane dan struktur lain di dalam sel bagi tujuan untuk memerangi kesan oxidative stress. Kandungan antioksidannya menggalakkan pergerakan sperma menjadi aktif dan meningkatkan kualiti sperma itu sendiri.


Memang terbaikkk.. kan.. ini kerana pergerakan sperma yang aktif serta kualiti sperma yang baik akan meningkatkan lagi peluang untuk isteri hamil.

Mengikut Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) pula: "Terdapat beberapa bukti bahawa COQ10 boleh meningkatkan pergerakan dan kepadatan sperma pada lelaki dengan beberapa jenis kemandulan. "Namun NIH mengingatkan bahawa COQ10 tidak perlu diambil jika anda juga mengambil kemoterapi untuk rawatan kanser, ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Terdapat juga kajian yang dilakukan untuk sekumpulan lelaki yang mempunyai tahap kesuburan yang rendah. Mereka dibekalkan dengan CoQ10 sebanyak 200mg/day dan hasilnya menunjukkan peningkatan tahap mortaliti sperma dalam air mani.


Selain daripada itu, CoqHealth Plus juga mengandungi Vitamin E yang memang terkenal untuk kesuburan lelaki. Vitamin E merupakan antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas dan membantu untuk meningkatkan stamina.

Untuk mendapatkan CoQHealth Plus ini, anda boleh terus menghubungi saya,


Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Tuesday, March 25, 2014

// // Leave a Comment

Vitamin Untuk Lelaki

Assalamualaikum..

Perlukah seorang lelaki mengambil vitamin atau makanan tambahan? Pada pendapat peribadi saya, sangat perlu kerana tanggungjawab dan kehidupan harian lelaki juga mencabar. Walaupun ramai lelaki yang kurang mengambil berat tentang kesihatan mereka, tetapi sebagai isteri, menjadi tanggungjawab kitalah untuk membantu meningkatkan kesihatan mereka.

Rata-rata yang membeli vitamin dan makanan tambahan adalah golongan wanita, isteri dan ibu. Tapi jangan tak tahu, sebenarnya ramai isteri  yang prihatin terhadap kesihatan suami, membelikan vitamin buat sang suami. Sayang sungguh si isteri buat sang suami kann... 

Kenapa lelaki perlukan vitamin? hmm.. kerana lelaki pada masa kini memang kuat bekerja dan sangat sibuk. Kesibukan harian membuatkan badan penat dan kekurangan nutrisi dalam pemakanan serta gaya hidup menyebabkan mereka mudah terdedah kepada risiko penyakit merbahaya.

Ada di antara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit seperti mati pucuk, pembesaran prostat, kelesuan dan kekurangan tenaga dan stamina 

Jadi vitamin apakah yang diperlukan oleh lelaki?


[ Omega Guard ]


  • Mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA, dan lain-lain
  • Membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Memelihara kesihatan otak, penglihatan serta fungsi-fumgsi sendi

[ Zinc Complex ]

  • Membantu meningkatkan kualiti sperma
  • Membantu dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat
  • Membantu dalam mengurangkan potensi mendapat kanser prostat atau pembesaran prostat
  • Meningkatkan paras testosteron untuk kehidupan seksual yang baik
  • Mencecah masalah mati pucuk
  • Mengelakkan masalah keguguran rambut


[ Vitamin E ]

  • Antioksidan yang membantu menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas
  • Mengurangkan risiko sakit jantung dan tekanan darah
  • Membantu meningkatkan kiraan sperma.
  • Membantu memperbaiki kualiti dan membantu pergerakan sperma
  • Meningkatkan paras testosteron di dalam badan
  • Meningkatkan tenaga dan keinginan seksual

[ CoQHealth Plus ]

  • Mempunyai 3 eleman utama didalam nya iaitu CoQ10- Co enzim Q10, Vitamin E dan Ekstrak teh hijau
  • Co enzim Q10 mampu membantu menghasilkan jantung yang sihat dan kuat
  • Menguatkan fungsi jantung
  • Meningkatkan tenaga di sel-sel jantung
  • Mencegah saluran darah dari tersumbat
  • Mengurangkan debaran dan denyutan yang tak sekata
  • Menyokong salur darah untuk tekanan darah yang sihat
  • Membawa nutrien dan oksigen ke serata kulit
  • Menghasilkan kulit yang cerah, serata dan berseri
  • Meningkatkan jumlah sperma yang berkualiti,
  • Mengurangkan pergerakan sperma yang abnormal
  • Mengurangkan masalah migrain dan sakit kepala
  • Mengurangkan simptom keletihan
  • Meningkatkan stamina 

Terdapat banyak manfaat vitamin-vitamin ini untuk kesihatan lelaki, jadi berbaloi untuk mereka amalkan. Nak dapatkan vitamin hebat ini? jom hubungi saya...




Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...