Showing posts with label set kurus shaklee. Show all posts
Showing posts with label set kurus shaklee. Show all posts

Tuesday, May 27, 2014

// // Leave a Comment

Nak Kurus: Lecithin VS Omega Guard?


Assalamualaikum..

Lecithin dan Omega Guard, kedua-duanya merupakan antara suplemen yang dicadangkan untuk membantu membakar lemak. Sebenarnya kedua-dua suplemen ini mempunyai fungsi yang berbeza dan ramai yang keliru sama ada ingin mengambil lecithin atau omega guard.

Jom kita kaji fungsi kedua-dua suplemen ini. Yang manakah pemecah lemak dan yang manakah si pembakar lemak?


[ LECITHIN ]

Lecithin berfungsi mengemulsi lemak dan memastikan lemak kekal di dalam sistem digestive dan tidak memendapkan diri ke dinding membran menjadi lemak kental. Emulsi lemak bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya kepada lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem digestive.

Jadi secara logiknya Lecithin berupaya membasmi lemak yang kita makan sewaktu itu dan bukannya 'membakar' lemak sedia ada yang sudah terkumpul di dinding membran. Untuk mengeluarkan lemak yang telah teremulsi, anda memerlukan agen detox iaitu Herblax atau Alfalfa.


[ OMEGA GUARD ]

Omega Guard pula tidak mengemulsi lemak sebaliknya membantu pembakaran lemak-lemak yang termendap. Omega Guard berfungsi menghalang pembentukan lemak dan ini akan meningkatkan kadar  metabolisme dan seterusnya pembakaran lemak berlaku.

Bagaimana Omega Guard membantu pembakaran lemak?

  • Fungsi Omega 3 melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam, maka lebih banyak pembakaran lemak akan berlaku.
  • Menghalang penghasilan hormon cortisole yang menggalakkan penyimpanan lemak
  • Memperbaiki kadar gula dalam darah dan ini memberikan lebih tenaga untuk bersenam
  • Menambah kadar penghasilan serotonin - kimia otak yang buat kita rasa kenyang - so boleh control makan.
  • Pengambilan omega 3 akan membantu tahap insulin berada pada 50% kurang dari kebiasaan. Apabila tahap insulin rendah pembakaran lemak akan berlaku. Insulin rendah juga bantu kawal gula...maka gula/karbo tak jadi lemak.


Jadi kita telah faham fungsi kedua-dua suplemen ini. Nak pilih yang mana?? Kalau ada budget, ambillah dua2 sekali kerana pengambilan dua suplemen ini dapat membantu mempercepatkan proses membuang lemak di dalam badan. 

Salah seorang customer saya yang mengambil kedua-dua suplemen ini bersama Alfalfa, turun sebanyak 2kg dalam masa seminggu. Walau bagaimanapun, penjagaan dalam pemakanan, konsisten serta disiplin juga perlu dititikberatkan.

Nak dapatkan suplemen2 ini? Jom hubungi saya..

Read More

Tuesday, May 20, 2014

// // Leave a Comment

Kolesterol Normal dan Berat Badan Turun

Assalamualaikum..

Hari ini, saya kongsikan testimoni Adeq Syamar yang telah mengambil HerbLax dan Lecithin yang pada awalnya untuk tujuan Sembelit dan juga Kolesterol yang tinggi. Tapi hasilnya berat badan beliau juga turun dan mendapat berat badan ideal. Alhamdulillah.

jom baca perkongsian daripada beliau, Adeq Syamar...

Assalamualaikum kawan2
Testimonial diri sendiri.
Before: 66-68 kg
After: 58 kg

Sy cuma consume Herblax dan Lecithin sahaja. Pada mulanya sy consume utk masalah sembelit yg agak kronik dan kolesterol tinggi (naik bintik kolesterol kt mata dan ikut report medical, kolesterol tinggi), but then after 2 - 3 months badan semakin susut. Kesan yg best: Bintik kolesterol tu dh hilang, kolesterol dh paras normal (kdg2 kurang dari tu) and sembelit makin baik. Sy jenis yg rangka besar, jadi berat sy tak banyak yg turun berbanding org lain, TAPI inch loss mmg banyak. Sekarang ni, kdg2 je sy mcm lecithin dan herblax, bdn tak naik pun. cuma kena kawal makan yer.

Alhamdulillah sy dh dpt berat normal (^_^). To all people out there, kena cuba yer. Kite mampu untuk ubah dan SIHAT. Yang penting, perlu yakin dan konsisten. hehehe

TERIMA KASIH SHAKLEE 


Alhamdulillah, boleh nampak perubahan pada diri beliau.. Jom lihat apa kebaikan 2 produk yang beliau ambil.

[1] HERB LAX

  • Pembersihan najis yang tersekat.
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membentu masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut.
  • Memejalkan perut.


[2] LECITHIN


  • Menyerap vitamin yang larut lemak - Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak.
  • Melindungi hati - Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.
  • Pemecahan lemak dan kolestrol - Lecithin bertindak sebagai “pembersih” salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid didalam tubuh.
  • Pelangsingan - Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  • Mencantikkan otot dan kulit - Membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
  • Memperbaiki alergi - Menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung didalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan metabolisma alergi seperti penyakit kulit, – dermatis dan demam denggi.
  • Menghalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol, lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stres - Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stres. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.
  • Menghalang tekanan darah tinggi - Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.
  • Memperbaiki prostat lelaki - Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.
  • Meringankan sembelit -Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, iainya melembapkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.

Nak dapatkan HerbLax dan Lecithin? hubungi saya..


Read More

Sunday, April 6, 2014

// // 1 comment

Set Kurus Shaklee - Hilang 10 kg

Assalamualaikum..

Jangan tak tahu, sebenarnya ramai yang berjaya kurus dengan mengambil set kurus shaklee. Semuanya adalah bergantung kepada tahap keazaman individu tersebut.

Apabila ingin memulakan apa-apa program pelangsingan atau mengambil apa-apa produk kurus, anda mestilah bersedia untuk berubah baik dari segi pemakanan dan juga gaya hidup. Anda tidak boleh mengharapkan pada pengambilan set kurus semata-mata sebaliknya penjagaan makanan serta senaman juga perlu dititikberatkan. Keazaman, disiplin dan konsisten dalam mengambil suplemen juga sangat penting untuk mendapatkan kesan yang diinginkan. 

Hari ini saya kongsikan satu lagi testimoni set kurus shaklee, yang mana customer ini berjaya turun berat badan sebanyak 10kg. Jom baca sedikit perkongsian daripada Nadia Muba.

" Aku yang dulu bukanlah yang sekarang...;-))))
Nak share pengalaman menggunakan set slim shaklee ( ESP +LECITHIN + HERB LAX + ALFALFA )
Saya ni memang jenis kerangka besar...bila gtau kawan2 berat saya 90kg diorg tak percaya..tapi memang tak selesa sangat dengan keadaan berat masa tu.baju2 semua ketat kat lengan.tubuh jadi berat dan saya pun jadi malas bergerak..selera makan usah katalah memang suka sangat makan...kek cheese tu mmg febret lah..Mula timbul kesedaran bila ada sorg kawan post mengenai produk Shaklee set kurus...terdetik kat hati why not saya cuba..mana tahu berhasil..sebelum ni pun pernah makan ubat kurus..memang turun tapi tak lama lepas tu naik balik..diet yoyo org kata....mmg yelah tu..Bermulalah journey saya dengan set kurus shaklee...dalam masa 1 bulan saya berjaya turunkan berat 10kg...ramai kawan2 terkejut tapi itulah kenyataannya....TAPI PENTING DI SINI nak gtau CARA PENGAMBILAN MAKANAN & AIR YANG CUKUP kunci kejayaan kalau nak turunkan berat..kalau sekadar makan produk tapi uolls tak jaga makan mmg confirm tak jadi..buatlah secara perlahan2 tetapi konsisten pasti berhasil...Alhamdulillah juga..selepas saya turun 10kg saya sekarang ni disahkan mengandung anak ke-4...hormon pun stabil..mood pun happy sokmo jer....skg ni sy tgh makan set mengandung trimester 1 shaklee pula...Nantikan sy sharing lagi kisah saya dengan shaklee yer " - Nadia Muba

set kurus shaklee - hilang 10kg

Menurut Nadia Muba, beliau juga melakukan senaman sewaktu proses pelangsingan ini dengan melakukan aerobik 3 x seminggu dan jogging 1@ 2 kali seminggu.  

Alhamdulillah, tahniah buat Nadia. Saya tahu ramai lagi diluar sana yang sedang mencari produk untuk kurus dan saya sangat mencadangkan produk shaklee untuk membantu diet anda.

set kurus shaklee - hilang 10kg

Produk -produk diatas adalah antara suplemen yang dicadangkan untuk membantu mengawal berat badan. Untuk mendapatkan produk ini adalah sangat mudah iaitu dengan berhubung terus dengan saya Norasiah (017-3613604)



Read More

Wednesday, April 2, 2014

// // 1 comment

Cara Mudah Bakar Kalori di Rumah

Assalamualaikum..

Bersenam?? kalau nak harapkan bakar kalori dengan bersenam, rasanya ramai yang susah nak bersenam lebih-lebih lagi kalau kerja tak menentu masa. Dan jika ada masa terluang sekalipun, kita banyak menghabiskan aktiviti hanya indoor atau di dalam rumah.

Sebenarnya banyak aktiviti di dalam rumah yang boleh membantu membakar kalori. Kalau tak percaya jadilah surirumah sekali sekala. Aktiviti seperti menyapu, mengemas dan memasak dapat membakar kalori dan ia tak perlukan belanja pun. Sebenarnya kita tak perasan pun yang aktiviti ni membakar kalori kerana ia rutin harian lebih-lebih lagi pada surirumah macam saya.

okey, jom kita semak cara mudah bakar kalori ketika dirumah,

1. Memasak. 


Aktiviti memasak dapat membakar sebanyak 154 kalori (kcal) dalam masa hanya satu jam. Di samping itu, harus diingatkan supaya memilih menu makanan yang berkhasiat.

2. Menggosok pakaian. Rasanya ramai isteri yang memang rutin mingguannya adalah iron baju, baju sekolah anak, baju keje suami dan baju sendiri. Jika anda melakukannya untuk seisi keluarga dalam masa 25 minit, anda dapat membakar 100 kalori.

3. Memvakum. 25 minit memvakum sekeliling rumah anda akan membakar hanya kira-kira 100 kalori.

4. Menonton televisyen atau wayang. Merehatkan minda dengan aktiviti menonton rancangan kegemaran di kaca televisyen juga boleh membakar sebanyak 113 kalori dalam masa dua jam, tetapi jangan pula anda menikmati makanan ringan sambil menonton.

5. Mencuci rumah. 


Mengemop lantai dan mencuci rumah boleh mengurangkan 102 kalori dalam tempoh 30 minit. Bukan saja dapat membakar kalori, lemak dalam badan juga boleh dibakar dengan melakukan aktiviti sebegini.

6. Naik turun tangga. Rata-rata di kalangan kita mempunyai rumah bertangga. Justeru, ambil kesempatan itu dengan mengulangi langkah anda iaitu naik dan turun. Setiap larian di tangga boleh membakar sebanyak lima kalori dan ia amat mudah dilakukan untuk menguatkan otot kaki dan memperbaiki aliran darah dalam badan.

7. Menjemur kain.


Dengan melakukan tugasan seperti mengemas, melipat, menjemur dan meletakkan baju ke dalam mesin basuh, ia juga dapat membakar sebanyak 68 kalori.

8. Mencabut rumput di laman atau berkebun. Laman anda banyak rumput atau lalang? Apa kata jika tiada kerja mahu dilakukan, cabutlah rumput dan lalang itu untuk mencantikkan lagi kawasan halaman rumah. Selain laman menjadi lebih cantik, anda juga membakar kalori dalam badan.

9. Membasuh kereta. Membasuh kereta dapat membakar sebanyak 266 kalori. Ia sangat mudah dilakukan bersama suami dan anak-anak.

Mungkin tak nampak sangat penurunan berat badan jika hanya melakukan aktiviti ini semata-mata. Tapi jika disertakan dengan diet dalam pengambilan makanan, disiplin dan konsisten. InsyaAllah anda boleh berjaya dapat berat badan yang diidamkan.

Sekiranya anda merasakan perlu bantuan suplemen untuk membantu menjayakan misi anda untuk kurus, anda boleh hubungi saya, 017-3613604 (Norasiah) untuk mengetahui produk shaklee yang sesuai untuk program pelansingan badan.


Read More

Monday, October 21, 2013

// // Leave a Comment

Tips Kuruskan Badan

Assalamualaikum..

Ramai yang nak kurus dan berharap apabila mengambil produk kurus..terus dapat kurus. Sebenarnya untuk mendapatkan berat badan yang ideal, perlukan disiplin dan keazaman yang tinggi. Hanya anda yang memahami tubuh badan anda. Pengambilan suplemen untuk kurus hanyalah sebagai membantu sahaja, selebihnya bergantung pada diri anda, kemahuan serta usaha anda untuk kurus. Jangan ingat bila dah ambil produk kurus, anda dah tak perlu control makan dan bersenam ye. Kurus..kurus jugak..yang penting kurus dan sihat.

Pastikan anda mengamalkan diet pemakanan yang betul dan sihat ye. Jangan kerana ingin kurus, anda memudaratkan diri sendiri. Jom ikuti tips untuk kuruskan badan dari Kevin Zahri ini.

  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. 
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat.

ok..dah baca sume tips kat atas...adakah anda ada mengikuti tips2 kat atas tu..jika belum..anda patut mencubanya. Usaha itu tangga kejayaan.

jika ingin mencuba suplemen untuk membantu anda kurus.. boleh KLIK DISINI

sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya..

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Read More

Friday, October 4, 2013

// // Leave a Comment

Wow!! Turun 8kg Dalam Masa Sebulan Setengah

Assalamualaikum...

Wow!! Dalam masa sebulan setengah sahaja, seorang customer yang mengambil SET KURUS SHAKLEE telah berjaya menurunkan  berat badan sebanyak 8kg. Hebat bukan!! Jom baca sedikit perkongsian daripada beliau.

"Nak kongsi 1 cerita...21/3/12 sy bersalin anak 1st..time ni memang overweight (84kg) sbb sblm pregnent berat sy 53kg je.. Berat baby 2.48kg only!!. Selebihnya adalah berat mommy. Bersalin secara c-zer menyebabkan sy xbleh mkn jamu+barut perut. Ingat after 1 yr , berat sy akan kembali normal. Habis berpantang dulu pun, berat kurang 14kg je. Baju & seluar semua kena beli & tempah baru.. Time pergi office, byk guna baju kurung/ baju kurung pahang/skirt sbb nak cover PERUT BUNCIT. Bulan May lps, pergi bercuti d Bandung Indonesia dgn husband. Time beratur nak naik flight, staff AA tahan sy & tanya "u pregnent ke??"..sy jawab la "TIDAK". Malunya time ni... Balik dr vacation, memang tekad nak kurus. Gara-gara nak kurus, kali ni sy beranikan diri utk tempah baju kurung moden utk Aidilfitri walaupun sy sedar berat sy 68kg. Melalui fb sy kenal apa itu SHAKLEE. Time tu sy mula search detail tentang produk ini. Dr situ sy mula yakin, Shaklee boleh bantu sy dapatkan berat ideal. Seminggu sblm puasa, sy mula menggunakan Cinch + Alfalfa + Lechitin. Ramadhan memberikan kelebihan pd sy utk lebih diet.. Alhamdulillah, syukur. Seminggu sblm raya, sy test baju...dan yg pasti tukang jahit a.k.a kakak sy, kena kecilkan baju sy 4 inci dr ukuran sblm ini... syukur sgt2. Cinch+Alfalfa+Lechitin membolehkan badan sy memilih zat yg diperlukan shj & yg selebihnya di lawas & di buang tanpa ada masalah sembelit. Malah ia turut membantu memecahkan lemak tepu pd badan sy. Bukan hanya husband tp kawan2 pun mula perasan yg badan sy kini lebih kurus berbanding bulan lepas. Apa tidaknya..dari 68kg kini 60kg. Yg pasti bulan ni sy akan repeat order lg dgn Nur Umairah Kaisah utk set ini. Bukan 1, tapi 2 set iaitu untuk saya & juga kakak sy a.k.a tukang jahit tadi. Dia pun dah mula percaya dengan hasil Shaklee.. Tq soooooo much SHAKLEE. Opps...In sya Allah untuk next baby sy pun akan guna set bersalin & menyusu Shaklee.. "


Jom lihat apa yang beliau consume..

Alfafa - berfungsi sebagai detox untuk menyingkirkan toksin berlebihan serta membuang lemak yang telah dipecahkan dan turut bertindak sebagai milkbooster bagi ibu menyusu.

Lecithin - diekstrak dari soya non gmo untuk membantu proses memecahkan lemak di dalam badan.

Cinch Shake - membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan. Diperkaya dengan Leucine bagi mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badan. Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang dan puas.Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan.

Gabungan ALFAFA + LECITHIN + CINCH SHAKE ni sangat berkesan untuk menurukan berat badan. Dengan pengambilan secara KONSISTEN, anda mampu untuk kurus. 

Berminat nak KURUSKAN BADAN? hubungi saya segera untuk mengetahui set yang sesuai untuk anda..

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Thursday, September 26, 2013

// // Leave a Comment

Ibu Menyusu Kurus - Hilang 30kg

Assalamualaikum...

Wow!!! Seorang ibu yang menyusukan anaknya boleh menurunkan berat badan sebanyak 30 kg dalam jangkamasa setahun. Bukan senang untuk menurunkan berat badan sewaktu proses menyusukan anak walaupun sebenarnya proses penyusuan itu sendiri boleh membantu sesetengah ibu kembali kurus.

Ramai ibu-ibu yang cepat berasa lapar apabila menyusukan anak dan ramai juga yang makin berselera untuk makan. Dan disebabkan itulah ramai ibu mula risau bila badan makin mengembang bagai dipam-pam.

Sebenarnya ibu-ibu yang menyusukan anak sangat tidak digalakkan untuk diet makanan kerana dikhuatiri menjejaskan nutrisi untuk anak yang disusukan. Walau bagaimanapun dengan pengambilan suplemen daripada shaklee, ibu-ibu tidak perlu lagi risau kerana suplemen ini bukan sahaja membantu ibu kurus tetapi turut memenuhi nutrisi harian ibu malah susu badan juga meriah.

bf mum kurus

Dengan mengambil set menyusu + omega, ibu ini berjaya kurus kembali. Menyusukan anak bukan lagi halangan untuk kurus dan mendapatkan berat badan impian. Dengan pengambilan set menyusu + omega, anda boleh langsing tanpa menjejaskan misi penyusuan anda. Pengambilan omega bukan sahaja bekalkan dha n epa malah membantu membakar lemak serta mengawal selera makan.

Nak kurus juga? Ada kekangan budget? Jangan risau, hubungi saya dan saya akan syorkan mengikut budget anda.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Monday, September 23, 2013

// // Leave a Comment

TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE - HILANG 28 KG

Assalamualaikum...

Lagi testimoni pengguna set kurus shaklee yang berjaya menurunkan berat badan. Bukan mudah untuk menurunkan berat badan dan kemudiannya kekalkan berat badan sedia ada. Paling penting adalah DISIPLIN + ISTIQAMAH + KONSISTEN untuk mendapatkan kesan yang yang superb!! Air 2 - 3 Liter sehari adalah wajib untuk memudahkan proses pelangsingan dan penyerapan suplemen yang diambil. Pengambilan makanan harian juga perlu dititikberatkan. Penjagaan pemakanan bukan sahaja penting untuk KURUS, sebaliknya penting juga untuk memastikan badan sihat dan cergas. 

Jom baca testimoni pengguna set kurus shaklee ini... 



Beliau telah mengambil ALFAFA + LECITHIN + ESP + OMEGA + CINCH secara berperingkat. Untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak, beliau bukan sahaja mengambil lecithin, sebaliknya turut mengambil omega. Omega Guard juga sebenarnya mampu mengawal selera makan. Beliau juga turut mengambil PROTEIN iaitu ESP dan kemudiannya CINCH. Kedua-duanya adalah sumber protein. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sebanyak 35%. Protein juga mengelakkan berlakunya diet yo-yo dan menghalang berat badan badan naik dengan mendadak. Selepas kurus, badan akan mudah mengelebar/gelebeh, dengan pengambilan protein akan shapekan otot yang geleber dan membuatkan badan solid.

Nak turun berat badan seperti beliau? Nak cuba set kurus shaklee ini? Hubungi saya SEGERA untuk mendapatkan konsultasi secara PERCUMA dan juga harga yang ISTIMEWA.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Thursday, September 19, 2013

// // Leave a Comment

Lecithin - Pemecah Lemak Terbaik

Assalamualaikum...

Ramai wanita mahupun lelaki ingin kurus dan ingin nampak cantik, jelita, tampan dan bergaya. Namun pastikan anda mengamalkan diet yang sihat supaya tidak memudaratkan diri dikemudian hari.

Lecithin merupakan salah satu suplemen kegemaran para wanita pada masa kini kerana ia dikatakan mampu membantu memecahkan lemak-lemak degil di dalam badan. Ia juga menjadi rebutan para ibu yang sedang menyusu kerana ia dapat membantu menguruskan badan dengan selamat tanpa menjejaskan proses penyusuan. 

Lecithin diekstrak dari kacang soya organik dan non-GMO (non-genetically modified organism). Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol. Kolina adalah penting dalam pemakanan kerana ia meningkatkan kesihatan otak, hati, sistem kardiovaskular dan pembiakan. Kolina juga merupakan komponen neuro-penghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghataran mesej kepada otak dan sistem saraf.


Bagaimanakah Lecithin membantu proses pelangsingan di samping meningkatkan taraf kesihatan pada masa yang sama?

✿✿ Memecahkan lemak dan kolestrol - Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah. Ia mengemulsi lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.

✿✿ Menghalang obesiti - pengambilan yang berterusan dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

✿✿ Meringankan sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

✿✿ Mencegah batu karang - 90% daripada batu karang terjadi dari kolestrol dan Lecithin akan membantu mengemulsikan kolestrol tersebut.

✿✿ Melindungi hati - menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak.

✿✿ Menghalang tekanan darah tinggi - Lecithin menghalang arteriosklerosis dan menggalakkan peredaran darah yang sihat.

✿✿ Menyerap vitamin yang larut lemak - Membantu tubuh menyerap vitamin yang larut lemak seperti A, D, E dan K.

✿✿ Memperbaiki alergi - menghalang platelet darah dari mengatifkan tisu gegelung di dalam salur darah seterusnya meningkatkan alergi terhadap penyakit kulit seperti dermatitis.

✿✿ Mencantikkan otot dan kulit - Lecithin membentuk membran sel, melembab dan menghaliskan kulit, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

✿✿ Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress - kandungan kolina membantu membentuk penghantar untuk saraf kranial yang meningkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress.

✿✿ Memperbaiki prostat lelaki - kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan Lecithin yang konsisten.

Begitu banyak manfaat sampingan yang positif dapat dilihat dengan pengambilan lecithin ini. Kelebihannya bukan sahaja pada fungsinya malah harganya juga sangat rendah berbanding produk pelangsingan lain. Jadi apa tunggu lagi, jika anda ingin kurus, anda patut mencuba lecithin ini. Hubungi saya untuk dapatkan harga ISTIMEWA...

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Wednesday, September 18, 2013

// // Leave a Comment

Petua Makan Untuk KURUS dan SIHAT

Assalamualaikum...

Semua ingin memiliki tubuh badan yang cantik, kurus dan ramping. Ramai yang sanggup berhabis ratusan mahupun puluhan ribu ringgit semata-mata untuk kelihatan kurus, cantik dan menawan. Itulah kesan daripada pengiklanan dan media massa yang banyak menonjolkan imej model-model yang sebegitu. Hakikat sebenarnya kita perlu kurus untuk sihat. Jangan berlapar atau ‘diet’ dengan cara yang tidak sihat untuk kurus. Ukurlah bentuk badan sendiri dan jangan mengukur dengan bentuk badan orang lain.

Di sini ada beberapa tip atau petua yang mudah untuk kuruskan badan dengan makan yang baik dan menjaga kesihatan yang boleh diikuti oleh anda. Sihat sepatutnya menjadi matlamat utama dalam usaha menguruskan berat badan dan bukanlah rupa yang cantik semata. Kesihatan itu lebih mahal harganya.

✿✿ Petua pertama adalah mengelakkan makan makanan ringan (junk food) seperti kerepek, biskut, jajan-jajan dan sebagainya.Ini adalah kerana makanan ringan ini tidak mengandungi sebarang khasiat yang lengkap untuk tubuh badan anda dan hanya mengandungi karbohidrat dengan kalori berlebihan disamping pelbagai pengawet dan perasa tiruan yang merbahaya untuk kesihatan.

✿✿ Petua kedua adalah makan makanan karbohidrat yang tinggi dengan kandungan serat atau fiber seperti roti berserat penuh (wholemeal), beras perang, oat dan sebagainya.Karbohidrat jenis ini adalah berglisemik indeks rendah. Ambil makanan yang berkarbohidrat seperti nasi dalam jumlah yang terkawal bergantung kepada aktiviti fizikal dan makanlah nasi atau roti dengan sayuran dan ulam-ulaman yang banyak.

✿✿ Petua ketiga adalah pengambilan protein sihat iaitu ‘protein putih’.Kurangkan sumber ‘protein merah’ seperti daging yang kaya dengan lemak tepu.Makanan tinggi protein putih seperti ikan, tauhu, tempe , telur, udang atau sotong. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita seperti dari sumber kekacang.

✿✿ Petua keempat adalah dengan makan banyak buah-buahan.Seperti yang kita ketahui buah-buahan mempunyai pelbagai khasiat anti oksidan, mineral dan vitamin untuk tubuh badan anda. Disamping itu buah-buahan juga amat kaya dengan serat atau fiber walaupun rasanya manis, ia mempunyai indeks glisemik yang rendah. Jadi amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti jambu batu, mangga, limau, oren, epal, betik, belimbing dan sebagainya. Buah-buahan yang berglisemik indeks tinggi perlu dimakan sedikit sahaja seperti buah durian, pisang, anggur, kurma, tembikai dan sebagainya.

✿✿ Petua kelima adalah apabila kita makan sarapan, tengahari dan malam pastikan menu makanan yang betul.Jangan berlapar dan meninggalkan makan. Pastikan setiap makanan atau menu yang di ambil mengandungi gizi yang seimbang iaitu lengkap dengan karbohidrat, lemak, protin, serat dan air.

✿✿ Petua keenam adalah banyakkan minum air kosong atau air mineral. Air kosong membantu membakar kalori berlebihan dalam badan kerana ia adalah berkalori kosong dan ia memerlukan kalori untuk diproses dalam tubuh manusia. Kesannya ialah ia akan menjadikan air sebagai ‘negatif kalori’.Sentiasa minum air kosong dan amalkan 8 gelas air kosong sehari. Elakkan minuman manis dan berkarbonat kerana gula dalam minuman mempunyai kalori yang tinggi dan indeks glisemik yang tinggi.

✿✿ Petua ketujuh adalah amalkan pengambilan suplemen seperti multivitamin , vitamin C, vitamin E , anti oksidan, omega 3, mineral kalsium, magnesium, zink, chromium, selenium dan lain-lain. Ini membantu mengekalkan sistem metabolisma tubuh ketahap yang optimum. Banyak kajian telah membuktikan pengambilan suplemen seperti omega 3 boleh menurunkan berat badan.

✿✿ Petua kelapan adalah pengambilan probiotik secara kerap. Probiotik akan membantu membekalkan bakteria baik dalam usus yang membantu penghadaman yang lebih baik dan meningkatkan imuniti. Pelbagai jenis minuman dangan kultur hidup terdapat dipasaran sekarang yang kaya dengan probiotik.

❣ Bersabar & konsisten adalah kunci untuk menurunkan berat badan...SELAMAT BERJAYA ❣

credit: http://doknorm.blogspot.com/


Sambil-sambil tu jom lihat testimoni pengguna yang telah menggunakan set kurus shaklee.. beliau mengambil makanan tambahan..esp (protein), alfafa, lecithin untuk pecah lemah dan omega guard.. alhamdulillah beliau berjaya kurus.


Suplemen yang beliau ambil..sesuai untuk anda yang sedang breastfeeding dan jika anda tidak menyusu pon boleh amalkan...

Nak cuba? boleh hubungi saya untuk dapatkan harga yang ISTIMEWA...

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Thursday, September 5, 2013

// // Leave a Comment

Hilang 25kg Dengan Set Kurus Shaklee

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman Pn. Muslina yang telah konsisten menggunakan Set Kurus Shaklee untuk menurunkan berat badannya. Sepanjang 6 bulan menggunakan set kurus shaklee, beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 25kg dan sekarang beliau masih lagi meneruskan misi untuk kurus sehingga mendapat berat badan yang ideal. Jemput baca perkongsian beliau...

"Masalah kegemukan memang menghantui diri saya sejak dari zaman remaja hinggalah kepada umur 30 an ni....Pelbagai ubat-ubatan, murah dan mahal telah saya cuba...termasuk slimming center yang memakan ribuan ringgit....berat memang la turun tapi sekejap jer, bila makan je berat naik balik...sampai saya jadi takut hendak makan....susah hati....tekanan darah tinggi pun melambung2 bila badan naik ni.....tapi sekarang semua tu takde masalah lagi...Shaklee telah menjadi penyelamat kepada saya......Herblax, Alfafa, Omega, Lecithin dan esp membuatkan saya sentiasa tersenyum......sambil slimkan badan kulit pun jadi cantik......ubat darah tinggi pun saya dah tak ambil lagi sejak ambil supplement ni......toxin dalam badan pun dah takde.......walaubagaimanapun saya masih belum berpuas hati dengan berat ni lagi.....insyaAllah, dengan Shaklee saya tak perlu risau lagi......berat 89 tapi saya hilang inci yang sangat banyak.....Alhamdulillah......." - Pn. Musliana Mustafa


Produk apa yang beliau consume dan bagaimana produk itu membantu beliau?

  • Herblax - kombinasi dari tumbuhan herba yang terkenal secara tradisional membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat. Diperlukan untuk detox iaitu untuk membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru la badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

  • Alfafa - bertindak sebagai fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang sudah dipecahkan oleh Lecithin dan Omega

  • Lecithin - diekstrak dari soya tanpa penggunaan bahan pewarna, pemanis atau pengawet. Membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh.

  • Omega Guard - membantu proses memecahkan lemak dan membantu mengawal selera makan

  • ESP - sumber protein, mempunyai Indeks Glisemik yang rendah yang membantu dalam proses mengurangkan berat badan

Dengan mengambil set kurus shaklee, anda bukan sahaja kurus dengan sihat malah dapat bonus iaitu anda lebih sihat dan bertenaga, kulit juga semakin cantik dan berseri.


Berminat nak cuba Set Kurus Shaklee? Hubungi saya untuk dapatkan produk ni mengikut budget yang anda peruntukkan...Panduan Makan dan Konsultasi Percuma akan diberikan secara berterusan selepas pembelian.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
// // Leave a Comment

ESP Shaklee Bantu Ibu Menyusu Kuruskan Badan

Assalamualaikum...

Menurut kajian, ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200 hingga 500 kalori setiap hari. Bagaimanapun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan.Pemakanan yang seimbang penting untuk ibu dan bayi yang disusukan.

Kajian juga menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan disebabkan zat yang tidak mencukupi. Kekurangan protein akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan enzim (enzim terbina daripada asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi. Protein biasanya membuatkan kita rasa kenyang dalam jangka masa lebih panjang. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau berkurangan, lemak tidak dapat dibakar dan berkumpul secara berlebihan.

Disebabkan itu, didalam set kurus shaklee untuk ibu menyusu terdapatnya ESP yang kaya dengan protein soya. ESP dapat membantu ibu berasa kenyang untuk jangkamasa yang lebih panjang serta membantu pembakaran kalori 35% lebih tinggi. ESP juga mampu bertindak sebagai milkbooster terbaik untuk ibu menyusu dan ini membantu ibu untuk terus menyusukan bayi tanpa sebarang masalah.


Pn. Atikah ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg selepas mengamalkan ESP selama 4 bulan dan beliau juga masih menyusukan anaknya. Hebat bukan...

Melalui pengalaman saya sendiri sewaktu mengambil ESP sebagai suplemen untuk breastfeeding, ESP ini memang menyebabkan saya rasa tidak lapar dan rasa kenyang yang lama. Memandangkan berat badan saya sudah ideal, sememangnya saya tidak mahu menurunkan berat badan tetapi dengan pengambilan ESP ini berat saya turun juga 2kg.

Walaubagaimana, kesan terdapat individu adalah berbeza. Yang penting kita dapat meneruskan usaha untuk breastfeeding dan dalam masa yang sama menurunkan berat badan dan kembali langsing serta cantik menawan.

Berminat nak cuba ESP Shaklee yang sedap ini? Hubungi saya untuk dapatkan HARGA TERBAIK serta maklumat lanjut tentang ESP ini.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Wednesday, September 4, 2013

// // Leave a Comment

Set Kurus Shaklee Terbaik Untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum...

Kita sebagai sebagai wanita dan isteri, memang berharap agar dapat mengekalkan bentuk tubuh badan yang menarik untuk menambat hati suami. Yang kurus nak gemuk dan yang gemuk pula nak kurus. Bukan tidak puas dengan apa yang dikurniakan, tapi nak menjadi yang lebih baik. Tapi maklum sahajalah, bila dah bersalin sekali dua, berat badan susah nak turun. Tambahan pula, bila menyusukan anak sepenuhnya, bukan saja tak boleh mengambil ubat pelangsing sebarangan tetapi nak berdiet berlebihan pun kurang digalakkan kerana dikhuatiri menjejaskan pengeluaran susu atau membahayakan bayi.

Secara asasnya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah menurut kajian, ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200 hingga 500 kalori setiap hari. Bagaimanapun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan.

Ada beberapa panduan yang mungkin berguna untuk ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan. Paling utama ibu tersebut perlu minum air secukupnya. Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seelok-eloknya hanya minum air setengah jam selepas makan. Ibu juga dinasihatkan untuk makan apabila perut berasa lapar. Mereka juga perlu ingat pada wasiat Rasulullah "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang". Paling baik sekali adalah makan empat ke enam kali sehari dengan kuantiti yang kecil. Utamakan sarapan pagi. Sarapan pagi perlu diambil dalam masa sejam selepas bangun tidur.

Makanan yang dimakan juga perlu dikunyah secara perlahan-lahan. Paling baik sekali jika makanan tersebut dikunyah 44 kali untuk mengurangkan beban penghadaman. Selain itu, otak akan menerima isyarat kekenyangan pada waktu yang tepat. Kalau makan laju sangat, otak tidak sempat memberi isyarat yang kita dah terlebih kenyang. Kurangkan percakapan semasa makan untuk mengelakkan tidak perasan yang kita sudah terlebih makan.

Makanan yang diambil perlu seimbang. Kajian menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan disebabkan zat yang tidak mencukupi. Kekurangan protein akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan enzim (enzim terbina daripada asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi. Protein biasanya membuatkan kita rasa kenyang dalam jangka masa lebih panjang. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau berkurangan, lemak tidak dapat dibakar dan berkumpul secara berlebihan.

Kesimpulannya, makanan yang diambil perlu seimbang. Kurangkan pengambilan gula dan makanan rapu. Gula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Gula juga menambah potensi seseorang diserang penyakit diabetes mellitus apabila pengambilan tidak dikawal. Manakala makanan rapu yang mengandungi garam yang tinggi bukan sahaja menyebabkan nafsu makan sukar dikawal bahkan dikaitkan dengan risiko penyakit hipertensi (darah tinggi).

Banyakkan aktiviti fizikal. Saya pasti ibu-ibu tidak mengalami masalah untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal. Walaupun tidak dapat meluangkan masa ke gimnasium atau senamrobik, ibu-ibu akan sentiasa sibuk dengan tugasan harian. Aktiviti senaman sekurang-kurangnya 15 minit, dua kali seminggu adalah sangat digalakkan.

Bagaimanapun, bagi yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersenam, eloklah mengambil alternatif seperti menggunakan jalan lebih jauh untuk sampai ke satu-satu tempat dengan berjalan, berjalan sambil menghayunkan tangan, melakukan kerja rumah, aktiviti santai bersama anak-anak dan banyak menggunakan tangga daripada lif.

Ibu-ibu juga hendaklah sentiasa berfikiran positif dan banyak bersabar kerana pengurangan berat badan ini adalah lebih kurang dua kilogram sahaja dalam masa sebulan. Teruskan dengan penyusuan kerana ada banyak lagi keistimewaan yang anda akan kecapi.


Set Kurus Shaklee Terbaik Untuk Ibu Menyusu

BERITA BAIK untuk ibu-ibu yang masih breastfeeding tetapi mempunyai masalah untuk kuruskan badan. Shaklee menyediakan beberapa suplemen yang boleh membantu ibu-ibu kembali langsing serta mendapatkan berat yang ideal dan kekal sihat. Kurus dengan cara yang sihat, dalam masa yang sama susu badan tidak berkurang dan insyaAllah makin bertambah.

Kenapa saya katakan set kurus shaklee terbaik untuk ibu menyusu?
  • Set ini membantu menurunkan berat badan yang berlebihan secara selamat dan efektif.
  • Alfalfa dan ESP juga bertindak sebagai milkbooster dan mampu membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu. Jadi tak perlu risau susu berkurang atau merudum sewaktu mengambil set kurus shaklee ini.
  • Alfalfa membantu masalah sembelit tetapi ibu-ibu hendaklah konsisten minum air 2-3 liter sehari.
  • Bonusnya, ibu-ibu lebih bertenaga, kulit semakin cantik dan berseri selepas mengambil set kurus shaklee ini


Bagaimana Set Kurus Shaklee ini berfungsi?

  1. Lecithin – berfungsi membakar lemak berlebihan dalam badan
  2. Alfalfa – berfungsi sebagai detox untuk menyingkirkan toksin berlebihan serta membuang lemak yang telah dipecahkan dan turut bertindak sebagai milkbooster
  3. ESP – protein soya terbaik yang membantu ibu merasa kenyang, membantu pembakaran kalori 35% lebih tinggi dan merupakan milkbooster terbaik untuk ibu menyusu

Kombinasi Lecithin + Alfafa + ESP merupakan set kurus yang TERBAIK dan BERKESAN untuk ibu-ibu menyusu yang ingin kuruskan badan dan dalam masa yang sama meneruskan misi penyusuan sehingga anak 2 tahun.

Lecithin harga biasa RM52.50 untuk penggunaan 1 bulan, Alfalfa RM53.75 untuk penggunaan 1-2 bulan dan ESP harga biasa RM150 untuk penggunaan 2-3 bulan. Untuk mendapatkan harga DISKAUN, ibu-ibu boleh terus hubungi saya. Ibu-ibu juga akan diberikan Panduan Makan yang betul dan Konsultasi Percuma selepas pembelian.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Monday, July 8, 2013

// // 1 comment

Kurus Selepas Bersalin

Assalamualaikum...

Ramai ibu-ibu diluar sana bimbang akan kenaikan berat badan sewaktu mengandung. Iyelah..time preggy memang selera makan membuak-buak..dan ada yang naik berat badan lebih 20 kg.. Bila tengok badan dah kembang..mana tak risau...takut pulak susah nak turunkan berat badan after bersalin nanti.

Sebab tu ramai yang dah plan dalam kepala produk apa yang nak consume pasni supaya badan kembali kepada asal..tapi kene igt juga ye ibu2..lebih2 lagi buat ibu2 yang menyusukan bayinya..setiap produk yang bakal diambil nanti harus mengambil kira effectnya pada bayi ibu jugak.. Sometimes kene try n error jugak..

Jom lihat testimoni pengguna dibawah.. beliau menggunakan set berpantang shaklee..dan juga lecithin dan alfafa.. alfafa bukan sahaja dapat menurunkan berat badan malah mampu bertindak sebagai milkbooster.. sebab itu ibu tidak perlu risau akan kesan pada pengeluaran susu ibu..insyaallah makin bertambah susu. Lecithin akan bertindak memecahkan lemak2 yang ada. Ada juga ibu2 yang turut mengambil ESP Shaklee..ianya bagus..selain memberikan tenaga, ia juga mampu menurunkan berat badan kerana apabila mengambil esp anda akan rasa kenyang yang panjang.. so ibu2 boleh la cuba set pantang ini bersama dengan alfafa dan lecithin..kalau ada budget lebih boleh juga ambil ESP...pasti berbaloi..



Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Wednesday, June 19, 2013

// // Leave a Comment

Sihat Dan Kurus Bersama Shaklee

Assalamualaikum...

Pagi tadi saya dihubungi seorang sahabat dan dia bercerita tentang rawatan untuk hamil disebuah hospital. Katanya sedih dan kecewa sebab rawatan tak dapat nak proceed sekiranya dia tak turunkan berat badan sehingga mendapat bmi yang normal. Saya turut bersedih dengan dia sebab saya tahu dia jenis orang yang memang susah turun berat badan sebab dah macam2 dia cuba termasuk masuk pusat slim. Walau bagaimanapun dia tak putus asa..still berusaha dan sekarang mencuba produk shaklee..hope usaha dia berhasil dan dia cepat2 dapat zuriat.

So disebabkan itu saya nak suggestkan beberapa produk shaklee bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Antaranya herb lax dan alfafa untuk tujuan detox, omega guard dan lecithin untuk membakar lemak manakala esp dan cinch untuk membina otot. Ibu yang menyusu juga boleh menggunakan produk ini malah membantu memberikan tenaga dan bertindak sebagai milk booster..seronok kan..3 dalam 1...sihat, kurus n susu pon banyak..
set kurus shaklee

jom lihat testimoni mereka yang telah mengambil produk shaklee untuk kuruskan badan...

testimoni set kurus shaklee

testimoni set kurus shaklee

testimoni set kurus shaklee

Alhamdulillah mereka dah pon berjaya.. kawan2 yang nak cuba dan nak tau lebih lanjut tentang produk2 ini boleh hubungi saya..

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...