Showing posts with label b complex. Show all posts
Showing posts with label b complex. Show all posts

Wednesday, December 31, 2014

// // 1 comment

Apakah Kepentingan Vitamin B Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum...

Kalau anda perasan apabila kita hamil dan pergi melakukan checkup kat klinik, nurse pasti berikan beberapa vitamin untuk kita amalkan. Selain asid folic, salah satu vitamin lain adalah B Complex, yang berwarna kuning.

Tapi tahukah kita akan kepentingan vitamin B yang kita makan itu? Walaupun asid folic dan vitamin b diberikan secara berasingan tetapi asid folik itu juga merupakan salah satu vitamin b iaitu B9.

Terdapat lapan jenis vitamin B yang sering dirujuk sebagai vitamin B kompleks . Vitamin B bertindak membantu menukarkan makanan kepada tenaga dan juga penting untuk melaksanakan fungsi-fungsi lain seperti membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah . 

Adalah penting untuk wanita hamil mendapatkan nutrisi yang mencukupi dan mengambil vitamin B Complex, khususnya untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan .

Apakah Kepentingan Vitamin B untuk Ibu Hamil?


Vitamin B1 dan B2

Thiamine juga dikenali sebagai vitamin B1, ia sangat penting untuk pembangunan otak bayi dan ia membantu dalam fungsi normal otot, sistem saraf dan jantung. Wanita hamil memerlukan kira-kira 1.4 miligram thiamine sehari. Riboflavin, kadang-kadang dirujuk sebagai vitamin B2 adalah penting untuk kulit yang sihat, pertumbuhan dan penglihatan yang baik. Dos yang disyorkan bagi riboflavin adalah 1.4 miligram setiap hari untuk wanita hamil

Vitamin B3 dan B5

Niacin juga dikenali sebagai vitamin B3 yang membantu menghasilkan hormon seks. Wanita hamil memerlukan niacin yang lebih tinggi dari biasa dan jumlah dos harian yang disyorkan adalah 18 miligram . Asid Pantothenic atau vitamin B5 diperlukan dalam pengeluaran hormon dan kolesterol. Ia juga diperlukan untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Wanita hamil memerlukan 6 miligram asid Pantothenic sehari .


Vitamin B6 dan B7

Pyridoxine atau lebih dikenali sebagai vitamin B6. Vitamin ini diperlukan oleh semua sel dalam badan dan tertumpu pada organ badan dan terlibat dalam pengeluaran neurotransmitters. Ia diperlukan untuk perkembangan normal dan fungsi otak. Menurut University of Maryland Medical Center, Pyridoxine mungkin amat berguna untuk wanita hamil kerana beberapa kajian telah menunjukkan bahawa dos harian 30 miligram boleh membantu mengurangkan loya. Biotin atau vitamin B7 sering digunakan untuk merawat keguguran rambut, kuku rapuh dan ruam kulit pada bayi. Wanita hamil perlu mengambil 30 mikrogram Biotin sehari

Vitamin B9 dan B12

Daripada semua vitamin B kompleks, asid folik dikenali sebagai vitamin B9. Ia memainkan peranan yang paling penting di kalangan wanita hamil . Kekurangan asid folic walaupun seawal beberapa minggu pertama kehamilan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran berlaku. Untuk mengelakkan risiko kecacatan pada bayi, semua wanita sama ada yang sedang merancang untuk hamil atau tidak, perlu mengambil 400 mikrogram asid folik setiap hari. Vitamin B12 diperlukan untuk sintesis DNA dan pembentukan sel darah merah yang betul. Jumlah dos vitamin B12 yang disyorkan bagi wanita hamil adalah 2.6 mikrogram sehari.

Vitamin B kompleks adalah vitamin larut air. Ini bermakna ia perlu dimakan setiap hari kerana badan kita tidak boleh menyimpan vitamin B. Sumber vitamin B termasuklah protein seperti ikan, telur, daging, ayam dan produk tenusu serta sayur-sayuran hijau dan kekacang.


Bagi wanita hamil yang mungkin menghadapi kekurangan vitamin B dalam diet, boleh mengambil suplemen B Complex dan saya sangat syorkan anda mengambil B Complex Shaklee kerana ia lengkap dengan Asid Folik.
 

Untuk mendapatkan suplemen B Complex, boleh hubungi saya

-------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee Kuala Lumpur di sekitar Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Cheras serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan. 

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 
Read More

Wednesday, May 7, 2014

// // Leave a Comment

Kenapa Kita Perlukan Vitamin B?

Assalamualaikum..

Antara vitamin yang penting dan menjadi amalan buat saya sekeluarga adalah vitamin B Complex. Saya dan suami sangat sukakan vitamin B kerana ia memberikan kami tenaga dimana vitamin B ini bertindak menukarkan makanan kepada tenaga.

Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur, buah-buahan, gandum, ragi, hati, ikan, ginjal, kentang manis dan sebenarnya banyak lagi. Namun kita perlu tahu bahawa vitamin B yang lengkap atau nama lainnya ialah B Kompleks terdiri daripada lapan (8) vitamin B iaitu:

   ✔ B1 (thiamin)
   ✔ B2 (riboflovin)
   ✔ B3 (niacin)
   ✔ B6 (pyridoxine)
   ✔ B12 (cobalamine)
   ✔ Folic Acid
   ✔ Pantothenic Acid
   ✔ Biotin

Sebenarnya kita semua sangat perlukan vitamin B. Setiap komponen dalam vitamin B kompleks memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B kompleks boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B kompleks juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B kompleks akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.


TAHUKAH ANDA KENAPA KITA PERLUKAN VITAMIN B KOMPLEKS??

Secara umumnya setiap dari kita memerlukan B complex kerana:

✔ Vitamin B larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Malah ia perlu diganti setiap hari.

✔ Banyak vitamin B dimusnahkan atau menjadi tidak aktif kerana cahaya. Tidak banyak usaha yang boleh dilakukan untuk melindungi vitamin bernilai ini dari cahaya.

✔ Gula menghapuskan B Complex. Lima kali ganda B Complex mengikut RDA diperlukan untuk memetabolismekan gula dalam cuma satu minuman Cola. Dan bayangkan mengikut kajian… secara purata setiap kita menerima hampir 128 paun gula setahun.

✔ Stress mental dan fizikal meluputkan lebih banyak B Complex. Tekanan atau stress adalah asam ragam dalam hidup semua orang. Kebanyakan vitamin B dilibatkan dalam pengeluaran neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang membolehkan badan mengatasi stress dengan baik.

✔ Haba menghapuskan kebanyakan unsur B Complex. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin B sensitif kepada haba yang sering memusnahkannya. Sesungguhnya vitamin dimusnahkan ketika penyediaan makanan segera, makanan dalam tin, makanan yang dibekukan dan makanan siap masak.

✔ Antibiotik, pil tidur, pil perancang, racun serangga menghapuskan banyak vitamin B Complex. Ubat-ubatan ini menghapuskan bekalan B Complex dengan mudah.

✔ Sesetengah sumber B Complex yang terkaya diketepikan oleh sesetengah individu. Daging seperti hati, limpa dan jantung tidak dimakan atau dilarang untuk sesetengah individu disebabkan tuntutan keagamaan mahupun akibat kolesterol yang tinggi. Golongan vegetarian pula menghadapi masalah vitamin B12 sebab vitamin ini hampir tidak wujud dalam keluarga sayur-sayuran.

Credit: Dapur Aulad


Apakah Kelebihan Vitamin B Complex?

Sebenarnya banyak manfaat vitamin B kepada kesihatan kita. Antaranya:-

  1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
  3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  6. Mencegah stress.
  7. Menguatkan antibodi tubuh.
  8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  11. Mencegah anemia.

Jika anda mempunyai kekangan dalam memastikan pengambilan vitamin B yang lengkap, saya sangat syorkan untuk cuba amalkan pengambilan suplemen B Complex Shaklee.




Apakah kelebihan B Complex Shaklee?

Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik untuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee.

Secara ringkasnya Vitamin B SHAKLEE yang lebih baik mempunyai ciri-ciri berikut :
  • Sistem penyerapan bioaktif berpaten
  • Kesemua lapan (8) jenis vitamin B yang di perlukan termasuk Biotin
  • Peningkatan penghantaran zat
  • Tablet mudah ditelan

Bagaimana nak dapatkan suplemen B Complex Shaklee?

1 botol B Complex hanya RM53.75 SAHAJA. Sebotol pembelian B Complex Shaklee boleh digunakan selama 4 bulan penggunaan. Jimat sangat, & sungguh berbaloi-baloi.. Jom hubungi saya untuk dapatkan vitamin ini..


Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan. Selain daripada tempat ini, saya membuat pengeposan menggunakan khidmat Pos Laju

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Friday, April 11, 2014

// // Leave a Comment

Vitamin Untuk Pelajar

Assalamualaikum...

Dulu sewaktu belajar tak pernah terfikir pula nak amalkan vitamin. Lagipun pada masa tersebut saya belum terdedah tentang kepentingan vitamin kepada badan. Tapi pada zaman sekarang, sudah ramai pelajar yang mula mengamalkan vitamin dan mengetahui kepentingan vitamin untuk membantu mereka bukan sahaja cergas malah lebih fokus dan bijak.

Kenapa pelajar perlukan vitamin atau makanan tambahan?

Untuk mencapai kejayaan, ramai pelajar kerap menghadapi masalah kesihata, antaranya:-
  • tekanan atau stress
  • kurang tidur atau mengantuk
  • lemah daya ingatan
  • sakit kepala dan migrain
  • kurang tumpuan
  • keletihan dan sakit badan

Pemasalahan kesihatan ini boleh mengganggu prestasi pembelajaran mereka. Oleh itu, pengambilan vitamin dalam diet harian, insyaAllah dapat membantu mereka lebih sihat dan cergas.


Apakah vitamin yang sesuai untuk pelajar?

Terdapat beberapa vitamin yang boleh diamalkan oleh pelajar seperti esp, b complex dan omega guard. Apakah kebaikan vitamin ini pada pelajar? jom kita lihat satu persatu.


vitamin untuk pelajar

[ ESP ]
  • Sangat bagus sebagai sarapan pagi kerana ia mengandungi nutrien lengkap untuk memberi khasiat kepada pelajar.
  • Membekalkan tenaga sepanjang hari.


[ B COMPLEX ]
  • Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, anti stress (sebagai penenang).
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik.
  • Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.
  • Memberikan tenaga dan mengelakkan mengantuk.


[ OMEGA GUARD ]
  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam.
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Shaklee OmegaGuard  merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard  menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.

Banyak kebaikan vitamin ini kepada pelajar dan untuk mendapatkan vitamin ini, boleh hubungi saya segera.


Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Friday, March 14, 2014

// // Leave a Comment

Kenapa Kerap Letih?

Assalamualaikum..

Rasanya semua orang pernah berasa letih atau penat. Tetapi apakah penyebab yang membuatkan kita berasa letih dan tidak bermaya. Perhatikan gaya hidup kita kerana antara penyebab kita sentiasa letih adalah disebabkan oleh aktiviti harian kita.

Jom baca beberapa sebab dan kenapa kita kerap letih. Jangan rasa letih dan mengantuk pulak bila baca artikel ini .. :-)

tidak cukup tidur
TIDAK CUKUP TIDUR

Tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan tumpuan dan kesihatan anda terjejas. Orang dewasa perlu mendapatkan 7 - 8 jam tidur setiap malam. Jadikan tidur itu satu keutamaan dengan tidur tepat pada waktunya dan untuk mendapatkan tidur yang lena, jauhkan laptop, phone, tv dari bilik anda. Jika masih mempunyai masalah, anda berkemungkinan mengalami GANGGUAN TIDUR (sleep disorder). Sila dapatkan nasihat doktor.


SLEEP APNEA

Sesetengah individu merasakan bahawa dirinya mendapat tidur yang mencukupi, akan tetapi sleep apnea mengganggu anda. Sleep apnea bagaikan memberhentikan nafas anda pada waktu malam. Setiap kali anda diganggu anda akan terjaga tetapi berkemungkinan anda tidak sedar. Kesannya anda tidak dapat tidur yang cukup walaupun telah "tidur" selama 8 jam. Atasinya dengan mengurangkan berat badan anda sekiranya berat anda berlebihan dan berhenti merokok


TIDAK CUKUP TENAGA

Makan terlalu sedikit atau makan makanan yang tidak berkhasiat boleh menyebabkan anda rasa keletihan. Makan makanan yang seimbang kerana ia boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dalam range yang normal. Jangan skip breakfast dan ambil protein dan karbohidrat dalam setiap hidangan serta makan makanan ringan tetapi berkhasiat lebih kerap untuk tenaga yang berpanjangan


ANEMIA

Anemia sering berlaku di kalangan wanita. Wanita berada dalam risiko kerana wanita akan kekurangan zat besi sewaktu kedatangan haid. Sel-sel darah merah sangat diperlukan kerana ia membawa oksigen ke tisu dan organ-organ anda. Atasinya dengan makan makanan yang tinggi khasiat zat besi seperti daging tanpa lemak, hati, kerang, kekacang dan ambil suplemen yang mengandungi zat besi


kemurungan

KEMURUNGAN

Kemurungan bukan sahaja melibatkan emosi malah juga keadaan fizikal anda. Keletihan, sakit kepala, hilang selera makan adalah antara tanda-tanda biasa. Jika anda rasa keletihan dan kemurungan lebih dari seminggu, dapatkan nasihat doktor. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh melakukan psychoteraphy dan mengambil suplemen atau ubat-ubatan.



HYPOTHYROIDISM

Tiroid adalah kelenjar kecil yang berada di pangkal leher anda. Tiroid tersebut mengawal metabolisme anda dan menukarkan makanan kepada tenaga. Jika kelenjar tidak aktif dan fungsi metabolisme terlalu perlahan, anda akan rasa lembap dan menambahkan berat badan anda. Sekiranya ujian darah sah kan hormon tiroid anda rendah, hormon sintetik boleh membawa kepada keletihan


TERLALU BANYAK CAFFEINE

Caffeine boleh membantu meningkatkan kecerdasan dan tumpuan pada dos yang sederhana. Namun begitu, jumlah pengambilan caffeine yang terlalu banyak boleh meningkatkan kadar jantung, tekanan darah, dan jitteriness. Terlalu banyak jumlah caffeine juga menyebabkan keletihan. Atasinya dengan mengurangkan pengambilan kopi, teh, coklat, minuman ringan, dan ubat yang mengandungi caffeine secara beransur-ansur. Berhenti caffeine secara tiba-tiba juga boleh menyebabkan keletihan


DIABETES

Mereka yang mengalami diabetes mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam aliran darah dan bukannya memasuki sel badan yang seterusnya akan ditukarkan kepada tenaga. Atasinya dengan mengubah gaya hidup anda seperti kerap melakukan senaman dan jaga pemakanan anda dengan mengawal pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula



DEHYDRATION

Keletihan anda mungkin menunjukkan bahawa anda dehydrate. Anda memerlukan air secukupnya tidak kira cara anda bekerja. Dahaga merupakan anda dehydrate. Atasinya dengan kerap minum air sepanjang hari dan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari


PENYAKIT JANTUNG

Keletihan merupakan salah satu simptom bahawa anda berkemungkinan mengalami penyakit yang berkaitan dengan jantung. Sekiranya anda tidak lagi mampu melakukan aktiviti harian yang sebelum ini mudah dilakukan, segeralah berjumpa doktor. Anda juga boleh atasinya dengan mengubah gaya hidup anda. Mengambil ubat-ubatan dan therapeutic procedures boleh mengawal sakit jantung dan mengembalikan tenaga


KERJA MENGIKUT SHIFT

Kerja di waktu malam atau mengikut shift boleh mengganggu waktu anda. Anda berkemungkinan berasa letih apabila anda perlu bangun. Anda juga berkemungkinan mempunyai masalah untuk tidur pada waktu siang. Untuk mengatasinya, apabila anda perlu berehat, had kan pendedahan diri anda kepada cahaya. Anda perlu jadikan bilik anda gelap, tenang, dan sejuk. Pengambilan suplemen juga boleh membantu anda.


ALLERGY TERHADAP MAKANAN

Ia bukan sahaja membuat anda gatal-gatal, malah ia juga boleh menyebabkan anda rasa keletihan. Jika anda rasa letih selepas makan sesuatu makanan, itu bermakna anda mungkin tidak sesuai makan makanan tersebut. Cuba elakkan makanan tersebut dan observe sekiranya keletihan anda berkurangan


psst: nak dapatkan suplemen untuk bantu anda bertenaga dan rasa lebih sihat, jom hubungi saya 

Read More

Sunday, December 1, 2013

// // 1 comment

Atasi Alahan Ketika Hamil Dengan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum...

Ramai yang happy bila hamil.. saya pon.. saya memang sangat gembira apabila hamil dan hamil lagi. Tapi yang paling yang saya takut sepanjang kehamilan adalah waktu melahirkan. Memang seriau dan menakutkan, tapi tidaklah membuatkan saya serik untuk mengandung.

Tapi ramai juga yang rasa serik mengandung kerana alahan yang teruk sepanjang kehamilan. Walaupon saya tidaklah mengalami alahan yang terlalu teruk tapi nak menempuhi alahan sepanjang awal kehamilan memerlukan ketabahan yang tinggi dan sokongan daripada suami. Tapi itulah pengorbanan yang seorang wanita yang perlu lakukan untuk bergelar ibu.

Alahan atau morning sickness ni perkara biasa bagi wanita mengandung. Biasalah, hormon dah berubah. Memang kena banyak bersabar waktu ini. Sebelum ini saya dah kongsikan tips untuk mengatasi alahan, hari ini saya ingin cadangkan beberapa suplemen yang dapat membantu kita mengurangkan alahan sewaktu hamil. Jom lihat.

B CompleksOstematrixpeppermint ginger plus

B Complex

Kajian menunjukkan bahawa 1/3 daripada wanita yang mengambil Pyridoxine berjaya mengurangkan masalah morning sickness yang dihadapi. Pyridoxine ni adalah salah satu komponen dalam Vitamin B iaitu B6. Kebaikan Pyridoxine akan diperolehi secara optimum jika diambil bersama Asid Folik (B9), Niacin (B3) & Cobalamin (B12).

B Complex Shaklee mengandungi semua Vitamin B yang disebut tadi. Antara kelebihan vitamin B Complex;-
  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir
  • Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut
  • Mencegah stress
  • Menguatkan antibodi tubuh
  • Amat penting untuk aktiviti sel genetik
  • Diperlukan dalam pembentukan asid amino.
  • Keperluan untuk memproses dan memperbaiki sel-sel darah merah
  • Mencegah anemia

Ostematrix

Kalsium Shaklee dikenali sebagai Ostematrix..gabungan Calcium Magnesium lengkap dengan vitamin D. Ketiadaan kalsium menyebabkan maklumat tidak sampai kepada penerima iaitu otot dan saraf. Akibatnya, badan tidak dapat bergerak kerana tidak menerima arahan. Gejala paling ringan ialah, kekejangan otot atau pun cramp yang sering berlaku ketika mengandung.

Kebaikan Ostematrix :

  • Bantu tidur lena sepanjang malam
  • Badan terasa bertenaga & mudah bangun pagi keesokan harinya, terutama apabila digabung dengan pengambilan Shaklee B-Complex
  • Menghilangkan lenguh-lenguh & bisa-bisa badan
  • Mengurangkan rasa sakit pinggang & kejang kaki terutama buat ibu hamil
  • Melawaskan sistem penghadaman – mudah ‘membuang’ keesokan harinya (bukan cirit birit)

Peppermint Ginger Plus

Ia tidak akan mengganggu bayi kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi dan mempunyai sijil KKM. Direka khas oleh pakar herba utk mengurangkan morning sickness ibu hamil. Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. Pengambilan vitamin ini akan membantu mengurangkan loya yang dihadapi.

Terdiri daripada 4 bahan herba utama iaitu peppermint, ginger, fennel dan anise. Antara kebaikan  Peppermint-Ginger Plus:-
  • Melegakan senak perut
  • Membantu proses penghadaman
  • Menyamankan perut
  • Mengurangkan mual dan muntah
  • Membuang angin dalam badan
  • Mengurangkan sakit gastrik
  • Mengurangkan kesan mabuk perjalanan (bot, kereta, kapal terbang, etc.)

Jika anda juga mengalami dehidrasi disebabkan oleh alahan berpanjangan, boleh add on Performance Drink. Boleh juga mengambil MealShakes atau ESP untuk bekalan protein dan memberikan tenaga sepanjang kehamilan. Ramai juga yang telah mencuba set kehamilan shaklee dan berpuas hati.

TESTIMONI PENGGUNA





Jika ibu-ibu berminat untuk mencuba set kehamilan shaklee atau suplemen untuk membantu mengurangkan alahan di atas, boleh hubungi saya.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
Read More

Monday, August 26, 2013

// // 4 comments

Pentingnya Asid Folik untuk Kesuburan & Kehamilan

Assalamualaikum..

Wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mula mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil. Tetapi tahukah anda akan kepentingan asid folic ini? Jom saya kongsikan sedikit info tentang kepentingan asid folik ini untuk pengetahuan kita semua. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama.

Apa itu ASID FOLIK?

Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.

Mengapa ia PENTING?
  1. Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
  2. Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia). 
  3. Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
  4. Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
  •           Sumbing lelangit (cleft palate)
  •           Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
  •           Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
  •           Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

Bila ASID FOLIK perlu diambil?

Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
  • Merawat kesuburan pada lelaki

Dos Asid Folik yang DIPERLUKAN?
  • Wanita biasa - 400 microgram (0.4 mg) sehari
  • Wanita hamil - 600–800 micrograms sehari

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK?
  • Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli, oat
  • Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Pentingkah Asid folik untuk KESUBURAN LELAKI & WANITA?

Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim


Oleh itu tidak salah jika anda ingin mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil dan juga sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kesuburan anda. Kita berusaha ALLAH menentukan.  

NAK suplemen yang ada  FOLIC ASID?

Shaklee menyediakan dua produknya yang mengandungi asid folik. Kedua-dua produk ini memang sangat bagus dan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita. Jom kenali dua-dua produk yang terbaik ini.

B Complex dan Vitalea (Multivitamin) Shaklee ini mengandungi 200mcg Asid Folik. Untuk penjagaan kesihatan harian, pengambilan kedua-dua produk ini amat disyorkan. Badan yang sihat juga diperlukan untuk mendapatkan zuriat dan seterusnya untuk menghadapi proses kehamilan selama 9 bulan.


Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?
  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif.
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.

Kenapa perlukan Vita-Lea(Multivitamin & Multimineral)?
  • Penambahan tenaga segera.
  • Pelengkap nutrisi bg yg mengamalkan diet yg tidak seimbang terutamanya mereka yg mengamalkan sayuran shj (vegetarian) dan anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Note: Folic acid larut dalam air. Ini bermakna jika kita mengambil asid folik secara berlebihan, ia tidak dapat disimpan di dalam hati (pusat simpanan nutrient), maka ia akan dikeluarkan melalui air kencing.


Nak dapatkan kedua-dua suplemen ini? atau mana-mana satu.. boleh hubungi saya..

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Tuesday, March 5, 2013

// // Leave a Comment

Vitamin B Penting Untuk Kesihatan Yang Baik

Assalamualaikum...

Memang betul..vitamin B memang penting untuk memastikan kesihatan bertambah baik. Buktinya apabila husband saya mula mengamalkan vitamin ini, dia rasa bertenaga dan masalah mengantuk hilang malah dia bertambah fokus. Dan saya sendiri juga mengamalkan vitamin ini setiap hari untuk mengekalkan tenaga dan menjaga kesihatan badan lebih-lebih lagi saya dalam perancangan untuk hamil dan vitamin B dari Shaklee lengkap dengan asid folic yang amat penting untuk wanita.

Adakah kawan2 juga mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

Bagaimana untuk memilih B Complex yang baik? 

  1. Mengandungi kesemua 8 vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
  3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.
  4. Elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut air. (sustain release)

B Complex


B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.


Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Friday, March 1, 2013

// // 1 comment

Lebih Cergas Dengan Set Kesihatan Optimum

Assalamualaikum..

Dua bulan suami saya pergi kursus dan hari-hari ada kelas sampai petang. Tapi yang bestnya kursus kali ni, dia cakap dia rasa lebih cergas dan langsung tak mengantuk walaupon kelas sampai petang. Dulu tak macam ni dia cakap, tapi sejak dia amalkan vitamin c dan b complex, memang dia rasa lebih bertenaga. Saya memang bekalkan vitamin c dan b complex sebelum dia pergi kursus hari tu sebab dia asyik sakit kepala je. Alhamdulillah..bukan sakit kepala je hilang..badan pon rasa cergas dan bertenaga. Sekarang dia masih amalkan vit c dan b complex lebih-lebih lagi jika nak memandu jauh.

Sebenarnya saya lupa nak bekalkan satu lagi vitamin yang khas untuk kesihatan optimum. Walau bagaimanapun, kedua-dua vitamin tadi dah pon beri kesan positif pada suami saya. Memandangkan suami saya juga perokok walaupon bukan heavy smoker tapi penting untuk dia mengambil vitamin c kerana 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin c. Jadi dengan pengambilan vitamin c dapat menggantikan vitamin c yang hilang.

Buat kawan-kawan yang pentingkan penjagaan kesihatan baik suami, isteri, pelajar atau sesiapa saja, saya sangat syorkan pengambilan set kesihatan optimum ni. Jom lihat kebaikan setiap vitamin yang disyorkan.

set kesihatan optimum

Kenapa perlukan Vita-Lea(Multivitamin & Multimineral)?

  • Penambahan tenaga segera.
  • Pelengkap nutrisi bg yg mengamalkan diet yg tidak seimbang terutamanya mereka yg mengamalkan sayuran shj (vegetarian) dan anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Kenapa perlukan B-Complex?

  • Menukar makanan kepada tenaga.
  • Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu tumbesaran
  • Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik untuk mata
  • Mencegah anemia
  • Meredakan senggugut
  • Mencegah perlcche iaitu kerekahan mulut, mencegah jangkitan lidah, nafas berbau.
  • Meredakan Alahan

Kenapa perlukan Vitamin C?

  • Merangsang pembentukan Kolagen
  • Memperbaiki simptom pendarahan
  • Peningkatan Sistem Imun
  • Memerangi Kanser
  • Mencantikkan Kulit
  • Memperbaiki Insomnia, stress dan keresahan
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat.
  • Disamping itu Vita-C dapat membantu penyerapan iron yang ada dalam Vita-Lea.

Nak dapatkan semua atau salah satu pon boleh...boleh juga dapat dengan harga yang jimat. Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:


Norasiah Mahmood [ID: 893712]


Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Thursday, December 13, 2012

// // Leave a Comment

B Complex Membantu Masalah Migraine

Assalamualaikum...
migraine
gambar sekadar hiasan

Kira-kira 12-15% warga dunia iaitu seramai 28 juta orang, yang mengalami migraine. Sakit kepala itu mungkin hanya dimulai dengan simptom seperti seolah-olah melihat percikan pancaran cahaya (flashes of light), kabur pemandangan, rasa kebas di lengan atau kaki atau mungkin hanya dimulai dengan perasaan resah tanpa diketahui sebabnya.

Akhirnya penghidap migraine akan merasa sakit kepala yang kuat dan berdenyut-denyut di sebelah kepala, diikuti dengan loya, muntah dan amat sensitif pada cahaya dan bunyi bising. Ia menjadikan seseorang itu sengsara selama 4 hingga 72 jam.

Menurut Dr. Zubaidi, beliau pernah membaca sebuah jurnal perubatan yang memberitahu bahawa amalan supplemen vitamin B2, B6, B12, dan folic acid dapat membantu mengurangkan kekerapan, tahap keseriusan dan jangkamasa kesengsaraan yang disebabkan oleh migraine.

Kajian yang dilakukan itu menunjukkan pengambilan supplemen itu telah mengurangkan kekerapan serangan migraine antara 30-50% jika diamalkan selama tiga hingga enam bulan.

Ini bermakna setelah mengamalkan supplemen itu selama enam bulan, barulah kesannya dapat dirasakan. Ia tidak akan mendatangkan hasil jika hanya diamalkan hanya beberapa minggu saja.

Migraine itu tetap akan datang, namun kekerapannya akan berkurangan. Contohnya jika seseorang itu diserang migraine setiap bulan, maka kekerapan itu berkurangan menjadi setiap dua bulan.

Ada dua perkara yang dipelajari dalam kajian itu iaitu, suplemen itu memakan masa antara 3-6 bulan dan kekerapannya akan berkurang (bukannya hilang terus).


Shaklee juga menyediakan Vitamin B Complex yang lengkap dengan asid folic..hubungi saya sekiranya anda ingin mendapatkannya..

Shaklee B Complex
 

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Tuesday, December 11, 2012

// // 1 comment

Senggugut Antara Punca Ketidaksuburan

Assalamualaikum..

Senggugut? Senggugut ialah rasa sakit sewaktu datang haid ini yang disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium. Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Senggugut biasanya akan hilang selepas berumahtangga dan mendapatkan anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau bagaimanapun sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka juga mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’.

Ramai yang mengambil ubat seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex untuk melegakan senggugut. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan ini hanya memberikan kelegaan sementara sahaja dan senggugut akan berulang lagi pada kitaran haid seterusnya.

Jom atasi masalah senggugut dengan pengambilan suplemen. Suplemen ini bukan sahaja mengurangkan masalah senggugut tetapi turut membantu dalam mengatur kitaran haid dan memberikan rasa sihat kepada anda.

 

GLA Complex

Digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. Ia juga menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid

 

OsteMatrix

Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan. Membekalkan unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi, mengandungi magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya dan vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

 

B-Complex

Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Kekurangan vitamin B meningkatkan paras estrogen dan kesan PMS.


Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Thursday, October 18, 2012

// // Leave a Comment

Vitamin Untuk Kulit Kekal Cantik & Segar

Assalamualaikum..

Siapa sahaja mahu cantik.. first impression tentulah tengok cantik luaran.. tetapi untuk cantik tidak hanya harus menjaga luaran sahaja..dalaman juga harus diberi perhatian kerana apabila dalaman cantik maka akan terpancar seri ke luaran..

set kecantikan shaklee


Academy of Dermatology (AAD) telah membuat kajian tentang kegunaan vitamin E dan Vitamin C dalam bidang kecantikan kulit.
Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri

Bukan itu saja, malah anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga kerana gabungan vita C dan Vita E merupakan antioksidan yang hebat untuk melawan radikal bebas dalam tubuh kita. B Complex pula menukarkan makanan kepada tenaga, menjadikan kita lebih bertenaga selepas makan.

credit: http://vitaminsemulajadi.com/vitamin-untuk-kulit-cantik/

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:
Norasiah Mahmood
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
norasiahmahmood@gmail.com
https://www.facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...