Showing posts with label vita-lea. Show all posts
Showing posts with label vita-lea. Show all posts

Thursday, December 4, 2014

// // Leave a Comment

Multivitamin Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum

Ibu yang mengandung sangat memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk bayi yang dikandung dan juga untuk diri sendiri. Bagaimana nak mendapatkan nutrisi yang cukup? Senang sahaja, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan makan pelbagai jenis makanan yang sihat mengikut piramid makanan. Diet yang seimbang adalah cara terbaik untuk mendapatkan nutrien yang anda dan bayi anda perlukan.

Jadi perlukah ibu hamil mengambil multivitamin? Multivitamin untuk ibu hamil pada pendapat saya adalah sangat penting sekiranya kita sukar untuk mendapatkan diet yang seimbang. Keadaan seperti tidak boleh makan kerana loya atau alahan yang teruk sewaktu awal kehamilan atau sibuk di tempat kerja, boleh menyebabkan kita kekurangan nutrisi dan pada saat ini multivitamin mungkin dapat membantu kita mendapatkan nutrisi yang diperlukan.

Malah ada sesetengah ibu yang mengandung mengalami hb yang rendah, mudah pitam atau pening kepala kerana kekurangan zat besi dalam pengambilan diet harian mereka. Keadaan begini boleh memudaratkan ibu dan bayi yang dikandung. InsyaAllah dengan bantuan suplemen atau multivitamin, dapat membantu ibu lebih sihat dan cergas sepanjang kehamilan.

Terdapat pelbagai jenis multivitamin untuk ibu hamil dipasaran dan anda harus bijak dalam memilih multivitamin yang selamat untuk bayi dan juga diri anda. Pastikan anda membaca label dan tahu apa kandungan setiap di dalam multivitamin itu.


Vita-Lea® with Iron Formula - Multivitamin Yang Selamat Untuk Ibu Hamil

Multivitamin Untuk Ibu Hamil

Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Ianya dikatakan KILLER PRODUCT OF SHAKLEE kerana ianya adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel.


Apabila Diambil Setiap Hari, Vita-Lea:
  • Membantu mengekalkan kesihatan yang sempurna
  • Mengandungi beta karotena yang bermanfaat untuk menggalakkan pertumbuhan, memelihara penglihatan dan menjanakan semula tisu.
  • Membekalkan kalsium, fosforus serta vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • Biotin dan asid pantotenik menyokong metabolisme lemak dan karbohidrat
  • Vitamin B12 merangsang pembentukan sel-sel darah merah

Apakah perbezaan multivitamin VITA-LEA Shaklee?

  • Merupakan multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia
  • Setiap tablet Vita-Lea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diesktrak daripada sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Dilengkapi dengan 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA
  • Diformulasikan secara komprehensif dan seimbang
  • Diselaputi dengan spirulina
  • Dihasilkan dengan kaedah terkini dan teknologi yang kompleks
  • Mineral yang terkandung dalam Vita-Lea mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil
  • Ujian klinikal membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
  • Dipilih oleh Center of Science di US sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN dalam Public Interest tahun 2000


Apa manfaat utama VITA-LEA Shaklee?

  • Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental
  • Membantu sistem memori dan fokus
  • Merupakan pelengkap nutrisi
  • Meningkatkan sistem produktif terutama bagi remaja yang sedang membesar
  • Membantu dalam stimulasi metabolisma
  • Membantu melambatkan proses penuaan
  • Menyediakan nutrisi asas, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru
  • Membantu proses tumbesaran
  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung, hati


Setiap ibu tentunya mahukan yang terbaik buat anak yang dikandung. Jadi jagalah kesihatan serta pemakanan kita untuk membantu tumbesaran anak yang sempurna. InsyaAllah pengambilan multivitamin tidak akan memudaratkan ibu hamil jika mengikut dos yang ditetapkan.

Vita-Lea Shaklee hanya RM88.75 sahaja, mengandungi 120 biji yang boleh dimakan selama 4 bulan. Nak dapatkan vitalea hari ini? boleh hubungi saya,

Vita lea Shaklee membantu masalah hemoglobin rendah sewaktu mengandung

Pentingnya Vitamin Untuk Ibu Hamil

-------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee Kuala Lumpur di sekitar Sungai Besi, Bandar Tasik Selatan, Cheras serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan. 

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 
Read More

Wednesday, January 15, 2014

// // 1 comment

Berjaya Tambah Berat Badan dengan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini ingin berkongsi pengalaman daripada seorang pengguna produk shaklee yang telah berjaya menambah berat badan. Bukan beliau sahaja yang berjaya menambah berat badan, malah berat badan suami beliau juga turut naik sebanyak 2 kg. Sebenarnya memang ramai yang ingin menambah berat badan diluar sana dan memang ramai yang telah menghubungi saya untuk mencuba set tambah berat badan shaklee. 

Jom ikuti perkongsian cerita beliau..

"Sekadar nak berkongsi...saya sejak anak dara lagi berat saya tak pernah cecah 40kg...makan la banyak mana pun memang berat akan maintain 36-37kg je...dah kahwin pun sama jugak...pregnant baru la dapat cecah sehingga 50kg...then lepas pantang turun balik ke berat asal...sampaikan nurse2 kat Klinik Kesihatan marah2 la suruh makan banyak skit hehe...tapi dah tak tau nak buat camna lagi dah nak bagi berat naik skit...

Saya register ahli Shaklee untuk tujuan utama saya nak tambah susu bdn nak BF anak lelaki saya yang dah cecah setahun...namun selain dapat tambah susu bdn...tujuan saya ialah nak tambah berat badan...Alhamdulillah dengan izin Allah menjadi dan saya sangat puashati...xde la pipi nmpk tulang pipi je..

Naik berat badan tak bermaksud gemuk ye...tapi shape your body dan built muscle

saya
28/10/2013 - berat asal 36-37kg
28/11/2013 - berat naik 38kg
14/12/2013 - berat naik 38.6kg
11/1/2014 - berat naik 39.3kg
total kenaikan - 2kg ++
Target berat Ideal lagi 8kg

suami
berat asal 53kg
14/2/2013 - berat naik 54kg
11/1/2014 - berat naik 55kg
total kenaikan - 2kg " - Pn. Intan Rahayu

berat badan naik
klik gambar untuk lebih jelas
Set tambah berat badan shaklee sebenarnya bukan sahaja membantu meningkatkan berat badan malah membantu memberikan nutrisi yang mencukupi kepada badan.


Apa yang ada dalam set tambah berat badan? Pertama adalah Vitalea iaitu multivitamin lengkap yang penting untuk badan. Kadang-kadang kita memang makan dengan kuantiti yang banyak, dengan harapan untuk menambah berat badan tetapi tidak juga naik beratnya. Ini kerana makanan yang kita makan itu tidak seimbang dan tentunya nutrisi juga berkurang. Jadi dengan pengambilan Vitalea akan membantu memenuhi nutrisi yang berkurangan tadi.

Kedua adalah B Complex...orang yang kurus kebanyakkannya mempunyai metabolisme yang tinggi. Jadi makanan akan cepat ditukarkan ke dalam bentuk tenaga. Pengambilan B Complex dapat membantu mengawal kadar metabolisme tadi dan b compleks juga dapat membantu meningkatkan selera makan.

Ketiga adalah MealShakes iaitu multivitamin yang kaya dengan protein dan juga serat. Berperisa vanilla yang sedap dan wangi. Juga membantu meningkatkan selera makan.

Buat mereka yang ingin menambah berat badan, jom cuba vitamin semulajadi Shaklee ini. Halal dan diluluskan oleh KKM. Nak cuba? boleh hubungi,

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 
Read More

Friday, January 10, 2014

// // Leave a Comment

Vitamin untuk Masalah Tiroid

Assalamualaikum...

Tiroid?? Salah seorang rakan ofis dulu pernah menceritakan kepada saya yang beliau mempunyai tiroid dimana leher beliau akan membengkak dan mata seperti nak menonjol keluar. Beliau pernah diberitahu doktor yang merawat yang beliau akan sukar mendapat anak tapi alhamdulillah, semua dengan kuasa Allah, rakan saya tadi diberikan 5 orang anak dan bahagia.

ok la back pada cerita tiroid. Apa sebenarnya penyakit tiroid ini? Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Sel-sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4. Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb.

T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4. T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita.

Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu sistem yang kompleks. TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.

Antara yang berisiko menghidap penyakit ini ialah :
  • Perempuan
  • Genetik
  • Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain
  • Usia lebih 60 tahun
  • Perokok

Jenis penyakit tiroid utama

1. Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis (HYPER)

Hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah:-
  • Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. biasanya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). biasanya keadaan ini akan pulih dengan sendirinya
  • Toxic nodule goiter. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
  • Bengkak di leher
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Bad mood
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah.
  • Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut rontok
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah

2. Hypothyroidism (HYPO)

Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup. Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyridism
  • Badan rasa lemah
  • Daya ingatan menurun
  • Hilang indera rasa dan bau
  • Kadar pengepaman jantung perlahan
  • Kulit jadi kuning – lesu, pucat
  • Kulit kering
  • Masalah kesuburan
  • Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi)
  • Muscle cramp dan bengkak
  • Myxedema – cecair keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka) Pendarahan haid banyak (heavy period)
  • Percakapan lambat
  • Pertambahan berat badan
  • Rambut rontok
  • Rasa mengantuk
  • Rendah nafsu seks
  • Sakit kepala
  • Sembelit
  • Suara menjadi serak
  • Tak tahan sejuk

Bagaimana vitamin membantu masalah penyakit tiroid?

Vitamin Shaklee adalah antara cadangan kepada mereka yang mengalami masalah tiroid iaitu dengan memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi supaya dapat membantu keseimbangan fungsi kelenjar tiroid. Ia turut bergantung kepada jenis tiroid yang dialami.

Suplemen utama untuk masalah hypertiroidisme adalah ESP


- mengandungi protein soya yang mempunyai unsur-unsur estrogen
- kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan
- ini berguna untuk pesakit yang mengalami hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid

** boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)



Untuk hypotiroidisme

1) VITA-LEA IRON FORMULA
- multivitamin yang mengandungi semua vitamin yang baik untuk pesakit hipotiroidisme iaitu iodine, vitamin A, D, E, B2, B3, B6, zink
- sumber iodine (kekurangan iodine adalah satu satu punca terjadinya hypotiroidisme)
- vitamin A, D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif)
- vitamin B2, B3, B6 berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid
- zink diperlukan dalam proses penghasilan tiroksin @ T4 (hormon tiroid tak aktif) dalam kelenjar thyroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif @ tironin)
**Vitalea tidak digalakkan diambil oleh pesakit Hypertiroid untuk mengelakkan perembesan hormon yang lebih tinggi.

2) VITA-E COMPLEX
- kelebihan vitamin E Shaklee ialah ia mengandungi 10mg Selenium semulajadi
- Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid (salah satu penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan)
- vitamin E bersifat anti-oksidan (juga vitamin A dan C) yang melawan radikal-radikal bebas (kajian menunjukkan pesakit hipotiroidisme mempunyai tahap antioksidan yang rendah)


Selain daripada suplemen yang dinyatakan di atas, pesakit tiroid samada Hipo atau Hiper boleh juga mengambil vitamin lain yang baik untuk badan dan mengandungi antioksida yang tinggi seperti B Complex, Vitamin C, Omega Guard (Omega-3), Ostematrix dan paling baik adalah VIVIX. Vitamin-vitamin ini dapat memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi supaya dapat membantu keseimbangan fungsi kelenjar tiroid serta menjamin kesihatan menyeluruh dan tubuh berfungsi dengan baik.

jom lihat testimoni pengguna



Alhamdulillah, suplemen banyak membantu mereka-mereka ini. Jika anda berminat untuk dapatkan suplemen untuk masalah tiroid anda atau ahli keluarga anda, boleh hubungi saya...

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 
Read More

Monday, September 2, 2013

// // Leave a Comment

Tambah Berat Badan Dengan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum...

Seringkali kita dengar ramai orang yang nak kurus, nak slim, nak turunkan berat badan. Tapi jangan tak tahu, ramai juga yang nak tambah berat badan, nak berat badan ideal, nak senang pilih saiz baju dan nak  potongan badan yang menarik.

Camana nak tahu berat badan kita ideal atau tidak? Anda sebenarnya boleh mengiranya sendiri dengan menggunakan jadual dibawah. Tapi kalau malas, boleh je pergi mana tempat alat timbang berat yang ada sekali ngan bmi index ni, nanti dapat result dan bmi index kita. 

bmi index

Salah satu tips untuk menambahkan berat badan adalah dengan mengamalkan makanan tambahan. Dengan mengamalkan suplemen yang sesuai, kadar metabolisme dapat dikawal dan selera makan juga bertambah.

Antara suplemen yang diperlukan untuk menambahkan berat badan adalah Vitalea, B Complex dan Meal Shakes.


Vitalea Iron Formula - Multivitamin yang hebat sebagai suplemen seimbang dan komprehensif bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang deperlukan. Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik dan mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.

Vitamin B complex - mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Meal Shakes - Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. 

Anda perlu mengambil Vitalea, B Complex dan Meal Shakes mengikut jadual yang telah disediakan. Kebiasaannya pengguna yang mengamalkan produk yang dicadangkan akan naik dalam lingkungan 2kg selapas sebulan.

Pagi (Sarapan) :
Makan pagi (terserah, nasi goreng or nasi lemak or ape2..janji mesti ada daging/ayam /telur/ikan)
Minum susu 1 gelas (bancuh 1 sudu Meal Shakes)
Makan B Complex (1 biji) dan Vitalea (1 biji) dengan air kosong.

Brunch (Makan dalam jam 10 pagi iaitu makan antara makan pagi dan makan tengah hari) :
Makan roti, Minum susu 1 gelas

Tengah hari /lunch:
Makan siang yang bergizi seperti biasa seperti -nasi plus lauk ayam/ikan/daging. (Tak perlu makan banyak)

Minum Petang /Tea time:
Makan roti, Minum susu 1 gelas(bancuh 1 sudu mealshake)

Makan Malam:
(sebaiknya 3-4 jam sebelum tidur..nasi + lauk.. Tak perlu makan banyak). Makan Vitalea 1 biji.

10 minit sebelum tidur:
Makan roti sekeping. Minum susu 1 gelas

PERATURAN /RULES
Senaman sehari 10 minit paling kurang...tidak perlu melakukan senaman yang berat. Cukuplah dengan mengangkat botol air mineral yang 500 liter tu. Angkat macam angkat berat. Ataupun skipping atau apa-apa senaman untuk membina otot badan dan jangan makan makanan ringan dan ikut jadual ni selama sebulan.

Jom lihat testimoni pengguna...



Alhamdulillah, ramai yang berpuas hati dan anda juga boleh membaca testimoni daripada pasangan suami isteri ini juga..

KLIK UNTUK BACA TESTIMONI PASANGAN YANG BERJAYA TAMBAH BERAT BADAN 


Berminat nak tambah berat badan? Jom beli sekarang!!!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9b2e035e5362c96aea4c28083f02d6ff
----------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee kuala lumpur di sekitar sungai besi, bandar tasik selatan, cheras serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Read More

Sunday, September 1, 2013

// // Leave a Comment

8 Tips Menambah Berat Badan

Assalamualaikum...

Sebenarnya, ada dua faktor kenapa kita tidak berjaya menambah berat badan. Yang pertamanya adalah, makanan yang diambil tidak sempat diproses menjadi nutrien yang boleh digunakan oleh tubuh secara 100% sepenuhnya disebabkan oleh kadar metabolisme yang cepat. Ini menyebabkan nutrien dibuang begitu sahaja dengan sia- sia.

Yang keduanya, adalah pengambilan makanan yang sedikit (makan sedikit sahaja dah rasa kenyang). Perut tidak dapat menampung pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak disebabkan telah menjadi kebiasaan makan sedikit sahaja.

Jom ikuti 8 tips berikut untuk menambah berat badan dan mendapatkan berat badan yang ideal.

1. Penting untuk mengambil banyak makanan yang tinggi kalori, protien dan garam galian.
  • Caranya: Gantikan nasi dengan roti. Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi dan sejam kemudian roti.

2. Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari
  • Caranya: Pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan. Digalakkan mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek.

3. Makan secara kerap. Jika tidak mempunyai selera makan, boleh makan lima atau enam hidangan kecil sehari
  • Caranya: Ambil hidangan yang sihat. Amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat tetapi melambatkan proses metabolisme tubuh.

4. Pada waktu pagi, ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protien tinggi
  • Caranya: Minum satu gelas susu pada setiap hari, roti atau telur separuh masak. Hindari makanan yang mengandungi banyak lemak

5. Melakukan senaman secara teratur
  • Caranya: Lakukan senaman senaman bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu. Pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan

6. Selepas selesai senaman, boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi
  • Caranya: Ambil makanan yang mempunyai sumber protien dan karbohidrat. Ini untuk mengantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.

7. Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia
  • Caranya: Lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula, minyak dan lemak dalam makanan

8. Sokongan makanan tambahan
  • Caranya: Contohnya vitamin B yang membantu mencernakan nutrisi yang diambil.


Tambah Berat Badan Dengan Vitamin Shaklee

Terdapat 3 jenis vitamin Shaklee yang sesuai untuk menambahkan atau menaikkan berat badan iaitu Meal Shakes, Vitamin B Complex dan Vitalea. Serba sedikit penerangan tentang ketiga-tiga produk.


Meal Shakes - membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Berperisa vanilla yang sedap.

Vitamin B Complex - mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Vitalea - membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

Berminat dan teringin nak tambah berat badan? Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Monday, August 26, 2013

// // 4 comments

Pentingnya Asid Folik untuk Kesuburan & Kehamilan

Assalamualaikum..

Wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mula mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil. Tetapi tahukah anda akan kepentingan asid folic ini? Jom saya kongsikan sedikit info tentang kepentingan asid folik ini untuk pengetahuan kita semua. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama.

Apa itu ASID FOLIK?

Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.

Mengapa ia PENTING?
  1. Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
  2. Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia). 
  3. Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
  4. Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
  •           Sumbing lelangit (cleft palate)
  •           Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
  •           Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
  •           Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

Bila ASID FOLIK perlu diambil?

Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
  • Merawat kesuburan pada lelaki

Dos Asid Folik yang DIPERLUKAN?
  • Wanita biasa - 400 microgram (0.4 mg) sehari
  • Wanita hamil - 600–800 micrograms sehari

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK?
  • Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli, oat
  • Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Pentingkah Asid folik untuk KESUBURAN LELAKI & WANITA?

Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim


Oleh itu tidak salah jika anda ingin mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil dan juga sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kesuburan anda. Kita berusaha ALLAH menentukan.  

NAK suplemen yang ada  FOLIC ASID?

Shaklee menyediakan dua produknya yang mengandungi asid folik. Kedua-dua produk ini memang sangat bagus dan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita. Jom kenali dua-dua produk yang terbaik ini.

B Complex dan Vitalea (Multivitamin) Shaklee ini mengandungi 200mcg Asid Folik. Untuk penjagaan kesihatan harian, pengambilan kedua-dua produk ini amat disyorkan. Badan yang sihat juga diperlukan untuk mendapatkan zuriat dan seterusnya untuk menghadapi proses kehamilan selama 9 bulan.


Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?
  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif.
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.

Kenapa perlukan Vita-Lea(Multivitamin & Multimineral)?
  • Penambahan tenaga segera.
  • Pelengkap nutrisi bg yg mengamalkan diet yg tidak seimbang terutamanya mereka yg mengamalkan sayuran shj (vegetarian) dan anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Note: Folic acid larut dalam air. Ini bermakna jika kita mengambil asid folik secara berlebihan, ia tidak dapat disimpan di dalam hati (pusat simpanan nutrient), maka ia akan dikeluarkan melalui air kencing.


Nak dapatkan kedua-dua suplemen ini? atau mana-mana satu.. boleh hubungi saya..

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Friday, March 1, 2013

// // 1 comment

Lebih Cergas Dengan Set Kesihatan Optimum

Assalamualaikum..

Dua bulan suami saya pergi kursus dan hari-hari ada kelas sampai petang. Tapi yang bestnya kursus kali ni, dia cakap dia rasa lebih cergas dan langsung tak mengantuk walaupon kelas sampai petang. Dulu tak macam ni dia cakap, tapi sejak dia amalkan vitamin c dan b complex, memang dia rasa lebih bertenaga. Saya memang bekalkan vitamin c dan b complex sebelum dia pergi kursus hari tu sebab dia asyik sakit kepala je. Alhamdulillah..bukan sakit kepala je hilang..badan pon rasa cergas dan bertenaga. Sekarang dia masih amalkan vit c dan b complex lebih-lebih lagi jika nak memandu jauh.

Sebenarnya saya lupa nak bekalkan satu lagi vitamin yang khas untuk kesihatan optimum. Walau bagaimanapun, kedua-dua vitamin tadi dah pon beri kesan positif pada suami saya. Memandangkan suami saya juga perokok walaupon bukan heavy smoker tapi penting untuk dia mengambil vitamin c kerana 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin c. Jadi dengan pengambilan vitamin c dapat menggantikan vitamin c yang hilang.

Buat kawan-kawan yang pentingkan penjagaan kesihatan baik suami, isteri, pelajar atau sesiapa saja, saya sangat syorkan pengambilan set kesihatan optimum ni. Jom lihat kebaikan setiap vitamin yang disyorkan.

set kesihatan optimum

Kenapa perlukan Vita-Lea(Multivitamin & Multimineral)?

  • Penambahan tenaga segera.
  • Pelengkap nutrisi bg yg mengamalkan diet yg tidak seimbang terutamanya mereka yg mengamalkan sayuran shj (vegetarian) dan anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Kenapa perlukan B-Complex?

  • Menukar makanan kepada tenaga.
  • Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu tumbesaran
  • Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik untuk mata
  • Mencegah anemia
  • Meredakan senggugut
  • Mencegah perlcche iaitu kerekahan mulut, mencegah jangkitan lidah, nafas berbau.
  • Meredakan Alahan

Kenapa perlukan Vitamin C?

  • Merangsang pembentukan Kolagen
  • Memperbaiki simptom pendarahan
  • Peningkatan Sistem Imun
  • Memerangi Kanser
  • Mencantikkan Kulit
  • Memperbaiki Insomnia, stress dan keresahan
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat.
  • Disamping itu Vita-C dapat membantu penyerapan iron yang ada dalam Vita-Lea.

Nak dapatkan semua atau salah satu pon boleh...boleh juga dapat dengan harga yang jimat. Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:


Norasiah Mahmood [ID: 893712]


Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Thursday, November 1, 2012

// // Leave a Comment

Vita lea Shaklee membantu masalah hemoglobin rendah sewaktu mengandung

Assalamualaikum..

Sebelum ni saya ada share artikel tentang masalah hb rendah atau anemia untuk kita kongsikan bersama. Hari ni saya nak share pulak testimoni customer yang mempunyai masalah hb rendah sewaktu mengandung dan suplemen apa yang mereka ambil.

vitalea - hb rendah

vitalea - hb rendah

kedua-dua mereka mengambil suplemen Vita-lea Shaklee... Alhamdulillah..masalah mereka dapat di atasi. jom kita baca sedikit maklumat tentang vitalea.


Vita-Lea Iron Formula... Multivitamin & Multimineral... Multi yang Hebat

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Tuesday, October 30, 2012

// // Leave a Comment

Bahaya Kekurangan Zat Besi - Hb rendah sewaktu hamil

Assalamualaikum..

Mengandung merupakan saat yang paling indah buat saya. Walaupun mengalami berbagai alahan dan penat tapi itulah moment yang tidak dapat saya lupakan dan melihat perut yang semakin membesar dari hari ke hari membuat saya teruja. Alhamdulillah..walaupun sudah 2 kali mengandung tapi sepanjang mengandung saya tidak mengalami masalah yang serius.. Hari ni saya nak share tentang masalah hb rendah sewaktu mengandung..walaupun saya tidak pernah mengalaminya tapi sebagai wanita kita patut tahu tentang masalah kesihatan yang berkaitan dengan kita.

Rasa letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.

Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.

Memandangkan seorang daripada tiga wanita mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi, keadaan itu lebih lazim berlaku daripada yang disangka.Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal, tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.


Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.

Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.

“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.

Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.

Katanya, dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.

Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:
  • Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
  • Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
  • Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
  • Ibu yang menyusukan bayinya

Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia? Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.

Katanya, anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.

Anemia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah.

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita juga digalakkan berjumpa doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam darah namun malangnya, kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan ketika ujian darah dijalankan, mereka sudah pun didapati mengalami anemia ringan.

Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.

Dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan kumpulan wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan mendapatkan bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan.

Menurut Dr Premitha, tahap keterukan dan punca anemia menentukan terapi yang akan disyorkan oleh doktor, selain pesakit perlu membuat serba sedikit perubahan gaya hidup dan pemakanan.

Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu.

“Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit.

“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.

Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan.

Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.

Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.

Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.

Katanya, dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.

“Wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.

“Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.

“Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat simptom kekurangan zat besi,” katanya.

Memahami anemia dan kehamilan
  • Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi.
  • Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan

  • Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
  • Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.

Pengesanan
  • Pemeriksaan di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.
    Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka. 

Pencegahan dan rawatan 
  • Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu.
  • Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...