Showing posts with label set breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label set breastfeeding. Show all posts

Thursday, September 5, 2013

// // Leave a Comment

ESP Shaklee Bantu Ibu Menyusu Kuruskan Badan

Assalamualaikum...

Menurut kajian, ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200 hingga 500 kalori setiap hari. Bagaimanapun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan.Pemakanan yang seimbang penting untuk ibu dan bayi yang disusukan.

Kajian juga menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan disebabkan zat yang tidak mencukupi. Kekurangan protein akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan enzim (enzim terbina daripada asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi. Protein biasanya membuatkan kita rasa kenyang dalam jangka masa lebih panjang. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau berkurangan, lemak tidak dapat dibakar dan berkumpul secara berlebihan.

Disebabkan itu, didalam set kurus shaklee untuk ibu menyusu terdapatnya ESP yang kaya dengan protein soya. ESP dapat membantu ibu berasa kenyang untuk jangkamasa yang lebih panjang serta membantu pembakaran kalori 35% lebih tinggi. ESP juga mampu bertindak sebagai milkbooster terbaik untuk ibu menyusu dan ini membantu ibu untuk terus menyusukan bayi tanpa sebarang masalah.


Pn. Atikah ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg selepas mengamalkan ESP selama 4 bulan dan beliau juga masih menyusukan anaknya. Hebat bukan...

Melalui pengalaman saya sendiri sewaktu mengambil ESP sebagai suplemen untuk breastfeeding, ESP ini memang menyebabkan saya rasa tidak lapar dan rasa kenyang yang lama. Memandangkan berat badan saya sudah ideal, sememangnya saya tidak mahu menurunkan berat badan tetapi dengan pengambilan ESP ini berat saya turun juga 2kg.

Walaubagaimana, kesan terdapat individu adalah berbeza. Yang penting kita dapat meneruskan usaha untuk breastfeeding dan dalam masa yang sama menurunkan berat badan dan kembali langsing serta cantik menawan.

Berminat nak cuba ESP Shaklee yang sedap ini? Hubungi saya untuk dapatkan HARGA TERBAIK serta maklumat lanjut tentang ESP ini.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Wednesday, September 4, 2013

// // Leave a Comment

Set Kurus Shaklee Terbaik Untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum...

Kita sebagai sebagai wanita dan isteri, memang berharap agar dapat mengekalkan bentuk tubuh badan yang menarik untuk menambat hati suami. Yang kurus nak gemuk dan yang gemuk pula nak kurus. Bukan tidak puas dengan apa yang dikurniakan, tapi nak menjadi yang lebih baik. Tapi maklum sahajalah, bila dah bersalin sekali dua, berat badan susah nak turun. Tambahan pula, bila menyusukan anak sepenuhnya, bukan saja tak boleh mengambil ubat pelangsing sebarangan tetapi nak berdiet berlebihan pun kurang digalakkan kerana dikhuatiri menjejaskan pengeluaran susu atau membahayakan bayi.

Secara asasnya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah menurut kajian, ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200 hingga 500 kalori setiap hari. Bagaimanapun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan.

Ada beberapa panduan yang mungkin berguna untuk ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan. Paling utama ibu tersebut perlu minum air secukupnya. Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seelok-eloknya hanya minum air setengah jam selepas makan. Ibu juga dinasihatkan untuk makan apabila perut berasa lapar. Mereka juga perlu ingat pada wasiat Rasulullah "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang". Paling baik sekali adalah makan empat ke enam kali sehari dengan kuantiti yang kecil. Utamakan sarapan pagi. Sarapan pagi perlu diambil dalam masa sejam selepas bangun tidur.

Makanan yang dimakan juga perlu dikunyah secara perlahan-lahan. Paling baik sekali jika makanan tersebut dikunyah 44 kali untuk mengurangkan beban penghadaman. Selain itu, otak akan menerima isyarat kekenyangan pada waktu yang tepat. Kalau makan laju sangat, otak tidak sempat memberi isyarat yang kita dah terlebih kenyang. Kurangkan percakapan semasa makan untuk mengelakkan tidak perasan yang kita sudah terlebih makan.

Makanan yang diambil perlu seimbang. Kajian menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan disebabkan zat yang tidak mencukupi. Kekurangan protein akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan enzim (enzim terbina daripada asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi. Protein biasanya membuatkan kita rasa kenyang dalam jangka masa lebih panjang. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau berkurangan, lemak tidak dapat dibakar dan berkumpul secara berlebihan.

Kesimpulannya, makanan yang diambil perlu seimbang. Kurangkan pengambilan gula dan makanan rapu. Gula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Gula juga menambah potensi seseorang diserang penyakit diabetes mellitus apabila pengambilan tidak dikawal. Manakala makanan rapu yang mengandungi garam yang tinggi bukan sahaja menyebabkan nafsu makan sukar dikawal bahkan dikaitkan dengan risiko penyakit hipertensi (darah tinggi).

Banyakkan aktiviti fizikal. Saya pasti ibu-ibu tidak mengalami masalah untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal. Walaupun tidak dapat meluangkan masa ke gimnasium atau senamrobik, ibu-ibu akan sentiasa sibuk dengan tugasan harian. Aktiviti senaman sekurang-kurangnya 15 minit, dua kali seminggu adalah sangat digalakkan.

Bagaimanapun, bagi yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersenam, eloklah mengambil alternatif seperti menggunakan jalan lebih jauh untuk sampai ke satu-satu tempat dengan berjalan, berjalan sambil menghayunkan tangan, melakukan kerja rumah, aktiviti santai bersama anak-anak dan banyak menggunakan tangga daripada lif.

Ibu-ibu juga hendaklah sentiasa berfikiran positif dan banyak bersabar kerana pengurangan berat badan ini adalah lebih kurang dua kilogram sahaja dalam masa sebulan. Teruskan dengan penyusuan kerana ada banyak lagi keistimewaan yang anda akan kecapi.


Set Kurus Shaklee Terbaik Untuk Ibu Menyusu

BERITA BAIK untuk ibu-ibu yang masih breastfeeding tetapi mempunyai masalah untuk kuruskan badan. Shaklee menyediakan beberapa suplemen yang boleh membantu ibu-ibu kembali langsing serta mendapatkan berat yang ideal dan kekal sihat. Kurus dengan cara yang sihat, dalam masa yang sama susu badan tidak berkurang dan insyaAllah makin bertambah.

Kenapa saya katakan set kurus shaklee terbaik untuk ibu menyusu?
  • Set ini membantu menurunkan berat badan yang berlebihan secara selamat dan efektif.
  • Alfalfa dan ESP juga bertindak sebagai milkbooster dan mampu membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu. Jadi tak perlu risau susu berkurang atau merudum sewaktu mengambil set kurus shaklee ini.
  • Alfalfa membantu masalah sembelit tetapi ibu-ibu hendaklah konsisten minum air 2-3 liter sehari.
  • Bonusnya, ibu-ibu lebih bertenaga, kulit semakin cantik dan berseri selepas mengambil set kurus shaklee ini


Bagaimana Set Kurus Shaklee ini berfungsi?

  1. Lecithin – berfungsi membakar lemak berlebihan dalam badan
  2. Alfalfa – berfungsi sebagai detox untuk menyingkirkan toksin berlebihan serta membuang lemak yang telah dipecahkan dan turut bertindak sebagai milkbooster
  3. ESP – protein soya terbaik yang membantu ibu merasa kenyang, membantu pembakaran kalori 35% lebih tinggi dan merupakan milkbooster terbaik untuk ibu menyusu

Kombinasi Lecithin + Alfafa + ESP merupakan set kurus yang TERBAIK dan BERKESAN untuk ibu-ibu menyusu yang ingin kuruskan badan dan dalam masa yang sama meneruskan misi penyusuan sehingga anak 2 tahun.

Lecithin harga biasa RM52.50 untuk penggunaan 1 bulan, Alfalfa RM53.75 untuk penggunaan 1-2 bulan dan ESP harga biasa RM150 untuk penggunaan 2-3 bulan. Untuk mendapatkan harga DISKAUN, ibu-ibu boleh terus hubungi saya. Ibu-ibu juga akan diberikan Panduan Makan yang betul dan Konsultasi Percuma selepas pembelian.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Wednesday, July 17, 2013

// // Leave a Comment

Set Menyusu Shaklee Mengikut Budget Anda

Assalamualaikum...

"boleh saya tahu,berapa harga set shaklee untuk menambahkan kuantiti susu badan. saya masih dalam pantang tetapi susu saya kurang,hanya dapat setengah oz setiap sesi mengepam.mohon kongsi harga set shaklee yang sesuai,kalau boleh,saya nak yang trial pack,sebab bajet saya tidak banyak"

Pertanyaan begini seringkali menerjah inbox saya. Rupanya ramai ibu diluar sana yang mempunyai niat untuk menyusukan anak mereka sehingga 2 tahun. Alhamdulillah..saya sangat gembira mendengarnya. Macam saya sendiri, anak pertama memang tidak menyusu sehingga 2 tahun kerana kurangnya ilmu saya dalam penyusuan ni dan saya sendiri tidak mengambil tahu kepentingan penyusuan sehingga 2 tahun. Alangkah ruginya saya pada waktu itu.. Tapi alhamdulillah bila sahaja disahkan mengandung anak kedua, terus saya pasang niat untuk fully breastfeed anak saya kerana kesedaran mula timbul daripada kawan-kawan dan pembacaan. Syukur sangat sebab saya dah pon menjayakan misi penyusuan 2 tahun buat anak kedua saya, Sofea. Mungkin rezeki dia.

Okey, back to the point.. sebenarnya ramai yang nakkan suplemen untuk membantu mereka dalam misi penyusuan mereka tetapi biasalah budget memainkan peranan penting. Ambil lah suplemen mengikut budget anda supaya tidak membebankan keluarga. Dan jika tidak mampu juga, banyak lagi cara untuk menambah susu badan seperti anda boleh cuba buat power pumping, makan makanan yang menambah susu badan dan disamping itu jangan lupa berdoa. Insyaallah dipermudahkan.

Jom lihat suplemen untuk ibu menyusu mengikut budget dan anda boleh la buat pilihan...


Alfafa memang terkenal bertindak sebagai milk booster tetapi sekiranya anda juga perlukan suplemen untuk mengekalkan kesihatan anda, anda boleh pilih suplemen lengkap untuk membantu anda. Ia lah nak menjayakan misi penyusuan sehingga 2 tahun bukan senang, perlu kuat dari segi mental dan fizikal dan kesihatan tubuh badan merupakan elemen yang penting. Badan tak sihat macam mana nak produce susu yang banyak dan bagaimana nak menyusukan anak kan...so kene pastikan kita sihat..

Ibu-ibu yang berminat boleh hubungi saya untuk mengetahui harga bagi setiap pakej dan maklumat setiap produk yang disyorkan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Saturday, November 17, 2012

// // Leave a Comment

Testimoni Set Breastfeeding Shaklee

Assalamualaikum..

Sebelum ibu-ibu di luar sana berkira-kira untuk memberikan anak susu formula, apa kata ibu2 timbangkan dulu mengambil makanan tambahan untuk membantu ibu dalam masalah penyusuan. Tidak salah anda mencuba kerana suplemen bukanlah ubat yang mengandungi dadah. Pengambilan makanan tambahan iaitu set breastfeeding shaklee membantu ibu kekal sihat dan bertenaga serta dapat menghasilkan susu yang mencukupi buat anak yang tersayang.

jom kita lihat kebaikan yang diperolehi oleh pengguna set breastfeeding shaklee...

set breastfeeding shaklee

set breastfeeding shaklee

set breastfeeding shaklee

Banyak kebaikan yang mereka perolehi, walaupon niat asal lain tapi mereka dapat macam2 khasiat..bukan sahaja susu bertambah..hakikatnya badan pun makin sihat, kulit juga makin cantik...alhamdulillah.

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Friday, November 16, 2012

// // Leave a Comment

Tips Banyakkan Susu Badan

Assalamualaikum...

Ramai ibu yang merungut tentang masalah susu merudum dari hari ke hari.. Bukan senang untuk menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu kita tempuhi..tapi percayalah sekiranya kita benar-benar ikhlas dan sentiasa sabar..insyaAllah besar ganjaran kita di sana nanti.

Dalam forum mahupon facebook, ramai yang inginkan tips bagaimana untuk banyakkan susu badan. Hari ini saya share tips banyakkan susu badan untuk panduan kita bersama.

1. Kerapkan Menyusu
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4 - 5 jam.

2. Jangan tunggu payu dara penuh
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Menyusu Lebih Lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.

4. Penyusuan Dua kali
Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.

5. Bogelkan Bayi
Sewaktu menyusu, bogelkan bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan dia ketika menyusu.

6. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

7. Penyusuan Baby Sling
Bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini dia menyusu dengan lebih baik.

8. Fikir Bayi, Fikir Susu
Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payu dara anda. Cara ini, akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.

9. Urutan
Teknik urutan payu dara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yang telah direndam di dalam sir suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeedingproblems.com

10. Minum Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

Sumber: Majalah Pa & Ma, Julai 2011

Sekiranya anda telah mencuba segala usaha dan masih lagi tidak berjaya, anda boleh timbangkan untuk mengambil suplemen atau vitamin. Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa si ibu tidak perlu mengambil suplemen untuk menjayakan penyusuan. Ini adalah benar bagi mereka yang mempunyai pengambilan makanan yang teratur dan seimbang dari semua zat pemakanan yang perlu. Namun jika anda adalah seorang yang bekerja dan pengambilan makanan anda tidak dapat memenuhi keperluan badan anda, suplemen sangat digalakkan. Pengambilan vitamin dapat mengisi ruang kekosongan zat pemakanan di dalam badan anda yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian dan memastikan badan anda sihat serta bertenaga dan seterusnya dapat membekalkan susu untuk si kecil.

set breastfeeding shaklee
set breastfeeding shaklee

Selain itu, iringilah dengan DOA dan ZIKIR.. sentiasalah berdoa semoga dicukupkan susu untuk anak dan dipermudahkan urusan sepanjang tempoh penyusuan.

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku"...Aminn

Sekiranya anda ingin mendapatkan nasihat serta cadangan tentang suplemen yang sesuai untuk anda, hubungilah saya..insyaallah saya akan bantu anda.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Read More

Monday, October 15, 2012

// // Leave a Comment

Set Breastfeeding Shaklee : Hasil perahan susu semakin bertambah

Assalamualaikum...

Sebenarnya terdapat banyak kelebihan apabila anda mengambil set breastfeeding shaklee ini. Bukan sekadar susu badan anda makin bertambah tetapi anda juga akan merasai kesan-kesan lain yang tentunya memberi banyak manfaat untuk anda.

Jom lihat apa kata ibu-ibu yang telah mencuba set breastfeeding...


"Setelah sebulan menggunakan set B + ESP, banyak yang dirasai oleh pn. mira seperti eczema hilang, rambut kurang gugur, kulit lembut,tegang dan lembap, senggugut hilang serta hasil perahan juga bertambah..Alhamdulillah"



"Selepas seminggu mencuba set 3M, susu sudah meriah dan pn. leen dapat buat stok untuk anaknya..kulit anaknya juga gebu dan putih..Alhamdulillah"

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk ini dengan harga mampu milik serta consultation percuma.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
// // Leave a Comment

Set Breastfeeding Shaklee Yang Mana Satu Sesuai Buat Saya?

Assalamualaikum..

Terdapat beberapa option dalam pemilihan set breastfeeding ..semuanya bergantung kepada keadaan dan keperluan ibu menyusu. Jom sama-sama lihat set breastfeeding yang manakah yang sesuai untuk diri masing2..


Set B
  • Mengandungi Multivitamin (Vita-lea) dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.
Set E
  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.
  • Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.

Set Tripple M (Set Lengkap) - highly recommended!
  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Maka, set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit (kurang EBM stock!).
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu.
Setiap set yang disediakan mempunyai kelebihan masing-masing. Walaubagaimanapun, anda tidak semestinya hanya boleh memilih set berkenaan sahaja. Anda juga boleh mengambil set B + ESP sahaja kerana ia juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat.

Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Suplemen sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

Buat renungan bersama....

”Syarikat susu formula saling berlumba untuk menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai formula namun sedarkah kita ianya tidak mampu untuk menandingi susuibu, anugerah terbaik buat si manja? Tidakkah kita juga mahu berikan yang terbaik buat si manja kita?”.

*Kredit kepada AnakkuWiraku.com

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang set breastfeeding ini.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
// // Leave a Comment

Set Breastfeeding Shaklee | Vitamin Untuk Ibu Menyusu

Assalamualaikum...

Perlukah suplemen sewaktu kita menyusukan anak? Sebenarnya ia terpulang pada individu masing2.. Bagi saya pula, saya perlukan bantuan suplemen dalam diet saya..kerana sebab utama sewaktu saya ambil suplemen ini kononnya untuk tambah susu badan.. tapi bila saya check balik penyebab yg menjadikan susu saya merudum adalah kerana saya penat dan stress. 

Apabila badan dah sihat dan bertenaga serta hari2 pon terasa ceria..insyaallah susu pon akan terhasil dengan lebih baik.. Ada orang tanya saya.. confirm ke susu akan bertambah bila kita ambik suplemen ni? Apa yang boleh saya katakan..mengambil suplemen adalah salah satu usaha kita sahaja dan utk mendapatkan susu yg banyak tidak bergantung pada suplemen semata-mata, ia mestilah disertai dengan usaha2 yg lain juga.. minum air sekurang2nya 3L, jadual pum yang konsisten, jaga pemakanan serta mestilah disertai doa dan zikir yang tidak putus2 buat Dia yg menciptakan kita.

Pengambilan suplemen sebenarnya adalah untuk memastikan badan kita kekal sihat bertenaga serta sentiasa positif dalam menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun..InsyaAllah..

Gambar di atas adalah suplemen lengkap untuk ibu menyusu..walau bagaimanapon, tidak semesti semua suplemen di atas perlu diambil oleh ibu menyusu. Ianya bergantung kepada keadaan ibu menyusu dan budget yang diperuntukan.

Jom lihat kepentingan bagi setiap vitamin yang disyorkan.

Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : 
Untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

B complex : 
lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Vitamin C : 
Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.

Alfalfa : 
Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan…secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.

Kalsium@ Ostematrix :
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

ESP @ Energizing Soy Protein :
Komposisi vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang set breastfeeding dan tips-tips percuma untuk meningkatkan penghasilan susu badan.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More

Tuesday, October 9, 2012

// // Leave a Comment

Saya dan Set Breastfeeding pilihan saya

Assalamualaikum...

Sewaktu mengandungkan Sofea, anak kedua saya, mmg saya niatkan dalam hati untuk berikan dia susu ibu selama 2 tahun.. Alhamdulillah..Allah permudahkan niat saya..Dia beri saya rezeki supaya saya dapat menyediakan kelengkapan untuk fully breastfeeding..dapat beli pam, dapat beli botol..sume sudah ready..dan saya sendiri pon dah lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan. Tapi Allah tahu ape yang TERBAIK untuk saya.. Saya hanya bekerja selama 2 bulan sahaja kerana terpaksa berhenti bekerja untuk mengikut suami ke p.pinang.. Allah permudahkan lagi niat saya dengan saya dapat direct feeding anak saya sampai sekarang kerana saya surirumah sepenuhmasa... Alhamdulillah sangat2.

Mungkin anda pikir buat ape saya ambil suplemen lagi sedangkan saya direct feeding anak saya.. mmg mula2 saya pon fikir camtu..tapi hakikatnya bila jadi surirumahtangga sepenuh masa merupakan satu tanggungjawab yang berat..lebih2 lagi bila ade anak yg perlu diuruskan..macam2 keje umah yg kene dibereskan..layan anak,kemas umah..masak.. mmg penat...dan sebab itulah saya mula merasakan badan saya perlukan suplemen..bila badan penat, emosi pulak tak ok..mmg akan buatkan susu mula merudum..

ok..ape yang saya ambil.. untuk kekalkan kesihatan badan serta emosi saya akhirnya mengambil set B produk shaklee..


apa yang saya rasai setelah mengambil produk ini...
pertama saya rasa lebih bertenaga serta rasa sihat.. emosi pula lebih stabil...kalau tak asyik nak marah  anak jer.. bila emosi dan badan dah sihat..of course la susu badan juga ok.. Alhamdulillah semuanya atas izin Allah..

jika anda juga ingin mengetahui lebih lanjut kelebihan serta pakej set breastfeeding yang disediakan..boleh hubungi saya

Contact Info:
Norasiah Mahmood
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
norasiahmahmood@gmail.com

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Read More
// // Leave a Comment

MANA LEBIH JIMAT: Susu Ibu + Suplemen VS Susu Formula

Assalamualaikum..

Ada ibu yang menganggap set breastfeeding Shaklee mahal... xmampu nak beli.. Ada yang lebih rela top up / berikan anak susu formula berbanding berusaha mencari alternatif menambah susu. Jom kita kira sendiri mana yang lebih jimat, sbb ramai yang sangat concern tentang DUIT kan ;)



JOM BUAT KIRA-KIRA - Cost comparison:

SUSU FORMULA:
Average 1 tin RM30 - RM50 (yang mahal RM100+ 1 tin)
Sebulan 3-4 tin susu = RM150 - RM200 (average)
Sehingga umur 2 tahun, anda perlu habiskan sebanyak = RM3600 - RM4800* (untuk susu formula sahaja)

SET BREASTFEEDING SHAKLEE (basic)
Vitamin C + B complex + Vitalea + Alfalfa.
1 set = 4-6 bulan
Average sebulan hanya RM60**
Sehingga umur 2 tahun, anda perlu habiskan sebanyak = RM1440 sahaja

Tengok..berapa penjimatan yang anda telah buat.. Anda jimat average RM2160- RM3360 ;)

Jika anda perlu membuat stok EBM, untuk membeli pam, storage, bag, chiller dll average RM600* sahaja..
RM1440 + RM600 = RM2000~ sahaja untuk 2 tahun ;)

Jika anda membeli Medela Freestyle sekalipun, anda masih JIMAT dan pastinya boleh digunakan untuk anak-anak yang ke-2, 3, 4,5 kan??? ;D

Tu baru perbandingan kos untuk persediaan penyusuan susu ibu & suplemen vs susu formula.. belum lagi compare tentang khasiat, bonding antara ibu dan anak, nilai kasih sayang, antibodi dalam susu ibu dll ;)

Bonus pengambilan Vitamin Set Breastfeeding Shaklee:
· Ibu dan bayi mendapat kesihatan yang optimum
· Mencukupkan keperluan nutrisi ibu menyusu
· Susu meriah
· Bayi cepat kenyang dan membesar
· Kulit wajah lebih licin dan berseri
· Badan lebih cergas
· Tiada stress
· Ibu dan bayi jarang demam/ selsema / jatuh sakit
· Suami makin sayang ;)

Pilihan ada di tangan anda.. Nak berusaha FIGHT untuk penyusuan penuh susu ibu atau nak bagi bayi anda susu formula? Paling kurang kita dah berusaha sedaya upaya untuk berikan yang terbaik kepada bayi kita.. usaha ambil suplemen, usaha tambah ilmu, gunakan teknik penyusuan yang betul... Tapi hasilnya, kita serahkan kepada Allah ;)

Nota: Suplemen atau Vitamin membantu menambah susu ibu dengan syarat prinsip asas penyusuan supply vs demand dipatuhi.. Pam susu 2-3 jam sekali.

Credit: http://www.mamacergas.com/2012/06/mana-lebih-jimat-susu-ibu-suplemen-vs.html

Berminat?
Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut serta pakej yang sesuai dengan budget anda..

Contact Info:
Norasiah Mahmood
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
norasiahmahmood@gmail.com
https://www.facebook.com/norasiahmahmood

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...