Hari ini masuk hari ke-16 berpantang. Kalau dulu berpantang kat rumah mak tapi kali ini berpantang dirumah sendiri. Banyak jugalah nak kene tanya mak, lebih2 lagi bab makan..lupa dah pantang larangnya walaupun dah pernah berpantang dua kali. Tapi dengan adanya jadual kat bawah ni, senang sikit saya nak rujuk. Tak payah la asyik nak call mak kat kampung.
Pemakanan
 ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini 
kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka
 mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan 
fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, 
urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.
Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.
Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang
BOLEH 
 | 
TIDAK BOLEH 
 | |
AYAM & DAGING 
 | 
  | |
IKAN 
Penting: 
Ikan haruan menyembuhkan luka. 
Ikan yu membanyakkan susu ibu 
 | 
  | 
  | 
ULAM ULAMAN 
Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan. 
Jantung pisang membanyakkan susu ibu 
Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan 
menyembuhkan luka dalaman  | 
  | |
SAYUR-SAYURAN / 
menjalar, sejuk serta berangin 
Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu 
Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran 
darah dalam tubuh.  | 
  | |
BUAH-BUAHAN 
Penting: 
Makanan tersebut dilarang kerana 
dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. 
Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat 
dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme. 
 | 
  | |
LAIN-LAIN MAKANAN 
Asam jawa membantu membuang air besar selain dari 
menyegarkan tubuh badan  | 
  | 
  | 
AIR 
Penting: 
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang 
Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah. 
Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru 
melahirkan anak. 
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim. 
Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga. 
Air madu memanaskan badan. 
 | 
  | 


0 comments:
Post a Comment