Wednesday, March 5, 2014

// // Leave a Comment

8 KEBAIKAN MEMAKAN BAWANG PUTIH

Assalamualaikum..

Bawang putih memang banyak digunakan dalam masakan. Rasanya tak sah kalau memasak tak letak bawang putih. Mungkin ramai yang belum tahu akan khasiat bawang putih ini. Selain memberikan aroma dan menyedapkan masakan, bawang putih sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri dan ramai yang tidak tahu bahawa bawang putih boleh mengurangkan risiko strok , kanser dan mengurangkan kolesterol.

 Berikut adalah kebaikan memakan bawang putih :

1. Mengurangkan risiko strok

Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser

Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus

Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi

Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi

Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

sumber: http://drezairy.com/


GARLIC SHAKLEE

Di Shaklee, khasiat bawang putih boleh didapati dalam bentuk tablet. Malah khasiatnya tidak kurang daripada bawang putih yang kita gunakan dalam memasak.


Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee 

  • Pengekalan 100% Allicin aktif
  • Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
  • Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
  • Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.

Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.




Khasiat dan kebaikan GARLIC SHAKLEE

  • Mengandungi spearmint yang membantu mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
  • Merupakan antibiotic semulajadi dan selamat dimakan untuk jangka panjang bagi mempertingkatkan sistem imun tubuh dan menghalang penyakit berjangkit seperti selsema
  • Membantu untuk menghalang alergi seperti sinus, asthma
  • Mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik
  • Menurut kajian, pengambilan 2 - 4 tablet garlic membantu menurunkan darah tinggi 
  • Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam (raksa, plumbum, kadmium) dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia
  • Membantu menurunkan paras kolesterol 
  • Melindungi Jantung 
  • Menghalang Strok 
  • Membantu mengurangkan pencetusan kejadian kanser - nitrosamine 
  • Membantu menstabilkan glukos dalam tubuh

Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dll dan anda berasa khuathir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepatlah ambillah supplement garlic yang antara kebaikkannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.

Berminat nak dapatkan Garlic Shaklee, boleh hubungi saya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...