Wednesday, October 31, 2018

// // Leave a Comment

7 Khasiat Kacang Pistachio Untuk Kesihatan

Kacang Pistachio atau dikenali juga sebagai 'kacang cerdik' merupakan antara kekacang yang sangat disukai. Walaupun harganya agak mahal, namun kacang pistachio mempunyai pelbagai khasiat yang memberikan manfaat kepada kesihatan.

Kacang pistachio mengandung pelbagai nutrisi seperti karbohidrat, protein, lemak, serat makanan, fosfor, kalium, tiamin, vitamin B6, beta karoten, lutein dan zeaxanthin, kalsium, zat besi, magnesium, seng, tembaga, mangan, vitamin C, riboflavin, niasin, asam pantotenat, asam folat, vitamin E, vitamin A, dan vitamin K.


7 Khasiat Kacang Pistachio Untuk Kesihatan


#1. Antioksidan Yang Tinggi



Kacang pistachio kaya akan antioksidan seperti lutein, vitamin E dan vitamin C. Karoten dan vitamin E yang terdapat di dalam kacang pistachio dapat membantu melindungi tubuh dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

#2. Manfaat Kepada Kesihatan Jantung



Mengamalkan pistachio dalam diet harian juga dapat memberi manfaat kepada kesihatan jantung. Antara kandungan penting yang dimiliki pistachio ialah antoksidan, dan asid lemak tidak tepu. Asid amino L-arginin juga dapat mengelakkan salur darah tersumbat sehingga menghasilkan darah beku.

Banyak kajian membuktikan pistachio menyumbang dalam mengurangkan paras kolesterol tidak baik (LDL) dan meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) dalam badan. Paras kolesterol yang baik dan terkawal dapat mengurangkan risiko seseorang daripada mengalami penyakit jantung.

#3. Meningkatkan Sistem Pertahanan Tubuh



Pistachio adalah antara makanan yang mengandungi vitamin B6 yang tertinggi. Vitamin B6 mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya, ia dapat membina sistem pertahanan badan yang tinggi serta melindungi badan daripada jangkitan dan kanser. Vitamin B6 juga membantu penghasilan asid amino yang berfungsi dalam membina sistem saraf yang sihat.

#4. Baik Untuk Kesihatan Mata



Kacang pistachio juga dapat membantu dalam meningkatkan fungsi penglihatan. Ini kerana kacang ini mengandung karotenoid yang dapat melindungi mata dari gangguan yang berkaitan dengan usia, seperti katarak dan ‘age-related macular degeneration (ARMD)’ iaitu pereputan makular yang mengakibatkan penglihatan pusat yang tajam merosot. Lutein dan Zeaxanthin yang hadir dalam kacang pistachio dapat menjaga mata dari kerosakan akibat radiasi UV yang berbahaya.

#5. Membantu Mengawal Berat Badan



Mengambil dan makan kacang secara berkala dapat membantu mengurangkan risiko kenaikan berat badan. Pistachio mungkin sangat bermanfaat bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan mereka . Ia merupakan snek sihat bukan sahaja kerana kandungan kalori dan lemak tepu rendah, malah ia kaya dengan protein dan lemak sihat. Ia juga pilihan snek yang baik kerana kandungan serat dan proteinnya yang tinggi membuatkan seseorang rasa kenyang dengan lebih cepat.

#6. Meningkatkan Kesihatan Minda



Kandungan vitamin B6 yang tinggi dalam kacang pistachio dapat membantu dalam meningkatkan jumlah penghasilan hemoglobin dalam darah. Darah yang kaya akan oksigen ini kemudiannya akan dibekalkan ke seluruh anggota badan termasuklah otak, sehingga otak dapat berfungsi dengan baik. Hasilnya, minda mampu memberi tumpuan yang lebih baik.

#7. Mencantikkan Kulit



Kandungan vitamin E yang tinggi dalam kacang pistachio dapat membantu anda meningkatkan keanjalan kulit. Ini boleh membantu anda melawan proses penuaan dan mencegah kedut. Vitamin E juga boleh melindungi membran sel, supaya kulit anda menjadi sihat dan berkilat.

Semoga bermanfaat!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...