Monday, October 15, 2018

// // Leave a Comment

Cara Menaikkan Hb Darah Semasa Hamil Dengan Cepat

Bagaimanakah cara menaikkan hb darah semasa hamil dengan cepat?


Sebelum kita mengetahui bagaimanakah cara menaikkan hb darah semasa hamil, jom kita ambil tahu dulu apa itu hb atau hemoglobin.

Hemoglobin ini adalah molekul protein yang terdapat di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tisu badan kita. Dalam hemoglobin pula adanya iron (zat besi) yang akan bergabung dengan oksigen untuk di bawa masuk ke dalam badan kita.

Disebabkan itu adalah sangat penting untuk kita mengekalkan bacaan normal hb lebih-lebih lagi ketika mengandung. Bacaan hb darah yang normal bagi ibu hamil adalah > 11g/dl. Hb yang rendah memberi kesan buruk kepada ibu dan bayi.

Kesan kepada ibu
  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkit
Kesan kepada Bayi:
  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth


Saya percaya ramai ibu hamil yang mengalami masalah hb darah yang rendah berasa risau dan bimbang.


Bagaimanakah cara mengatasi hb rendah dengan diet harian?


1. Mengambil makanan yang kaya dengan zat besi
2. Mengambil vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi
3. Mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin B dan folate
4. Menjarakkan pengambilan zat besi dengan produk tenusu yang kaya dengan kalsium
5. Mengurangkan pengambilan kafien dan berkarbonat

Bagaimana menaikkan hb darah dengan pengambilan suplemen?


Jom kita baca pengalaman Puan Aina sewaktu mengandungkan yang mempunyai masalah hb rendah dan berjaya menaikkan kembali hb dalam masa 11 hari.



[NAIKKAN HB DALAM MASA 11 HARI]

"Assalamu'alaikum.. Nama saya Aina dan sekarang tengah mengandung anak kedua. Bila mengandung je mesti orang akan kaitkan dengan masalah hb rendah kan? Masa aina mengandungkan anak pertama dulu, aina juga tidak terlepas dengan masalah hb rendah.

Obimin tak pernah miss. Iron tablet yang KK bagi pun ambil juga. Tapi hb tetap 10 ke bawah. Sampai banyak kali kena marah dengan nurse.

Bila mengandung kali kedua, aina dah mula mengamal supplement set hamil Shaklee. Alhamdulillah setakat sehingga kandungan 5 bulan, hb aina masih di paras normal.

Tetapi di usia kandungan 6 bulan hb aina mula drop jadi 10.8. Nurse mula suruh up kan dose iron tablet sehingga 4 biji sehari.

Jadi aina balik rumah dan kaji semula kenapa hb aina boleh turun. Kerana vitalea sepatutnya dapat membantu naikkan hb. Bila dikaji, aina buat kesimpulan memang salah diri sendiri. Kadang-kadang terlupa nak ambil vitamin. Tak pantang cafein (antara punca hb aina turun). Dan cara aina ambil vitalea tu sendiri pun salah.

So aina buat research sendiri macam mana cara betul nak consume vitamin Shaklee supaya badan boleh serap sepenuhnya dan sekaligus naikkan hb.

Selepas aina tukar cara pengambilan vitalea dan vitamin c, kurangkan pengambilan cafein, alhamdulillah dalam masa 11 hari je hb aina naik mendadak.

Sampai nurse pun tanya makan vitamin ape dan macam mana cara aina ambil sehingga hb naik mendadak. Rasa lega sangat bila tengok result hb sendiri.

Bukan itu sahaja antara kesan lain bila aina mengamalkan set hamil Shaklee, kaki aina tak pernah cramp malam-malam. Berbanding dengan mengandung kali pertama dulu, hampir tiap-tiap malam kejutkan suami kerana kaki cramp.

Kemudian masalah sembelit pun tiada. Kalau dulu bercinta nak pergi toilet, sekarang setiap pagi, sudah menjadi rutin wajib pergi ke toilet.

Dan paling best, masa mengandung kali pertama dulu, setiap bulan berat akan naik dengan banyak sehingga menyebabkan rasa sakit pada tapak kaki. Tapi alhamdulillah mengandung kali ini, kenaikan berat badan sangat terkawal setiap bulan.

Alhamdulillah, bila konsisten dengan set hamil shaklee, tempoh mengandung rasa sangat mudah dan bertenaga. InsyaAllah lepas bersalin akan sambung dengan set pantang Shaklee pula. Terima kasih Allah kerana temukan aina dengan Shaklee."


Jom tonton juga video ini yang mana keberkesanan suplemen shaklee turut diakaui oleh Puan Aya Chalo




>> NAK TAHU LEBIH DETAIL TENTANG SET KEHAMILAN SHAKLEE? KLIK LINK INI <<


Berminat untuk mendapatkan SET KEHAMILAN SHAKLEE? Hubungi saya

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...