Showing posts with label Alahan. Show all posts
Showing posts with label Alahan. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

// // Leave a Comment

Atasi Kulit Gatal Akibat Alergik / Alahan

Assalamualaikum...

Hari ini saya nak share testimoni daripada pengguna produk shaklee yang mengalami masalah gatal pada tangan sehingga luka dan merekah. Menurut kata customer ini, beliau sememangnya mempunyai eczema sebelum ini tapi apabila beliau merujuk doktor untuk masalah tangan beliau yang gatal-gatal dan luka serta merekah, doktor menyatakan beliau mengalami alergik.

jom baca testimoni beliau,

gambar tangan norida

"Salam semua..nak share testimoni sendiri..dekat 5 bulan merana sakit tangan dan gatal2..sampai luka dan merekah.semua klinik pergi..swasta dan kerajaan..tetap x elok.masa pergi klinik nak ambil ubat hilangkan gatal..nurse beri injection smpai saya pengsan..huhu.masa tu masih menyusukan anak dgn susu badan..seksa sangat rasa..baru2 nie try esp + vita c +alfalfa..alhamdulillah..korg boleh tgk result dia sendiri..saya betul2 gembira dengan perubahan sekarang.." - Norida Zara


Alhamdulillah, tangan norida kembali sembuh. Jom lihat suplemen apa yang beliau ambil untuk membantu menghilangkan gatal-gatal dan seterusnya menyembuhkan tangan beliau.

ESP (Soy Protein Isolate Powder)

ESP kaya dengan protein untuk membantu menghasilkan sel-sel baru dan meransang pembentukan semula kulit. Esp juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

Sustained Release Vita-C
Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun badan dan merangsang kolagen untuk mencantikkan kulit. Vitamin C juga membantu melindungi tubuh dan kulit dari kerosakan sel.


Alfalfa
Alfalfa membantu melakukan detox dengan membuang toksin-toksin dalam badan dan memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan, dan ulat air dengan berkesan


Jika anda mempunyai masalah yang sama dan berminat untuk mendapatkan suplemen diatas untuk membantu kulit anda sihat, boleh hubungi saya segera..


 
Read More

Saturday, February 8, 2014

// // Leave a Comment

Tingkatkan Sistem Imun Badan dengan Nutriferon

Assalamualaikum..

Badan kerap dilanda masalah kesihatan, kerap selsema dan demam malah sering pula mengalami alahan menunjukkan sistem pertahanan badan tidak kuat. Kadang-kadang badan mudah sakit akibat perubahan cuaca dan ada juga yang dijangkiti daripada kawan-kawan. Maka paracetamol dan ubat-ubatan menjadi teman setia. 

Setiap badan manusia ada sistem imun atau sistem pertahanan yang menjaganya. Tujuannya adalah untuk melawan sebarang jangkitan dan penyakit yang mengancam kesihatan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan kita cenderung untuk mendapat jangkitan penyakit.

Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat. Kulit merupakan pertahanan badan pertama yang menapis segala kekotoran dari luar dan menangkis kemasukan virus dan bakteria ke dalam tubuh kita. Kulit juga bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit.

Jalan lain untuk kuman memasuki tubuh kita adalah melalui hidung, mulut dan mata, jadi ia juga menyediakan sistem pertahanan semulajadi. Antara sistem pertahanan semulajadi tubuh kita adalah:-
  • Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.
  • Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.

Sistem imun kita bekerja melindungi badan 24 jam tetapi adakalanya kita tetap juga jatuh sakit. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkannya seperti perubahan cuaca, pemakanan dan juga gaya hidup. Antara tips untuk meningkatkan sistem imun badan:-
  • Kurangkan stres - hadapi permasalahan hidup dengan tenang dan tidur lebih awal di malam hari agar mendapat rehat yang cukup
  • Makan makanan kaya protein. Sistem ketahanan tubuh perlukan banyak protein untuk menguatkannya. Makan makanan sumber protein seperti daging, susu dan berbagai produk seangkatannya. Juga buah dan sayur.
  • Jangan ambil alkohol - sifat alkohol akan melemahkan sistem imun tubuh.
  • Ambil makanan yang meningkatkan sistem imun. Misalnya bawang putih, bawang merah, brokoli, yang mengandung zat antiseptik semulajadi.
  • Aromaterapi. Udara yang bersih dan harum adalah salah satu cara membuat fikiran rileks dan tenang.
  • Kegiatan fizikal. Berolahraga atau melakukan kegiatan fizikal juga diperlukan untuk meningkatkan kekebalan tubuh terhadap penyakit.
  • Senyum. Senyum akan memberi kebahagiaan dan emosi positif bagi Anda dan juga lingkungan sekitar. 
  • Mood yang lebih baik akan membuat pikiran Anda bahagia dan kebahagiaan akan membawa kesihatan.

Selain daripada mengamalkan tips-tips di atas, anda boleh cuba NutriferonNutriferon Shaklee merupakan alternative kepada pergantungan Paracetamol atau Panadol. Nutriferon berfungsi meningkatkan Sistem Imun badan kita supaya sentiasa kuat melawan jangkitan penyakit.

mudah selsema dan jatuh sakit

Apa itu Nutriferon?
Nutriferon merupakan penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah antibodi yang lemah, mudah sakit dan dijangkiti penyakit serta sakit yang lambat sembuh.

Apa Kebaikan Nutriferon?
  • Menguatkan sistem imun dalam 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.
  •  Melawan kanser dan tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.
  •  Melindungi terhadap influenza - ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.
  •  Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.
  • Melewatkan Penuaan - formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.
  • Mengurangkan jangkitan pesakit Hepatitis B & C - keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.
  • Menopaus - Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.
  • Membantu masalah PMS - Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.
  • Formula yang dipatenkan - nutriferon Shaklee telah dipatenkan dan ianya eksklusif dan tidak dapat ditiru oleh mana-mana syarikat lain. 

selsema hilang dengan nutriferon

resdung dan alahan hilang dengan nutriferon

Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?
  • Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
  • Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
  • Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
  • Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
  • Mereka yang sering stress.
  • Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
  • Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
  • Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.

Bagaimana Nutriferon bertindak?
Nutriferon menggalakkan penghasilan Interferon secara semulajadi dalam badan dan sekaligus menguatkan tindak balas imun badan. Ianya tidak bertoksik, terbukti secara klinikal, berpaten  dan selamat digunakan

Apakah Kandungan dalam Nutriferon?
NutriFeron yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan *:
  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.

Kenapa perlu pilih Nutriferon?
  • Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia - Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
  • Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*- Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.
  • Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon - Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
  • Rumusan Berpaten Yang Eksklusif - NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Berminat nak dapatkan nutriferon untuk seisi keluarga? Boleh hubungi saya segera..

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases 
Read More

Sunday, December 1, 2013

// // 1 comment

Atasi Alahan Ketika Hamil Dengan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum...

Ramai yang happy bila hamil.. saya pon.. saya memang sangat gembira apabila hamil dan hamil lagi. Tapi yang paling yang saya takut sepanjang kehamilan adalah waktu melahirkan. Memang seriau dan menakutkan, tapi tidaklah membuatkan saya serik untuk mengandung.

Tapi ramai juga yang rasa serik mengandung kerana alahan yang teruk sepanjang kehamilan. Walaupon saya tidaklah mengalami alahan yang terlalu teruk tapi nak menempuhi alahan sepanjang awal kehamilan memerlukan ketabahan yang tinggi dan sokongan daripada suami. Tapi itulah pengorbanan yang seorang wanita yang perlu lakukan untuk bergelar ibu.

Alahan atau morning sickness ni perkara biasa bagi wanita mengandung. Biasalah, hormon dah berubah. Memang kena banyak bersabar waktu ini. Sebelum ini saya dah kongsikan tips untuk mengatasi alahan, hari ini saya ingin cadangkan beberapa suplemen yang dapat membantu kita mengurangkan alahan sewaktu hamil. Jom lihat.

B CompleksOstematrixpeppermint ginger plus

B Complex

Kajian menunjukkan bahawa 1/3 daripada wanita yang mengambil Pyridoxine berjaya mengurangkan masalah morning sickness yang dihadapi. Pyridoxine ni adalah salah satu komponen dalam Vitamin B iaitu B6. Kebaikan Pyridoxine akan diperolehi secara optimum jika diambil bersama Asid Folik (B9), Niacin (B3) & Cobalamin (B12).

B Complex Shaklee mengandungi semua Vitamin B yang disebut tadi. Antara kelebihan vitamin B Complex;-
  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir
  • Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut
  • Mencegah stress
  • Menguatkan antibodi tubuh
  • Amat penting untuk aktiviti sel genetik
  • Diperlukan dalam pembentukan asid amino.
  • Keperluan untuk memproses dan memperbaiki sel-sel darah merah
  • Mencegah anemia

Ostematrix

Kalsium Shaklee dikenali sebagai Ostematrix..gabungan Calcium Magnesium lengkap dengan vitamin D. Ketiadaan kalsium menyebabkan maklumat tidak sampai kepada penerima iaitu otot dan saraf. Akibatnya, badan tidak dapat bergerak kerana tidak menerima arahan. Gejala paling ringan ialah, kekejangan otot atau pun cramp yang sering berlaku ketika mengandung.

Kebaikan Ostematrix :

  • Bantu tidur lena sepanjang malam
  • Badan terasa bertenaga & mudah bangun pagi keesokan harinya, terutama apabila digabung dengan pengambilan Shaklee B-Complex
  • Menghilangkan lenguh-lenguh & bisa-bisa badan
  • Mengurangkan rasa sakit pinggang & kejang kaki terutama buat ibu hamil
  • Melawaskan sistem penghadaman – mudah ‘membuang’ keesokan harinya (bukan cirit birit)

Peppermint Ginger Plus

Ia tidak akan mengganggu bayi kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi dan mempunyai sijil KKM. Direka khas oleh pakar herba utk mengurangkan morning sickness ibu hamil. Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. Pengambilan vitamin ini akan membantu mengurangkan loya yang dihadapi.

Terdiri daripada 4 bahan herba utama iaitu peppermint, ginger, fennel dan anise. Antara kebaikan  Peppermint-Ginger Plus:-
  • Melegakan senak perut
  • Membantu proses penghadaman
  • Menyamankan perut
  • Mengurangkan mual dan muntah
  • Membuang angin dalam badan
  • Mengurangkan sakit gastrik
  • Mengurangkan kesan mabuk perjalanan (bot, kereta, kapal terbang, etc.)

Jika anda juga mengalami dehidrasi disebabkan oleh alahan berpanjangan, boleh add on Performance Drink. Boleh juga mengambil MealShakes atau ESP untuk bekalan protein dan memberikan tenaga sepanjang kehamilan. Ramai juga yang telah mencuba set kehamilan shaklee dan berpuas hati.

TESTIMONI PENGGUNA





Jika ibu-ibu berminat untuk mencuba set kehamilan shaklee atau suplemen untuk membantu mengurangkan alahan di atas, boleh hubungi saya.

Contact Info:

Norasiah Mahmood [ID: 893712]

Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 

FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar bayan lepas, bayan baru, sg. ara serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
Read More

Saturday, November 30, 2013

// // Leave a Comment

Tips Mengatasi Alahan/Morning Sickness

Assalamualaikum..

Pengalaman mengandung tiga kali, alahan memang menjadi perkara biasa bagi saya. Cuma keadaan sahaja yang berbeza sama ada teruk atau biasa-biasa sahaja. Biasanya saya mula mengalami alahan bermula minggu ke-5 kehamilan dan berlarutan hingga masuk trimester ke-2 dan akan beransur hilang. Berat badan memang akan menurun pada awal kehamilan kerana selera makan hilang, mual, muntah. Tetapi ini semua adalah pengalaman dan pengorbanan seorang ibu hamil. Memang kena banyak bersabar dan tabah.

Alahan yang melanda wanita hamil di awal usia kehamilan dikenali sebagai morning sickness. Bagaimanapun ini tidak bermakna alahan hanya datang pada waktu pagi sahaja. Ada juga wanita yang mengalami alahan sepanjang hari. Biasanya mabuk mengandung ini akan berakhir sebaik bakal ibu masuk ke usia trimester kedua. Tetapi jangan terkejut kerana ada juga wanita hamil yang terpaksa menanggungnya sehingga ke saat melahirkan bayi. Contohnya kakak saya sendiri.. dia mengalami alahan sepanjang kehamilan. Memang kesian keadaan dia.

Pakar perubatan masih belum dapat mengenal pasti penyebab sebenar masalah ini. Namun kebanyakan mengaitkan morning sickness dengan perubahan hormon estrogen yang meningkatkan fungsi deria bau sekali gus menimbulkan rasa mual dan loya.

Bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami, ikuti panduan berikut yang mungkin sedikit sebanyak membantu anda.

Langkah 1
Sekiranya mengalami morning sickness sebaik bangun daripada tidur, jangan terburu-buru untuk bangun. Cuba duduk terlebih dahulu kemudian bangun dan berdiri. Sediakan biskut rangup berhampiran tempat tidur kerana memakan biskut rangup membantu mengurangkan rasa loya.

Langkah 2
Setiap wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Bagi memenuhi keperluan ini, digalakkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Mengambil makanan yang banyak dalam satu hidangan hanya membuatkan anda mual.

Langkah 3
Elakkan makanan yang menimbulkan loya seperti berempah, berlemak, berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid.

Langkah 4
Peppermint atau halia membantu mengurangkan morning sickness. Nikmati teh peppermint atau halia bahkan boleh mencuba biskut berasakan perasa itu. Ia meninggalkan kesan melegakan ke atas perut anda.

Langkah 5
Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat terlalu kerap muntah. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat.

Langkah 6
Makan makanan tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual.

Langkah 7
Elakkan daripad amakan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman yang bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.

Langkah 8
Rehat seketika! Tenaga yang dicas semula ketika berehat dapat melegakan rasa loya yang dialami. Stres hanya akan menambahkan masalah loya yang dirasai.

Langkah 9
Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom morning sickness daripada lebih teruk.

Langkah 10
Kadang kala bau masakan boleh menyebabkan rasa loya. Jadi semasa memasak pastikan pengudaraan di kawasan dapur adalah baik bagi mengelakkan rasa loya dan mual.

kredit: pa&ma.com
Read More

Wednesday, October 23, 2013

// // Leave a Comment

Cara Mudah Buang Angin Dalam Badan

Assalamualaikum..

Ramai yang menghadapi masalah angin dalam badan, ada yang kembung, senak perut, sebu dan kemudian melarat sehingga mula rasa loya dan pening kepala. Bila angin di dalam badan tidak dapat dikeluarkan, badan akan mula rasa tidak selesa dan nak buat kerja pon tidak selesa.

Halia memang senonim dengan masalah angin ni. Mak-mak selalu suruh minum air halia jika perut kembung. Kalau lepas bersalin, kadang2 hidangan air halia ini memang wajib diminum untuk membuang segala angin dalam badan...huhu kalau saya, memang tak mampu nak telan air halia ni..nasib baik mak yang jaga sporting je.. hehe

Sekarang dah tak payah nak susah-susah minum air halia dah, boleh ambil pil Peppermint Ginger Plus, insyaAllah segala angin dalam badan akan keluar selepas telan pil ini. Badan pon rasa sedap jer.

Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, adas dan cekur manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi. Peppermint Ginger Plus ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah berikut:
  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.

Jom baca Testimoni Peppermint Ginger Plus. Alhamdulillah, ramai yang berpuas hati setelah mengambil pil ini dan banyak angin yang keluar.. :-) Kalau rasa segan sebab angin asyik keluar je selepas mengambil pil ni, ambil la pil ini pada hari minggu atau pada waktu malam.. :-)

testimoni peppermint-ginger plus

testimoni peppermint-ginger plus

Jom sape2 yang nak try Peppermint Ginger Plus Shaklee ini.. InsyaAllah dapat membantu membuang segala angin yang bersarang di dalam badan tu.


Berminat nak beli Peppermint Ginger Plus? Jom beli sekarang!!!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c19af480c40e343bbac3e2c01967b09f
klik icon di atas untuk membeli melalui eSell Shaklee, atau

----------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar sungai besi, bandar tasik selatan, cheras serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...