Showing posts with label Angin Dalam Perut. Show all posts
Showing posts with label Angin Dalam Perut. Show all posts

Saturday, November 30, 2013

// // Leave a Comment

Tips Mengatasi Alahan/Morning Sickness

Assalamualaikum..

Pengalaman mengandung tiga kali, alahan memang menjadi perkara biasa bagi saya. Cuma keadaan sahaja yang berbeza sama ada teruk atau biasa-biasa sahaja. Biasanya saya mula mengalami alahan bermula minggu ke-5 kehamilan dan berlarutan hingga masuk trimester ke-2 dan akan beransur hilang. Berat badan memang akan menurun pada awal kehamilan kerana selera makan hilang, mual, muntah. Tetapi ini semua adalah pengalaman dan pengorbanan seorang ibu hamil. Memang kena banyak bersabar dan tabah.

Alahan yang melanda wanita hamil di awal usia kehamilan dikenali sebagai morning sickness. Bagaimanapun ini tidak bermakna alahan hanya datang pada waktu pagi sahaja. Ada juga wanita yang mengalami alahan sepanjang hari. Biasanya mabuk mengandung ini akan berakhir sebaik bakal ibu masuk ke usia trimester kedua. Tetapi jangan terkejut kerana ada juga wanita hamil yang terpaksa menanggungnya sehingga ke saat melahirkan bayi. Contohnya kakak saya sendiri.. dia mengalami alahan sepanjang kehamilan. Memang kesian keadaan dia.

Pakar perubatan masih belum dapat mengenal pasti penyebab sebenar masalah ini. Namun kebanyakan mengaitkan morning sickness dengan perubahan hormon estrogen yang meningkatkan fungsi deria bau sekali gus menimbulkan rasa mual dan loya.

Bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami, ikuti panduan berikut yang mungkin sedikit sebanyak membantu anda.

Langkah 1
Sekiranya mengalami morning sickness sebaik bangun daripada tidur, jangan terburu-buru untuk bangun. Cuba duduk terlebih dahulu kemudian bangun dan berdiri. Sediakan biskut rangup berhampiran tempat tidur kerana memakan biskut rangup membantu mengurangkan rasa loya.

Langkah 2
Setiap wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Bagi memenuhi keperluan ini, digalakkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Mengambil makanan yang banyak dalam satu hidangan hanya membuatkan anda mual.

Langkah 3
Elakkan makanan yang menimbulkan loya seperti berempah, berlemak, berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid.

Langkah 4
Peppermint atau halia membantu mengurangkan morning sickness. Nikmati teh peppermint atau halia bahkan boleh mencuba biskut berasakan perasa itu. Ia meninggalkan kesan melegakan ke atas perut anda.

Langkah 5
Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat terlalu kerap muntah. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat.

Langkah 6
Makan makanan tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual.

Langkah 7
Elakkan daripad amakan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman yang bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.

Langkah 8
Rehat seketika! Tenaga yang dicas semula ketika berehat dapat melegakan rasa loya yang dialami. Stres hanya akan menambahkan masalah loya yang dirasai.

Langkah 9
Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom morning sickness daripada lebih teruk.

Langkah 10
Kadang kala bau masakan boleh menyebabkan rasa loya. Jadi semasa memasak pastikan pengudaraan di kawasan dapur adalah baik bagi mengelakkan rasa loya dan mual.

kredit: pa&ma.com
Read More

Wednesday, October 23, 2013

// // Leave a Comment

Cara Mudah Buang Angin Dalam Badan

Assalamualaikum..

Ramai yang menghadapi masalah angin dalam badan, ada yang kembung, senak perut, sebu dan kemudian melarat sehingga mula rasa loya dan pening kepala. Bila angin di dalam badan tidak dapat dikeluarkan, badan akan mula rasa tidak selesa dan nak buat kerja pon tidak selesa.

Halia memang senonim dengan masalah angin ni. Mak-mak selalu suruh minum air halia jika perut kembung. Kalau lepas bersalin, kadang2 hidangan air halia ini memang wajib diminum untuk membuang segala angin dalam badan...huhu kalau saya, memang tak mampu nak telan air halia ni..nasib baik mak yang jaga sporting je.. hehe

Sekarang dah tak payah nak susah-susah minum air halia dah, boleh ambil pil Peppermint Ginger Plus, insyaAllah segala angin dalam badan akan keluar selepas telan pil ini. Badan pon rasa sedap jer.

Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, adas dan cekur manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi. Peppermint Ginger Plus ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah berikut:
  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.

Jom baca Testimoni Peppermint Ginger Plus. Alhamdulillah, ramai yang berpuas hati setelah mengambil pil ini dan banyak angin yang keluar.. :-) Kalau rasa segan sebab angin asyik keluar je selepas mengambil pil ni, ambil la pil ini pada hari minggu atau pada waktu malam.. :-)

testimoni peppermint-ginger plus

testimoni peppermint-ginger plus

Jom sape2 yang nak try Peppermint Ginger Plus Shaklee ini.. InsyaAllah dapat membantu membuang segala angin yang bersarang di dalam badan tu.


Berminat nak beli Peppermint Ginger Plus? Jom beli sekarang!!!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c19af480c40e343bbac3e2c01967b09f
klik icon di atas untuk membeli melalui eSell Shaklee, atau

----------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan,

Norasiah Mahmood [ID: 893712]
Call/sms/whatsapp: 017-3613604
Email: norasiahmahmood@gmail.com 
FB: facebook.com/norasiahmahmood

Saya adalah pengedar shaklee pulau pinang di sekitar sungai besi, bandar tasik selatan, cheras serta kawasan yang berdekatan. Sekiranya anda berada berdekatan dan ingin membuat pembelian secara COD (Cash on Delivery), penghantaran boleh dilakukan.

Disclaimer: These statements have not been evaluated by the Food and drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...